22 September 2010

Berpantang

Aku saja je create post pasal berpantang nie sebab dalam 2 bulan nie aku terima banyak sangat berita pasal kelahiran. Kebanyakan wanita zaman sekarang nie langsung tak ambik berat pasal proses selepas bersalin. Kebanyakannya ambik mudah. Kalau rasa nak pakai lama badan tue, tolonglah jaga yea badan. Memang sekarang nie tak rasa kesan sampingannya lagi, tapi bila usia dah lanjut taulah nanti.

Nie aku nak k0ngsi tabiat orang zaman sekarang yang baru je lepas bersalin mahupun dalam proses berpantang :-
1  - Belum habis berpantang tapi dah pakai jeans ketat.
2  - Dalam proses berpantang dah makan McD, Pizza, KFC & yang tak boleh tahan minum air coke.
3  - Belum p0n habis 44 hari berpantang dah keluar merayau bawa si kecil. Malam2 pulak tue.
4  - Baru je lepas pantang, ligat buat kerja2 berat.
5 - Rambut dibiarkan lepas, stoking tak nak pakai, proses berurut, bertungku & sebagainya tak dibuat dengan sempurna.

5 point dekat atas nie bukan aku saja2 nak letak tapi memang terjadi depan mata aku. Kalau bab makan tue jangan pikir tentang perut & selera diri sendiri je. Pernah sekali tue si ibunya makan macam2, bila malam menjelma, terjadilah drama dimana si baby menangis je. Lepas tue baby sesak nafas, berdengkur dengan kuat. Tue semua gara2 si ibu makan tak ingat dunia di siang hari. Ingatlah sikit, awak tue menyususukan baby.. Cian baby tue.

Terpulanglah pada individu tue tersendiri. Muda2 nie memang tak terasa lagi, tapi bila dah tua sendiri pikir yea. Tengok jelah orang dulu2, walaup0n dah tua badan masih sihat. Zaman sekarang nie masuk je 40 macam2 sakit. Sendiri ingatlah yea.

(kim : bila dah sakit mulalah nak bersenam, nak jaga pemakanan time sihat tak ingat dunia~~)

No comments:

Post a Comment