chak pong chak pong...
Cuti sekolah hujung tahun memang sinonim dengan perkara - perkara berikut:-
1. Bercuti bersama keluarga
2. Berkhatan
3. Kenduri kahwin
Aku malas nak cerita pasal no 1 & 2. Aku nak cerita pasal no 3. Seperti biasa undangan perkahwinan memang banyak. Yea, memang tak semua undangan dapat aku penuhi. Sebab faktor-faktor 'kejauhan' & 'kesibukan'.
So nak dijadikan cerita, waktu aku tengah bermuka buku, terjumpalah aku seorang rakan lama. Rupanya kawan sekolah waktu aku study kat SMK Khir Johari, Kedah. Seperti biasa kita orang bertanya khabar sambil berborak-borak kosong.
Tengah berchat tue, dia cakap yang hari bahagia dia akan tiba tak lama lagi. So dia pun menjemputlah aku datang. Okeylah. Part yang bestnya boleh dia minta aku bawa hadiah untuk dia. Siap nak yang besar lagi. Wah terkejut aku. Selepas bertahun-tahun tak jumpa, tetiba-tiba chat minta aku bawa hadiah besar untuk dia.
hadiah besar oky... |
Selama aku menghadiri majlis-majlis kahwin kawan atau saudara mara aku, tak pernah lagilah aku tak bagi dorang hadiah. Kalau tak sempat bagi hadiah pon aku pasti bagi duit. Waktu aku study pun, kalau tak ada duit nak beli hadiah, aku akan share dengan kawan yang lain. So dapatlah berjimat kat situ. Biasalah zaman study bukan banyak pun duit. Tapi nie kiranya pertama kalilah aku jumpa orang yang invite wedding mintak hadiah. Terfikir jugaklah aku, katakan lah kita terlupa bawa hadiah, adakah dia akan menghalau aku dari menghadiri majlis dia. Seram pulak aku.
Berbalik pada hukum mengadakan majlis perkahwinan itu sendiri. Bukannya untuk mengumpul hadiah tapi sebaliknya untuk memberitahu akan status kita. Supaya orang tahu yang kita dah berkahwin.
So aku nak selitkan sedikit makna walimatul urus/majlis kahwin supaya tak ada yang terpesong.
Definisi Walimatul Urus
مشتقة من الولم بفتح الواو وسكون اللام وهو الجمع لأن الزوجين يجتمعان قاله الأزهري وغيره والفعل منها أولم تقع على كل طعام يتخذ لسرور حادث ووليمة العرس ما يتخذ عند الدخول وما يتخذ عند الإملاك
Kata walimah (الوليمة) diambil dari kata asal walmun (الولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagaimana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan selainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama (أولم) yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menggambarkan kegembiraan (ketika pernikahan). Dan walimatul urus (ووليمة العرس) adalah sebagai tanda pengumuman (majlis) untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/153-154)
Kredit definis.
No comments:
Post a Comment