30 July 2013

Murtabak Maggi


Memang tidak dinafikan lagi bulan puasa adalah bulan yang aku sangat rajin untuk masuk ke dapur dan memasak. Tapi hujung minggu jelah yea.
 
Kebetulannya hari nie rasa malas je nak pergi Pasar Ramadhan (param). Selalu pun kalau pergi param menu utama Murtabak je. Kuih muih jarang nak beli. Lauk pauk lagilah tak pernah beli. Kalau bapak aku ada dia rajin beli Ayam Percik. 
 
So hari nie dah tak dapat makan murtabak param jadi aku pun masaklah murtabak maggi. Resepi nie aku dapat dari seorang member waktu study dulu. Memang sedap lah. Jadi jom kita sama - sama buat yea.
 
Bahan - bahan :-
 
Maggi
Bawang Merah
Kentang
Telur
 
Cara - caranya :-
 
1. Rendamkan maggi dalam air panas. Bila dah kembang toskan airnya.
2. Bawang merah dan kentang di potong dadu.
3. Pukul telur bersama dengan perencah maggi (perisa kari), bawang merah dan kentang.
4. Kemudian masukkan maggi.
5. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
6. Masukkan maggi kedalam kuali. (anggaran dalam 1 senduk yang sederhana kecil) dan buatkan seperti memasak lempeng.
7. Dah siap bolehlah dihidangkan.
 
Tips :
 
*  1 bungkus Maggie = 2 biji telur.
*  Boleh juga tambah mix vege.
*  Boleh juga tambah isi ayam. Tapi kena rebus dululah yea ayam tue.
*  Perencah kari tue sebenarnya sikit je, jadi aku selalu tambah serbuk kari.
 
 
So inilah hasilnya Murtabak Maggi yang dah siap. Pada sesiapa yang nak cuba dipersilakan.
 
 

Malam Lailatul Qadar

'Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
 
di copy dari Wikipedia
 
 
Singkap tadbir sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaannya
Hidupkan malam beribadat dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan.
 
 
 

22 July 2013

Penyata Gaji

Apalah masalah server hari nie. Langsung tak boleh buka penyata gaji. Semuanya gara-gara hari Khamis nie gaji. Ditambah pula, bulan nie dapat kenaikan 1 tangga gaji. Lagilah slow. Sebab kebanyakan kakitangan kerajaan sibuk membuka website tersebut. Harap malam nie dah boleh buka.


Update : Aku dah pun dapat buka penyata gaji bulan nie pada pukul 4.26 pagi. Time nak sahur baru dapat buka itu pun tersangatlah slow. Paling aku kesian pada budak-budak opis aku. langsung tak dapat buka. Entahlah aku pun tak tau apa masalah website gaji.

Pada sesiapa yang nak semak penyata gaji bolehlah klik di sini 

20 July 2013

Ayam Bakar vs Ayam Goreng Madu

Ayam Goreng Madu

Ayam Bakar

Menu utamanya adalah ayam, tapi cara penyediaannya yang berlainan. Rasa sama-sama enak. Satu ayam goreng madu, satu lagi ayam bakar. Ayam goreng madu tue sesuai dimakan dengan nasi ayam. Tapi kalau nak makan dengan nasi putih pon okey je. Nak resepi ker? Boleh je untuk berkongsi.
 
Ayam Goreng Madu.
 
Bahan-bahan :-
 
Ayam
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kicap Pekat
Kicap Cair
Madu
 
Cara-caranya :-
 
1- Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2- Rebuskan bahan yang telah dihiris tadi bersama ayam.
3- Setelah ayam hampir masak, angkat ayam tersebut.
4- Perapkan ayam bersama dengan kicap pekat, kicap cair dan madu. (Aku selalu perap lebih kurang 2-3 jam)
5- Panaskan minyak dan goreng ayam tadi, Ayam akan jadi hitam disebabkan telah diperap dengan kicap. Jangan goreng terlampau lama sebab ayam tadi dah pun direbus.
6- Setelah siap bolehlah dihidangkan.

RESEPI UNTUK AYAM BAKAR NEXT TIME YEA.

Udang Goreng Tepung Bersama Daun Kesum

Udang yang telah siap digoreng

Tiba je bulan puasa nie aku jadi rajin nak masak. Bukan hari lainnya aku malas tapi aku dah pergi keja pagi, jadi mak aku akan masak pagi. Bila balik keja makanan dah pun terhidang. Melainkan kalau hari cuti. Dapatlah tunjuk bakat dekat family.

Jadi hari nie aku terasa nak masak udang goreng tepung bersama daum kesum. Resepi nie aku dapat bila menonton cerita Sarjan Saji. Sebelum nie memang dah pernah masak dan mendapat sambutan hangat. Jadi hari nie try untuk masak lagilah. Resepinya sangat senang.

Bahan-bahan :-

Udang
Daum Kesum (dihiris halus)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Jintan Halus
Garam
Tepung Jagung
Serbuk Cili
Telur

Cara-caranya :-

1- Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan halus ditumbuk halus.
2- Kemudian perapkan bahan-bahan tadi bersama udang dan daum kesum.
3- Biarkan selama 1 jam. (Aku selalunya biarkan dalam 2 - 3 jam dalam peti ais supaya bahan tadi betul-betul meresap dalam udang)
4- Tepung jagung dan serbuk cili digaulkan bersama.
5- Pecahkan telur kedalam udang tadi.
6- Ambil udang satu persatu dan gaulkan bersama tepung dan goreng sehingga kekuninggan.
7- Toskan minyak.
8- Siap untuk dimakan.

13 July 2013

Travian


Pada yang pernah main game travian nie taulah aper benda nie. Untuk server ts1 nie dah hampir 2 tahun aku main. Harap kali nie kejuaraan milik pasukan aku. Amin.

Macam mana aku boleh terjebak dengan game nie.
* Rasanya 3 - 5 tahun yang lepas aku buka email ada yang invite game nie. Dan kebetulan masa tue aku boring then aku pon mainlah game nie. Yang pasti memang dah lama gila. Sebab dari zaman aku kerja company swasta lagi.

Apa bestnya game nie?
* Bestnya game nie buatkan aku kenal ramai org. Sebenarnya game nie kebanyakannya lelaki yang main. Tapi kadang-kadang dorang tak tau pun aku nie perempuan. Bila pm tue siap bro bro bro. Aku layan je. Sebab jantina tak penting. Paling penting game nie mengajar seseorang tue erti kerjasama. Ko tak akan boleh menang jika main sorang-sorang. Macam mana pon ko kena ada ally sendiri dan bekerjasama dengan ahli pasukan yang lain.

Jadi aku berharap sangat kali nie ally aku boleh menang..

(P/s : Kampung aku mmg ada 5 je. Aku taklah terror sangat pon.)

Salam Ramadhan

 
Rasanya tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam diseluruh dunia. Jom kumpul pahala yea. Top up lebih-lebih sikit.

Bersawang

Wah lama gila tak update blog. Post terakhir pada 21 April.

Sebenarnya banyak je benda yang nak diupdate tapi kekangan masa yang buatkan aku x sempat update. Kerja yang berlambak kat opis ditambah lagi dengan orang-orang dari PPD yang nak buat pemantauan untuk akaun sekolah dan sebagainya.

Then CC aku pergi umrah, pastu urusan bank aku yang kena handle 100%. Kalau dia ada ringan sikit kerja. Kalau malas pergi bank, boleh mintak tolong dia. Ini 2 minggu dia tak ada, kenalah pergi sendiri.

Lepas tue pula kesihatan mak aku yang tak berapa memuaskan.

Insyallah kalau ada masa akan aku update blog nie.