14 December 2012

Bertukar Suasana Kerja

Akhirnya dapat jugak aku berpindah. Memang tidak disangka. Ingatkan peluang bertukar dah tiada. Tapi rupanya tidak.
 
Al-kisahnya bulan Jun - Julai 2012 aku ada mintak tukar. Bila keputusan keluar dapatlah aku bertukar. Tapi disebabkan ada beberapa krisis dalaman permohonan aku dibatalkan. Masa aku dapat tau permohonan aku dibatalkan memang aku mengamuk gila. Dan aku ambil tindakan drastik dengan ponteng keja selama beberapa hari. Bila aku masuk je kerja tak ada saper yang berani nak tegur. Sebab kemarahan belum reda. Jelas terpancar diwajah. Bukan setakat tue je prestasi kerja pun menurun. Banyak kerja aku saja lambat siapkan. Masuk kerja pon lambat sampaikan punch card aku berwarna merah.
 
Aku bukannya marah bila permohonan aku batal, tapi yang aku marah bila orang atasan nie buat keputusan tanpa  berbincang dengan aku. Tak tanya pun sebab aku aku nak pindah. Disini aku nak ceritakan sebab utama aku nak pindah kerana aku tersangat stress dengan kerja aku. Kerja yang sepatutnya 2 orang lakukan bagi pada aku sorang je. Bila lambat aku pulak kna marah, wahal aku dah berusaha sedayaupaya siapkan kerja aku. Aku pernah OT sampai malam, kerja Sabtu Ahad semata-mata nak siapkan kerja. Dahlah tak boleh claim OT. Redha jelah. Tapi bila aku bercerita pada orang atasan aku jawapan yang diberikan memang terasa mcam nak lempang je muka dia. Wahal pihak yang lagi atas dah cakap kerja nie kena dibahagikan. Tak bolehlah buat sorang-sorang. Sebabnya organisasi aku besar. Kalau organisasi aku kecil macam tempat lain bolehlah. Dan paling penting tugas yang dorang bagi memang berat dan ada due datenya. Kalau nak kejar due date yang A, B terpaksa aku hold dulu. Buat yang B, C pulak yang kena hold. Dan seterusnya. Sampaikan ada satu hari tue orang atasan aku tanya "ainie, tak siap lagi ker kerja A". Masa tue aku tengah buat kerja B, dengan selamber aku cakap "tangan saya ada 2 je. sekarang nie kerja B dah nak kena submit hari nie, so sabar yea. saya sangat buzy". Biarlah nak marah pon marahlah.
 
Pada orang atasan nie, bertimbang rasalah sikit. Bukan aku je yang alami masalah nie ramai kawan-kawan aku yang senasib dengan aku. Paling aku kesian sorang kawan aku. Sampaikan dia nekad nak berhenti. Ceritanaya samalah dengan aku. Kalau kerja swasta memang dah lama dia berhenti. Nie kerajaan. Banyak kali dia pikir. Tapi keputusan muktamad, kalau hujung tahun tak dapat tukar terus dia nak berhenti.
 
Tapi nasib aku baik sikit. Lepas je aku balik dari Kedah terus dapat surat pertukaran. Melapor diri di tempat baru pada 10 Dis 2012. Tapi biasalah kena mintak tangguh dulu. Sebab nak settle kerja lain dulu. Tapi bermulanya tahun baru, aku akan memulakan hidup baru di tempat yang baru. Semoga tempat yang baru nie akan memberikan aku bunga-bunga kebahagian.
 
(Sebenarnya perasaan aku dah tak sama. Walaupun perkara dan situasi yang sama, tapi perasaannya dah berlainan.)


08 December 2012

Kursus & Holiday

Tanggal 2 - 6 Dis 2012 pejabat menjadi kosong. Hampir 3/4 daripadanya telah pun berada di Alor Setar bagi menghadiri bengkel Permurnian Fail Meja. Malas nak cerita panjang jom tengok gambar yang sempat dirakamkan..
 
 


 






 


 

Musim Kahwin

chak pong chak pong...
Cuti sekolah hujung tahun memang sinonim dengan perkara - perkara berikut:-
1. Bercuti bersama keluarga
2. Berkhatan
3. Kenduri kahwin
 
Aku malas nak cerita pasal no 1 & 2. Aku nak cerita pasal no 3. Seperti biasa undangan perkahwinan memang banyak. Yea, memang tak semua undangan dapat aku penuhi. Sebab faktor-faktor 'kejauhan' & 'kesibukan'.
 
So nak dijadikan cerita, waktu aku tengah bermuka buku, terjumpalah aku seorang rakan lama. Rupanya kawan sekolah waktu aku study kat SMK Khir Johari, Kedah. Seperti biasa kita orang bertanya khabar sambil berborak-borak kosong.
 
Tengah berchat tue, dia cakap yang hari bahagia dia akan tiba tak lama lagi. So dia pun menjemputlah aku datang. Okeylah. Part yang bestnya boleh dia minta aku bawa hadiah untuk dia. Siap nak yang besar lagi. Wah terkejut aku. Selepas bertahun-tahun tak jumpa, tetiba-tiba chat minta aku bawa hadiah besar untuk dia.
hadiah besar oky...
Selama aku menghadiri majlis-majlis kahwin kawan atau saudara mara aku, tak pernah lagilah aku tak bagi dorang hadiah. Kalau tak sempat bagi hadiah pon aku pasti bagi duit. Waktu aku study pun, kalau tak ada duit nak beli hadiah, aku akan share dengan kawan yang lain. So dapatlah berjimat kat situ. Biasalah zaman study bukan banyak pun duit. Tapi nie kiranya pertama kalilah aku jumpa orang yang invite wedding mintak hadiah. Terfikir jugaklah aku, katakan lah kita terlupa bawa hadiah, adakah dia akan menghalau aku dari menghadiri majlis dia. Seram pulak aku.
 
Berbalik pada hukum mengadakan majlis perkahwinan itu sendiri. Bukannya untuk mengumpul hadiah tapi sebaliknya untuk memberitahu akan status kita. Supaya orang tahu yang kita dah berkahwin.
 
So aku nak selitkan sedikit makna walimatul urus/majlis kahwin supaya tak ada yang terpesong.
 
Definisi Walimatul Urus
 
مشتقة من الولم بفتح الواو وسكون اللام وهو الجمع لأن الزوجين يجتمعان قاله الأزهري وغيره والفعل منها أولم تقع على كل طعام يتخذ لسرور حادث ووليمة العرس ما يتخذ عند الدخول وما يتخذ عند الإملاك

Kata walimah (الوليمة) diambil dari kata asal walmun (الولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagaimana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan selainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama (أولم) yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menggambarkan kegembiraan (ketika pernikahan). Dan walimatul urus (ووليمة العرس) adalah sebagai tanda pengumuman (majlis) untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/153-154)
 
Kredit definis.