22 December 2013

Puan Hidayah Binti Ghazali

Tanggal 20 Disember 2013, seorang ahli GSB secara rasminya menjadi milik Mohd Alfiti Bin Zailan. Ayong atau nama di kad pengenalan Hidayah Binti Ghazali dah jadi seorang isteri. Dorang nie sebenarnya dah kenal dari zaman sekolah rendah lagi. Sweetkan. Mulalah aku nak cari balik kawan-kawan zaman sekolah rendah macam nie. Hi5.
 
Aku sebenarnya rapat dengan ayong selepas habis sekolah. Lebih tepat lagi selepas kitaorang pergi Melaka sama-sama. Ayong yang aku kenal seorang yang akan membantu rakan dia bila dalam kesusahan. Pastu dia suka suruh kitaorang jaga kesihatan. Kalau ada je antara GSB yang sakit mesti dia akan suruh pakai mesin terapi. Tapi part yang paling best kalau dia yang ambik order makanan sure dia akan order minuman tanpa ais. Bayangkan air coke/pepsi dia akan order tanpa ais. Air bergaskan sedap kalau diminum bersama ais. Tapi bila bersama ayong tak dapatlah nak rasa. Lepas nie Ayong dah kena jaga Al. Lepas nie Al mesti makin sihat.
 
Ayong dan Al aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk korang. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Untuk Al, kau kena jaga Ayong baik-baik. Untuk Ayong pula, lepas nie kalau nak hangout sama-sama kenalah mintak izin suami dulu yea. Harap kau dapat jadi isteri yang solehah dan taat pada suami. Aku percaya kau dapat buat yang terbaik. Akhir sekali, kitaorang sayang sangat kat kau. Love you Puan Hidayah Binti Ghazali.

 
Saat yang mendebarkan.





Bergambar dengan Cikgu Rosita yang comey.



Holiday - Langkawi

Langkawi, destinasi terakhir percutian GSB untuk tahun 2013. Walaupon kekurangan seorang ahli tapi percutian nie tetap meninggalkan kenangan terindah untuk tahun 2013.
 
Kitaorang bertolak dari KL malam. Rancangan asalnya nak naik keretapi yang ada katil, tapi malang sebab penuh. Kitaorang lewat seminggu je untuk booking. Jadi terpaksalah naik bas. Pertama kali aku naik satu bas nie. Aku rasa tue jugak kali terakhir aku naik bas tue. Pengalaman yang mengerikan. Boleh pemandu bas tue mengantuk. Aku perasan je, dia suka break emergency. Pastu aku ada terdengar beberapa kali ada kenderaan yang bunyikan hon. Nad dan Yus boleh tido lena. Lepas je sampai kat RnR Sungai Perak baru tukar pemandu. Memang gila. Aku takot bas tue terhumban je. Terus aku teringat kejadian kat Genting Highland.
 
Percutian kali nie memang santai je. Tak stress sangat. Memang tuelah tujuan untuk bercutikan. Menghilangkan tekanan. Walaupun hanya 3 orang je, tapi banyak sangat kenangan. Tak sabar pulak nak tunggu percutian seterusnya.