26 January 2013

Bantuan Awal Persekolahan RM 100


Kriteria Kelayakan :
1) Murid warganegara Malaysia
2) Murid tahun 1 - tingkatan 5 bagi tahun 2013
 
Wah banyak betul sumbangan kerajaan bagi tahun 2013. Antaranya Bantuan Awal Persekolahan RM100. Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah dan memenuhi syarat layaklah mendapat bantuan nie. Kalau ada seorang anak dapatlah RM100. Kalau ada 3 orang dapatlah RM300. Kalau ramai anak yang bersekolah makin banyaklah wang yang diterima.
 
Tapi bagi ibubapa diluar sana, aku nak sangat minta pertolongan korang semua. Kalau dapat surat dari sekolah mengatakan bantuan tersebut perlu diambil pada sekian tarikh TOLONGGLAHHH ambil pada tarikh yang ditetapkan. Memanglah kalau tak dapat ambil pada tarikh yang ditetapkan boleh ambil pada bila-bila masa. Tapi aku yang bekerja di pejabat sekolah tersangatlah susah. Selepas dari tarikh penyerahan kalau ibubapa tak dapat ambil, dorang boleh ambil dekat pejabat. Masalahnya bukan 1 keluarga je yang tak ambil malah sampai 200 orang murid tak datang ambil. Bila ini terjadi, kerja hakiki aku terganggu. Untuk tempoh penyerahan nie, aku makan pun tak ada masa. Baru je  nak makan dah ada ibubapa yang nak duit. Bukan tue je, baru je nak buat kerja, datang lagi sorang ibubapa. Pernah satu ketika aku dah nak balik pon. Beg semua dah capai, datang pula sorang ibu nakkan duit anaknya. Tolonglah, bukannya aku nak layan korang je. Banyak lagi kerja yang aku nak buat. Bila dah terjadi macam nie aku jugak yang susah. Sampaikan ada seorang PAP aku cakap "ko duduk jelah kat kaunter tue". Seperti yang aku cakap kerja aku bukannya hanya membuat penyerahan wang bantuan, banyak lagi kerja lain yang perlu dilakukan. Semuanya ada due date. So tolonglah tanam sifat bertimbang rasa pada orang lain. Kasihanilah orang lain. Kami pun manusia jugak.

Cendawan Kukur

Cendawan Kukur

Mana yea aku boleh dapatkan cendawan nie.? Aku dah cari setiap pelosok pasar di sekitar rumah aku memang tak ada. Dekat Pasar Borong Selayang pon tak ada. Aku nak penuhi hasrat seseorang yang nak sangat makan cendawan nie. Katanya masak lemak cili padi sedap sangat.
 
(Aku sebenarnya tak makan pun cendawan nie)

Penipu


Tolonglah berhenti menipu aku. Aku dah tau sape ko yang sebenarnya. Memang aku dah tak percaya kat ko lagi. Bukannya sekarang tapi dari dulu lagi. Bak kata satu cerita yang pernah aku tonton "ko tak sepatutnya menipu dari mulanya lagi kerana ko akan mencipta satu lagi penipuan untuk menutup penipuan ko yang lain". Samalah juga dengan kes ko. Tolonglah berhenti. Akku dah bosan.