Sabah, menjadi memori yang terindah untuk GSB. Percutian yang banyak meninggalkan kenangan yang tersendiri. Walaupon ada yang akan berkata "alah Sabah je kot" tapi silap. Walaupon hanya bercuti di Sabah tapi memori yang tercipta tiada bandingan.
Sebenarnya untuk ke Sabah bermacam halangan yang perlu ditempuhi. Isu serangan ke atas Lahad Datu menjadi halangan utama. Ambil contoh aku sendiri. Ibubapa aku memang tak bagi aku pergi. Walaupon Lahad Datu dan Kota Kinabalu agak jauh tapi perasaan risau ibubapa tetap ada untuk anaknya. Agak lama jugak untuk aku menyakinkan mereka. Tapi akhirnya, alhamdulilah sampai juga aku ke Kota Kinabalu.
Tapi memori yang agak tak boleh dilupakan bila mana beg aku dan Nad tertinggal kat LCCT. Memang kitaorang dah lambat untuk check in. Jadi dalam keadaan kelam kabut tue bermacam masalah yang timbul. Sepanjang dalam flight memang agak risau memikirkan beg. Akhirnya beg kitaorang sampai pada malam hari Jumaat dan boleh diambil pada hari Sabtu. Time nie kawan-kawan memainkan peranan dorang. Aku dan Nad ke Kundasang sehelai sepinggang. Dah sampai sana baru beli baju. Nasib baik ada Ayong. Habis barang dia, kitaorang belasah.
Thankx Cik Ayong.
Walaupon berbagai halangan yang melanda, tapi tue semua adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tempat dimana kita melancong tue tak penting, yang paling penting adalah masa yang telah diluangkan bersama teman-teman. Harap sangat akan ada lagi holiday bersama GSB. Love ullos... (^_-).
|
Beg yang tertinggal |
|
GSB di Kundasang |
|
Tabik Hormatttt |
|
Dengan ikan pon takot ker? |
|
Menunggu bot |
|
Permandangan Gunung Kinabalu pd jam 6.15am. Serius cantik gila. |
No comments:
Post a Comment