30 October 2010

B.E.N.C.I

Aku memang tension sekarang nie. Orang lain yang berselisihan paham aku yang jadi mangsa. Aduh letihnya aku. Nie semua ikutkan sangat hasutan syaitan. Yang sorang nie dahlah keras kepala ditambah pulak dengan panas baran yang seorang pulak kaki putar alam plus emo terlebih. Yang jadi mangsa aku. Nak sebelahkan sini salah, nak sebelahkan yang lagi satu pun salah juga. Call direct kan senang. Tak pun datang jumpa face to face. Nie tak aku jugak yang kena jadi orang tengah. Aku pulak  malas nak pikir banyak, apa yang si A cakap aku sampaikan sebijik-sebijik pada si B. Malas nak tapis - tapis. So si A benggang dengan aku sebab aku cerita semuanya dekat si B. Siap cakap "asal kau tak pikir dulu apa nak cakap kat si B. Kan dah bertambah besar persengketaan nie".. TOLONGLAH aku dah cukup tension dengan kerja kat opis tak ada masa aku nak pikir ayat bunga-bunga. Korang yang bergaduh selesaikan sendiri. Aku dah jalankan tugas aku untuk sampaikan apa yang korang nak sampaikan. Lain kali kalau tak nak ada masalah sila email surat luahan yea. Nanti aku pass terus pada empunya. Senang. Malas nak pikir-pikir. Aku cuma boleh katakan lepas ni dah jangan nak suruh aku sampaikan pesanan. Kalau ada juga pesanan akan aku simpan dalam hati. Aku takkan sampaikan. Malas dah nak ambik tahu pasal korang. Masing-masing dah besar. Aku pun banyak lagi masalah lain nak kena pikirkan.

(p/s : mmg tersgt menyesal tlg dorg berdua. Lain kali klu ader prob selesai sndiri. Jgn guna aku sebagai perantara korg lagi)

1 comment:

  1. lain kali kutip RM1 setiap msg..
    ada gak faedah nye..

    ReplyDelete