Jumaat lepas, semua staff perempuan dekat office menyerbu rumah En.Shaari. Tujuan utama penyerbuan adalah untuk mendapatkan buah rambutan yang tengah ranum diatas pokok. Hiii. Merah menyala rambutan dekat rumah En.Shaari.
Dengan kebenaran Pengetua kami semua keluar rehat awal. Dalam pukul 11.30 dah hilang dari pejabat. Kena keluar awal sebab rumah En.Shaari dekat Batang Kali. Jauh jugak dari sekolah. Ambil masa lebih kurang 45minit - 60minit jugaklah nak sampai. Kami semua pergi dalam 2 biji kereta je. Kalau bawa 4 biji kereta, licinlah jawabnya pokok rambutan En.Shaari. hiii..
Sesampai je kami semua apa lagi teruslah memulakan operasi memetik buah rambutan. En.Shaari potong dahan yang banyak buah, kitaorg asingkan buah dengan daun. Sambil asingkan, sambil ngap ngap. Surelah sedap. Fresh dari pokokkan. Yang tak bestnya nyamuk, semut hitam dok menghinggap dekat kitaorg. Habes badan aku naik biji-biji merah akibat kena gigitan nyamuk. Tapi tue semua pengalaman berharga aku. Yelah selama nie mana pernah kena gigit dengan nyamuk.
Dah habis je operasi memetik buah rambutan, terus balik office. PK Koko dengan KP Pendidikan Islam dah menunggu. Tak sabar nak makan rambutan katanya. Teruslah bahagi-bahagi hasil petik-memetik. Kesimpulannya office hari tue dah jadi macam pasar rambutan. Next time nak menyerbu rumah yang ada pokok durian plak. Boleh ker?
tuan punya rambutan. En Shaari |
memetik rambutan sambil berposing |
hasilnya.... |
inilah dia buah R.A.M.B.U.T.A.N |
No comments:
Post a Comment