05 April 2016

B.O.S.A.N

 
Salam semua.
Buat apa tue?
Dah makan?
Dah minum?
 
 
Arghh gila ker aku nie? Hari yang bosan telah tiba. Mengantuk, pening kepala. Hari nie semua bersatu membentuk MALAS. Malas kerja sebab bos tak ada. Bila bos tak ada memang tak boleh wat apa sebab semua kerja aku kena bergantung dengan bos. Nak tandatangan bos. Nak kelulusan bos. Pendek kata semuanya nak ada bos lah. dahlah bos tak ada seminggu. Sabar jelah. Tapi tak apa malasnya hari nie je. Esok dah ada senarai kerja. Nak semak dokumen untuk hantar audit. Tue yang paling stress. Buat lambat-lambat.
 
Harap korang jangan jadi macam aku. Aku tak kisah sebab bos baik dan aku pulak memang qadar kerja yang terbuang pada hari lain. Maksudnya hari lain mmg aku akan buat OT tanpa claim. So tak lah rasa bersalah sangat kan. Sebab tue bos aku tak berkira sangat dengan staf dia. Kalau ko masuk kerja lambat baliklah lambat, janganlah ko masuk lambat nak balik awal. Memang nak makan penyepaklah jawabnya. hi5
 
Okeylah nak melayan perasaan jap. Bubye semua. Asalamualaikum...... (^_-)

04 April 2016

4 Tahun Kemudian

Assalamualaikum..
 
Hari nie tetiba je terasa nak buka blog. Wah sungguh tak tersangka last update pada Dis 2013. Sekarang nie dah masuk April 2016. Dah berapa tahun yea aku tinggalkan dunia blog.  Jom kira 2013,2014,2015 dan 2016. Hampir 4 tahun. Wah lama jugak tue. Kalau blog nie diibaratkan rumah memang dah bersawang, berkulat bagai. Silap-silap bila masuk je mau runtuh.
 
Alasan klise tak update blog sebab BUZY. Hahahaha.. Tapi memang pon buzy. Dalam 4 tahun nie macam-macam benda dah berlaku. Itu akan aku ceritakan kemudian. Hari nie aku cuma nak memanaskan balik blog nie.
 
Ini pon nasib aku ingat lagi email. Cuma terlupa macam mana nak update je. Hihihi. So tengoklah malam nie. Kalau berkelapangan aku updatelah. Kalau tak mmg berkulatlah blog nie.
 
So SELAMAT DATANG kimainie.blogspot.com (*_^)

22 December 2013

Puan Hidayah Binti Ghazali

Tanggal 20 Disember 2013, seorang ahli GSB secara rasminya menjadi milik Mohd Alfiti Bin Zailan. Ayong atau nama di kad pengenalan Hidayah Binti Ghazali dah jadi seorang isteri. Dorang nie sebenarnya dah kenal dari zaman sekolah rendah lagi. Sweetkan. Mulalah aku nak cari balik kawan-kawan zaman sekolah rendah macam nie. Hi5.
 
Aku sebenarnya rapat dengan ayong selepas habis sekolah. Lebih tepat lagi selepas kitaorang pergi Melaka sama-sama. Ayong yang aku kenal seorang yang akan membantu rakan dia bila dalam kesusahan. Pastu dia suka suruh kitaorang jaga kesihatan. Kalau ada je antara GSB yang sakit mesti dia akan suruh pakai mesin terapi. Tapi part yang paling best kalau dia yang ambik order makanan sure dia akan order minuman tanpa ais. Bayangkan air coke/pepsi dia akan order tanpa ais. Air bergaskan sedap kalau diminum bersama ais. Tapi bila bersama ayong tak dapatlah nak rasa. Lepas nie Ayong dah kena jaga Al. Lepas nie Al mesti makin sihat.
 
Ayong dan Al aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk korang. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Untuk Al, kau kena jaga Ayong baik-baik. Untuk Ayong pula, lepas nie kalau nak hangout sama-sama kenalah mintak izin suami dulu yea. Harap kau dapat jadi isteri yang solehah dan taat pada suami. Aku percaya kau dapat buat yang terbaik. Akhir sekali, kitaorang sayang sangat kat kau. Love you Puan Hidayah Binti Ghazali.

 
Saat yang mendebarkan.





Bergambar dengan Cikgu Rosita yang comey.



Holiday - Langkawi

Langkawi, destinasi terakhir percutian GSB untuk tahun 2013. Walaupon kekurangan seorang ahli tapi percutian nie tetap meninggalkan kenangan terindah untuk tahun 2013.
 
Kitaorang bertolak dari KL malam. Rancangan asalnya nak naik keretapi yang ada katil, tapi malang sebab penuh. Kitaorang lewat seminggu je untuk booking. Jadi terpaksalah naik bas. Pertama kali aku naik satu bas nie. Aku rasa tue jugak kali terakhir aku naik bas tue. Pengalaman yang mengerikan. Boleh pemandu bas tue mengantuk. Aku perasan je, dia suka break emergency. Pastu aku ada terdengar beberapa kali ada kenderaan yang bunyikan hon. Nad dan Yus boleh tido lena. Lepas je sampai kat RnR Sungai Perak baru tukar pemandu. Memang gila. Aku takot bas tue terhumban je. Terus aku teringat kejadian kat Genting Highland.
 
Percutian kali nie memang santai je. Tak stress sangat. Memang tuelah tujuan untuk bercutikan. Menghilangkan tekanan. Walaupun hanya 3 orang je, tapi banyak sangat kenangan. Tak sabar pulak nak tunggu percutian seterusnya.
 















30 July 2013

Murtabak Maggi


Memang tidak dinafikan lagi bulan puasa adalah bulan yang aku sangat rajin untuk masuk ke dapur dan memasak. Tapi hujung minggu jelah yea.
 
Kebetulannya hari nie rasa malas je nak pergi Pasar Ramadhan (param). Selalu pun kalau pergi param menu utama Murtabak je. Kuih muih jarang nak beli. Lauk pauk lagilah tak pernah beli. Kalau bapak aku ada dia rajin beli Ayam Percik. 
 
So hari nie dah tak dapat makan murtabak param jadi aku pun masaklah murtabak maggi. Resepi nie aku dapat dari seorang member waktu study dulu. Memang sedap lah. Jadi jom kita sama - sama buat yea.
 
Bahan - bahan :-
 
Maggi
Bawang Merah
Kentang
Telur
 
Cara - caranya :-
 
1. Rendamkan maggi dalam air panas. Bila dah kembang toskan airnya.
2. Bawang merah dan kentang di potong dadu.
3. Pukul telur bersama dengan perencah maggi (perisa kari), bawang merah dan kentang.
4. Kemudian masukkan maggi.
5. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
6. Masukkan maggi kedalam kuali. (anggaran dalam 1 senduk yang sederhana kecil) dan buatkan seperti memasak lempeng.
7. Dah siap bolehlah dihidangkan.
 
Tips :
 
*  1 bungkus Maggie = 2 biji telur.
*  Boleh juga tambah mix vege.
*  Boleh juga tambah isi ayam. Tapi kena rebus dululah yea ayam tue.
*  Perencah kari tue sebenarnya sikit je, jadi aku selalu tambah serbuk kari.
 
 
So inilah hasilnya Murtabak Maggi yang dah siap. Pada sesiapa yang nak cuba dipersilakan.
 
 

Malam Lailatul Qadar

'Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
 
di copy dari Wikipedia
 
 
Singkap tadbir sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaannya
Hidupkan malam beribadat dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan.
 
 
 

22 July 2013

Penyata Gaji

Apalah masalah server hari nie. Langsung tak boleh buka penyata gaji. Semuanya gara-gara hari Khamis nie gaji. Ditambah pula, bulan nie dapat kenaikan 1 tangga gaji. Lagilah slow. Sebab kebanyakan kakitangan kerajaan sibuk membuka website tersebut. Harap malam nie dah boleh buka.


Update : Aku dah pun dapat buka penyata gaji bulan nie pada pukul 4.26 pagi. Time nak sahur baru dapat buka itu pun tersangatlah slow. Paling aku kesian pada budak-budak opis aku. langsung tak dapat buka. Entahlah aku pun tak tau apa masalah website gaji.

Pada sesiapa yang nak semak penyata gaji bolehlah klik di sini