21 May 2012

Kelebihan berpuasa dibulan Rejab

Aku nak berkongsi kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Kalau ada tersalah tue minta diperbetulkan yea.

 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun & mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi..

 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya..

 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal..

5 hari - aman dari azab kubur..

 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya..

7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya..

8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya..

9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga..

 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap 1 batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim..

 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun..

 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun..

 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 thn..

 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga..

19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam..

 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya..

Sesiapa yang berpuasa 3hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim..

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1000 tahun..

 Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya..tambahan bersedekah seperti beribadat 1000x haji dan umrah..dibina untuknya 1000 mahligai dengan 1000 bilik dan 1000 bidadari, lebih cantik daripadd matahari 1000x..

Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")