Sahabat,
Adakah KAU mengerti aku hanyalah insan biasa
Yang terkadang melakukan kesilapan
Melakukan kekilafan yang kekadang tidak aku jangkakan
Tidak aku pinta kesemuanya terjadi
Tapi KAU menuduhku sebarangan
Tanpa mendengar penjelasanku
Melontarkan kata - kata yang tidak bisa diundurkan kembali
Membuatkan aku terdiam dan terkelu
Aku terima jika itu bisa membuat KAU berasa lega
Jika ianya dapat membuatkan KAU berasa senang
Jika kebahagian menjadi milik KAU
Aku pasrah
Tapi tahukan KAU yang ianya sangat mengecewakan aku
Membuatkan aku berfikir sendiri
Inikah erti Persahabatan kita
Begitu rapuh sekali
Perasan dan hati Kau perlu ku jaga
Kerana aku takut KAU akan terluka
Tapi KAU merobek setiap perasan dan hatiku
Membiarkannya menjadi cebisan yang tidak berharga
Tapi percayalah bahawa aku redha dengan segalanya
Jika ianya terpaksa berakhir
Aku pasrah dan aku terima
Tapi ingatlah segala memori semalan akan ku simpan
Jauh di sudut hatiku
(p/s : aku tidak pandai bermain kata tapi aku harap KAU tau apa yg aku luahkan adalah ikhlas jauh dari sudut hatiku)