Sewaktu menulis entry nie aku baru je masuk bilik setelah habis mengusha bulan dekat luar rumah tadi. Cantik sungguh salah satu ciptaan Allah swt nie. Tetiba - tiba je aku terpikir 'adakah ini kali terakhir aku melihat Gerhana Bulan', 'tahun depan dapat tak aku melihat lagi Gerhana Bulan'. Aku pernah terbaca satu petikan yang berbunyi bergini "Bumi kita semakin tua, tak pasti samada esok, adakah Bumi ini akan berada pada kedudukan yang sama". Ayat yang begitu menyentuh kalbu. Yang mengingatkan kita tentang dunia yang semakin menghampiri kemusnahan yang nyata.
Berbalik kepada kisah Gerhana Bulan nie aku nak share tentang Solat Gerhana Bulan / Matahari. Harap info yang aku bagi ini berguna yea.
Solat sunat gerhana bulan/matahari boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
Cara pertama (basic): - Niat (sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat, imam/makmum kerana Allah Ta'ala).
- Solat sunat 2 rakaat seperti biasa sehingga tahiyat akhir.
Cara kedua (sederhana): - Niat (sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat, imam/makmum kerana Allah Ta'ala).
- Baca doa iftitah, surah Al-Fatihah, surah yang sederhana panjang.
- Rukuk yang sederhana lama (lebih kurang 11 kali tasbih).
- Iktidal, kemudian terus qiam dan baca surah Al-Fatihah dan surah yang sederhana panjang.
- Rukuk kedua yang sederhana lama (lebih kurang 11 kali tasbih).
- Iktidal, kemudian sujud yang sederhana lama (lebih kurang 11 kali tasbih).
- Duduk antara dua sujud dan kemudian sujud yang sederhana lama (lebih kurang 11 kali tasbih).
- Bangun, qiam, dan ulang kembali seperti yang di atas, kemudian tahiyat akhir.
Cara ketiga (yang sangat afdhal dan dituntut): - Niat (sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat, imam/makmum kerana Allah Ta'ala).
- Baca doa iftitah, surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah (sehingga habis).
- Rukuk yang lama (lebih kurang panjang surah Al-Baqarah).
- Iktidal, kemudian terus qiam dan baca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran (sehingga habis).
- Rukuk kedua yang lama (lebih kurang panjang surah Ali-Imran).
- Iktidal, kemudian sujud yang lama.
- Duduk antara dua sujud dan kemudian sujud yang lama.
- Bangun, qiam, dan ulang kembali seperti yang di atas (baca surah yang panjang dan langkah-langkah seperti di atas), kemudian tahiyat akhir.
Oleh: Imam II Masjid Al-Falah USJ 9 kredit kepada syahiruldotcom
No comments:
Post a Comment