22 April 2012

Salam. Aku baru je habis dari menghadiri Kursus Induksi pada hari Khamis lepas. Memang jadual sangat padat. Yelah sehari sempat untuk mandi sekali je. Nak berehat lagilah tak dapat. Bangun pukul 6am tidur kul 2-3am.

Part yang paling best, ceramahnya tersangat bosan. Tak payah bagi bantal, kalau letak je kepala atas meja confirm terus terlelap. Aku selalu jugak dengar ceramah, tapi ceramah nie paling membosankan. Ada satu sesi ceramah tue lagi best. Penceramah tue baca slide sebijik-sebijik. Tak ada langsung olahan pon. Memang mengantuk.

Hari pertama tue kitaorg dah diberi kumpulan untuk tugasan. Aku dapat kumpulan 6. Tajuk tugasan kumpulan aku agak senang jugaklah. Search je kat pakcik google terus dapat jawapan. Urusetia bagi 6 page je untuk setiap tugasan tapi kumpulan aku dapat berpage-page jawapan. Pastu mulalah pening nak memotong ayat. Tp akhirnya kumpulan aku merupakan kumpulan yang terawal menyiapkan tugasan.

Hari yang terakhir merupakan hari yang berdebar-debar jugaklah. Yelah hari exam kan. Ingat soalan sangat susah, tapi rupanya sangat senang giler. Soalan exam perkhidmatan lagi susah dari soalan induksi. Tapi alhamdulilah dapat jugaklah aku menjawab. Harap-harap nanti semua luluslah. Tak best nak mengulang induksi. Bosan je.

Group 6

Mengedit tugasan

Mencantikkan lagi tugasan

Induksi

Kursus Induksi Kumpulan 2 Bil 7/2012
Selesa Beach Resort, Port Dickson
17-19 April 2012