30 October 2010

B.E.N.C.I

Aku memang tension sekarang nie. Orang lain yang berselisihan paham aku yang jadi mangsa. Aduh letihnya aku. Nie semua ikutkan sangat hasutan syaitan. Yang sorang nie dahlah keras kepala ditambah pulak dengan panas baran yang seorang pulak kaki putar alam plus emo terlebih. Yang jadi mangsa aku. Nak sebelahkan sini salah, nak sebelahkan yang lagi satu pun salah juga. Call direct kan senang. Tak pun datang jumpa face to face. Nie tak aku jugak yang kena jadi orang tengah. Aku pulak  malas nak pikir banyak, apa yang si A cakap aku sampaikan sebijik-sebijik pada si B. Malas nak tapis - tapis. So si A benggang dengan aku sebab aku cerita semuanya dekat si B. Siap cakap "asal kau tak pikir dulu apa nak cakap kat si B. Kan dah bertambah besar persengketaan nie".. TOLONGLAH aku dah cukup tension dengan kerja kat opis tak ada masa aku nak pikir ayat bunga-bunga. Korang yang bergaduh selesaikan sendiri. Aku dah jalankan tugas aku untuk sampaikan apa yang korang nak sampaikan. Lain kali kalau tak nak ada masalah sila email surat luahan yea. Nanti aku pass terus pada empunya. Senang. Malas nak pikir-pikir. Aku cuma boleh katakan lepas ni dah jangan nak suruh aku sampaikan pesanan. Kalau ada juga pesanan akan aku simpan dalam hati. Aku takkan sampaikan. Malas dah nak ambik tahu pasal korang. Masing-masing dah besar. Aku pun banyak lagi masalah lain nak kena pikirkan.

(p/s : mmg tersgt menyesal tlg dorg berdua. Lain kali klu ader prob selesai sndiri. Jgn guna aku sebagai perantara korg lagi)

27 October 2010

Marah betul aku

.: walaup0n mrah lubang hidung ttp menawan:.
Aku memang benggang gila dengan seorang makcik nie. Aku memang tak kenal pon dia. Semalam pertama kalinya aku jumpa dia. Sudah semestinya dia tak kenal sifat peribadi aku macam mana. Tapi yang buatkan aku bengang dia pergi menjaja dalam erti kata lain mengumpat aku dekat semua orang. Bila sampai kat telinga aku memang aku bengang gila.

Ceritanya bermula dengan suatu hari anak dia nak aku buat sesuatu untuk dia. Aku memang dah lama kenal anak dia so aku memang tak kisahlah nak tolong dia. Orang mintak pertolongan kan. Lepas tue aku tak tahulah apa yang dia kasi tau kat mak dia sampai mak dia bengang dengan aku.

So semalam aku terjumpa mak dia. Time tue ada ramai lagi makcik2 duduk bergosip. Memang depan aku mak dia tunjuk baik dan tak kata apa pon. Bila aku dah pergi dari situ dia cerita kat makcik2 tua aku nie jahat. Yang buat aku benggang dia tak tahu hujung pangkal nak salahkan aku pula. Macam aku nie jahat sangat. Anak dia yang mintak pertolongan aku. Aku juga yang kena. Bukti pun ada lagi aku simpan.

Tapi menurut kata orang2 yang tinggal berhampiran dengan makcik kurang ajar tue, perangai dia memang. macam tue.  Kesalahan anak sendiri tak nampak. Dia nampak kesalahan anak orang lain je. Dia ingat anak dia baik sangat walhal hanya Allah s.w.t yang tahu. Kalau anak dia bercerai sekali pun dia akan salahkan menantu dia.

Tapi bagi aku memang tak adillah. Selidik dulu sebelum mengata orang lain. Sekarang nie aku jugak yang malu. Orang ingat aku yang jahat. Taubat lepas nie memang aku tak tolong anak dia. Kalau nak mati sekali pun memang tak tolonglah aku. Nanti bila dah mati aku juga yang dipersalahkan.

p/s : Buat baik pon susah. Makcik nie sepatutnya d0k kat kwsan perdalaman. Jgn bergaul dgn org. Menyesalnya aku tlg ank ko.. Arghhh~~~~~

24 October 2010

Kalau Berpacaran - MHI

Kalau Berpacaran

Aku suka sangat lirik lagu "Kalau Berpacaran". Sangat sesuai dengan masyarakat zaman sekarang. Sebab pergaulan terlampau bebaslah punca utama keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Daripada hubungan seks bebas sampailah buang anak. Apa ingat ini anak kucing ker? Kucing pon tahu sayangkan anak. Jadi hayatilah lirik lagu "Kalau Berpacaran" ini yea.. Have fun~~

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

23 October 2010

New Branch at Pahang

Terkelu lidah seketika bila mendapat perkabaran aku terpaksa ke Pahang untuk melawat cawangan yang terbaru dan mengajar budak2 baru. Time aku banyak kejalah nak suruh aku pergi Pahang. Time tak ada kerja tak nak pulak suruh pergi sana.. Ermm apa2 p0n enjoy jelah.. Sebab yang pasti bukan aku yang drive.

19 October 2010

Hilang akal kejap

Nak dijadikan cerita semalam aku dapat satu surat yang sememangnya dah lama aku tunggu. Punyalah syok sampai tak baca pun isi kandungan surat tue. Adik aku dah bebel "gila ker buang tabiat k0 nie akak".. Aku tak peduli tue semua janji aku gembira sangat. Macam2 benda bermain di minda. Last2 adik aku ambik surat tue & dia baca.. Tetiba terus dia gelak. Asal plak adik aku nie, berjangkit dgn aku ker? Habis dia gelak trus dia baca kndungan surat tue sampai habis.. Terus aku senyap sekejap. Oh my god malunya si0t.. Maner nak sorok muka aku nie..... Terus aku ambik surat tue masuk dalam envelop. Senyap seribu bahasa. Malunya.! Taubat tak nak buat dah lagi.

12 October 2010

Baik vs Jahat

Entry nie memang dah lama aku nak buat tapi aku tangguhkan dulu sebab aku rasa tak penting sangat kot. Tapi akhir2 nie aku rasa cam nak jugak publish topik nie.

Kat dunia nie aku rasa orang yang buat baik takkan kemana tapi orang yang buat jahat secara terang-terangan akan lebih berjaya. Kat akhirat usah dicerita sudah semestinya yang mempunyai amalan baik ke syurga yang jahat sendiri taulah yea.

Ada kenalan aku yang hidup dia susah. Susah yang aku maksudkan bukanlah miskin tapi orang langsung tak pandang dia sama ada dari segi keja atau kehidupan peribadi. dan sosial dia Malah orang cakap yang dia berpura-pura untuk jadi baik. Nak meraih simpati je. Tapi berlainan dengan orang yang jahat. Dah terang lagi bersuluh yang perbuatan dia salah tapi dia mendapat segala-gala yang di nak dengan mudah. Orang tak pernah nak pertikaikan yang dia jahat.

So aku rasa baik aku jadi jahat je. Senang. Tp bila direnung-renungkan dahlah aku nie tak sebaik mana baik  pun. Baik aku hidup susah je kat dunia nie, semoga aku mendapaat keberkatan diakhirat sana kelak. Biarlah susah didunia tapi jangan susah diakhirat kelak...

mood : sdg mendalami ilmu agama & ingin kembali ke pangkal jalan.....

08 October 2010

Anak Derhaka

sorrylah.... Bulan 10 memang tersangat sibuk. Bayangkan dalam 31 hari aku ada 11 hari je yang free termasuklah hari Ahad. Banyak sangat kursus. Kerja pon berlambak sampaikan terpaksa bawa balik lagi. Nie pun aku curi-curi jap masa.

Sebenarnya memang dah lama aku nak tulis entry nie. Biar semua anak derhaka baca. nie kisah benar sebenar-benarnya. Ini kejadian depan mata aku. Harap diambil ikhtibar.

Perempuan nie dulu kahwin atas pilihan keluarga. Dia selalu kena dera dengan suami dia. Tapi tak pernah cerita kat family dia. Sampailah dia lahirkan anak suami dia still pukul dia. Satu hari tue suami dia halau dia dari rumah then dia balik rumah family. Bila tengok dia lebam2 terus buat report dan mintak cerai. Setelah 4 tahun menjada akhirnya dia bertemu jodoh dengan seorang duda anak 5. Kiranya nie pilihan sendirilah. Yang tak bestnya boleh time dia kahwin laki dia tak salam pon tangan mak mertua dia. Orang lain dia salam. Lepas dia kahwin dia keluar dari rumah. Dia duduk rumah lain. Sepanjang dia menjanda mak dialah yang jaga anak dia. Dari bayi sampai boleh berlari, bercakap. 4 tahun lamanya. Boleh dia tak bawa anak dia jumpa mak dia. Call pon tak. Mak dialah yang call. Jenguk mak dia jauh sekali. Lepas tue dia boleh cakap kurang ajar dengan mak dia. Lepas tue dia dengan anak2 tiri dia pegi balik kampung. On da way nak balik boleh dia call mak dia suruh masak dia, laki dengan anak2 tiri nak makan. Apa ingat mak dia kuli ker. Bila dia makan sampai habis nasi langsung tak masak balik untuk mak dengan bapak dia makan. Time mak dia nak makan buka periuk tengok kosong. Sambil menangis mak dia masak nasi. Dah makan terus keluar. Tak termasuk kata2 cacian yang dilemparkan kat mak dia. Menangis2 mak dia. Apalah gunanya anak.. Syurga dibawah tapak kaki ibu.

S0 kesimpulannya, jangan ingat hidup kita selalu sahaja bahagia.. Kau akan ada anak jugak, nanti jangan ditanya mengapa anak k0 buat macam tue pulak.


(p/s utk yus : Nak cepat sgt hri tue lupa plak nak ltak.. s0 skrg aku dah letak)