21 January 2011

Bulan yang TERsangat miskin

Sedar tak sedar akhirnya dah sampai pun hujung bulan. Aduh memang aku dah agak perkara nie akan terjadi. Tapi tak sangka pula ianya berlaku terlalu awal. Bulan nie keadaan kewangan makin meruncing. Duit dalam simpanan pun makin berkurang. Bulan nie dahlah aku tak ada gaji. Yelah aku baru je mulakan kerjaya.

Dalam bulan nie jugalah banyak benda yang perlukan duit. Contohnya minyak, loan, duit kutu dan lain-lain. Bulan nie juga lah aku nak services keta lagi. Lepas tue nak pegi melancong lagi. Nasib baik duit hotel & makan dah asingkan awal-awal lagi. So the problem is duit shopping. Nak guna duit simpanan takut pula. Sebab tak tahu gaji aku bila. Sebab aku dah tanya senior, ramai yang cakap biasalah dalam 3-4 bulan memang tak ada punya gaji. Pandai-pandailah nak survive.

So sekarang nie aku harap ex-bos aku kasilah gaji aku skali dengan duit claim. Yelah sekarang nie terpulang pada budi bicara dia je. Walaupun aku dah bagi notice 1 bulan, tapi aku berhenti 2 minggu awal. So bos kesianlah kat aku yea. =p

(p/s: tue semua cubaan di peringkat awal. harap aku dapat bertahan. cyaiy0k-cyaiy0k.....) 

17 January 2011

Rindunya

Just nak cakap aku tetiba rindu dengan kerja lama aku. Rindu tempat kerja aku. Rindu nak kena buli. Rindu nak call orang. Rindu nak pergi outstation. Yang paling penting rindu pada komputer keramat aku.

Sedar tak sedar dah 2 tahun lebih aku berkerja kat dekat situ. Pengalaman yang aku dapat bukan setakat manis je, pahit, masam, tawar semua ada.

Sekarang aku boleh berbangga dengan Pojie, Ayied, Nadia, K.Ina dan Ijui. Akhirnya, kini pasti...... Horey.!!!!

Hari Pertama

Secara rasminya pada tanggal 17 Januari 2011 aku telah pun bergelar kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Lebih tepat lagi aku telah ditugaskan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR).

Hari pertama kerja aku sampai pejabat pukul 7.30pagi. Yelah semangat berkobar-kobar lagi kan. Tapi sebab utamanya aku takut sesak je. Yelah siapa yang tak tahu dari persimpangan SEGAR sampailah ke Country Homes memang sesak. Terutama pada waktu kemuncak (pagi & petang). Jadi tak beranilah nak ambik risiko sampai lambat kan.

Lepas je habis lapor diri aku diperkenalkan dengan kakitangan sokongan yang lain. Lepas tue dengan guru-guru. Boleh dikatakan pada pandangan pertama memang semuanya ramah dan mesra. Kemudian aku dibawa menerokai kawasan asrama. (cewah ayat tak boleh blah). Tetiba-tiba teringat pula kenangan aku duduk asrama dulu. Rindu rasanya.

Dah nama pun hari pertama, biasalah memang tak ada kerja lagi. Aku duduk termenung jelah. Dari pagi sampailah ke petang. Tapi aku tahu jawatan yang aku sandang memang banyak tugas. Sekarang bolehlah duduk termenung nanti dah dapat kerja jangan haraplah. Kalau tak balik lewat bukan kerja akulah jawabnya. Boleh dikatakan jawatan nie yang terpenting jugaklah. Jawatan jelah tapi bukan aku. Aku tetap watak sampingan.

So aku berharap lepas nie aku dapat berkhidmat dengan penuh keazaman dan harap semangat aku sentiasa berkobar-kobar. Jangan hanya hangat-hangat taik cicak je. Amin...

14 January 2011

Kerana Pengetip Kuku

Dimulai dengan ucapan "Ya Allah, ya Tuhanku, terima kasih banyak-banyak dan syukur alhamdulilah aku selamat". Selalunya hari jumaat memang banyak kedai-kedai dekat area pejabat aku tutup. Yang buka pun adalah 3 - 4 buah kedai je. Kebetulan hari ni pejabat aku 2 orang je yang tinggal. Sorang lagi staf keluar hantar barang.

Nak dijadikan cerita ada 2 orang, seorang ibu(perempuan) dan seorang anak(lelaki) datang dekat pejabat. Katanya nak tengok barang. Memang muka dorang nampak macam pelik sangat. Maksud pelik tue bukan cacat tapi penuh dengan riak takut dan ada "something". So bila orang datang as a customer kita kenalah layan. Aku pun buka pintu. Perempuan tue melulu je masuk. Lepas tue jalan sekeliling pejabat. Yang lelaki tue pulak duduk dekat-dekat pintu usha2 barang. Tapi perbuatan dorang memang sangat pelik. Tetiba yang perempuan tue keluarkan pengetip kuku (yang besar). Aku tak tahu dia nak buat aper. Tapi aku ikut je dia dari belakang dengan jauh dan penuh berhati-hati.

Kebetulan pula ada seorang kenalan (lelaki) datang dekat pejabat. Waktu lelaki tue masuk je pejabat, 2 beranak tadi cepat-cepat jalan ke arah pintu. Cuma tak nak bagi nampak pelik dorang tanya harga barang berapa. Aku memang tak tahu harga barang so aku suruh tinggalkan no telefon. Nanti aku call balik. Terus yang lelaki tue cakap tak pelah. Then terus dia keluar.

Masa tue memang aku dengan sorang lagi staf sangat takut. Jantung aku memang dah berdegup kencang. Yelah badan dorang berdua agak besar dari kitaorang. Anything boleh terjadi. Lepas je dorang tinggalkan pejabat terus opis mate aku cakap, 2 3 hari lepas memang ader beberapa orang asyik lalu lalang je dekat pejabat. Lepas tue pandang-pandang pejabat. Macam dorang dah aim nak buat sesuatu kat pejabat. Tapi memang berterima kasih betullah pada kenalan kitaorang tadi. Muncul tepat pada masanya. Kalau tak tak tahulah aper yang bakal terjadi tadi.

So lepas nie aku kenalah berhati-hati. Walaupun aku dah tak ada lagi kat pejabat tue tapi walaupun dimana kita berada kenalah berhati-hati. Sekali lagi syukur alhamdulilah. Sebab kitaorang terlepas daripada bencana.

05 January 2011

Kerja Baru

Tahun nie merupakan tahun terbesar aku membuat perubahan. Sebenarnya nak tukar kerja baru nie memang dah lama aku rancang. Tapi aku asyik tangguhkan. Tapi kali ini tidak lagi. Aku memang dah nekad.

Penghujung tahun 2010 aku dapat tawaran kerja kerajaan. Memang aku teruja sangat. Bukan teruja sebab dapat kerja kerajaan tapi teruja sebab akhirnya dapat juga aku tukar kerja. Memanglah ada yang cakap "alah gaji gov nie sikit lor, baik ko keja skrg nie. okey gak gaji ko". Memang salah satu point penting kenapa aku tak nak quit sebab gaji tempat lain mungkin sikit berbanding sekarang. Tambahan pula tempat kerja sekarang dekat je dengan rumah aku. Selalunya hari jumaat aku balik rumah je makan, klu aku tak buzy hari-hari lain pun aku balik rumah je. Jimat sikit. Duit minyak pun save sebab dekat dengan rumah.

Acctually, bos aku memang baik. Kalau nak cuti pun senang je. Cuma biasalah mana-mana kerja mesti ada masalah. Sehari dua memang boleh tahan. Tapi dah dekat 2 tahun memang sorrylah. Aku dah tak dapat bertahan. Orang yang terdekat dengan aku je tahu kenapa aku nak sangat-sangat berhenti.

Sekarang nie aku nak cuma pikir nak cari kerja baru je. Manalah tau kalau aku tak dapat kerja kerajaan tue(sampai sekarang aku still tak dapat surat tawaran kerja kerajaan). Memang pada mulanya mungkin sakit sikit kot, tapi aku akan berusaha. Rezeki ada dimana-mana kan. Yang penting usaha dan tawakal. Aminn.....

01 January 2011

Shoping at IKEA

Shoping pertama di tahun 2011 adalah di IKEA. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi IKEA. Cuma pagi tadi aku singgah kat rumah nenek aku then cousin, nenak dan makcik aku nak pegi IKEA. Nak beli barang. Kebetulan mak aku memang nak beli barang. Jadi pergi sekali jelah.


Senarai sebelum sampai di IKEA.
* Mak : Pelapik meja
* Nenek : Kerusi
* Cousin : Barangan bilik tidur
* Makcik : Barangan dapur + toilet

Sampai je dekat IKEA, senarai tue memang confim beli lepas tue bertambah-tambah dengan barangan lain. Daripada satu  beg je, terus jadi 3 troli. Memang geleng kepala pakcik aku. Dia siap cakap "biar je, kalau tegur nanti jadi lagi banyak dia beli".
Bila bayar semua kena beratus-ratus. Sebenarnya penyakit shoping berlebihan nie boleh dicegah, tapi bila dah pergi ramai-ramai nie terus tak boleh dielakkan. Yelah bila seorang tanya "okey tak nie?" yang sorang lagi akan cakap "aaah, okeylah. cantik. belilah satu" begitulah seterusnya.. tue yang terlebih-lebih shoping.
Tapi apa pun memang perempuan tak lepas boleh lari dengan tabiat berbelanja. Selagi tak menyusahkan orang lain teruskanlah. Tapi kalau dah menyusahkan orang lain tue sendiri pikirlah yea. Teruskan enjoy di tahun baru nie...

Azam Tahun Baru

Biasalah bila sebut je Tahun Baru semua orang nakkan azam baru. Tapi adakah azam tahun sudah sudah tercapai. Aku ada baca facebook kawan aku. Semua azam dia tercapai malah berganda lagi. Azam dia nak mendirikan rumah tangga, tapi berganda pula dengan kelahiran anak. Bukan tue je malah dapat kerja tetap dan suami dia dah beli rumah untuk mereka bertiga. Kedengaran macam mustahil tapi itu hakikatnya. Aku sebagai kawan sememangnya tumpang gembira walaupun dia jauh sangat dan aku sudah bertahun tak jumpa dia.
Berbalik pada azam. Dalam list aku ada 1 azam utama dan yang lain-lain tue sekadar azam sampingan je. Alhamdulilah azam utama aku dah tercapai. Dan azam sampingan tue adalah 1 2 dah tercapai. Azam utama aku memang dah 2 tahun tertunggak. Tapi alhamdulilah, tahun 2010 telah menjadikan azam utama tue tercapai.
So, azam utama aku tahun nie nak beli rumah sendiri, guna duit sendiri. Kalau pun tak tertunai tahun nie, harap tahun depan tertunailah. Dan lagi 1 harapan aku agar bisnes aku bersama GSB bertambah maju dan maju dan maju. Walaupun sukar pada permulaannya tapi aku yakin dengan berkat usaha dan doa yang berterusan bisnes kita akan bertambah maju. Amin.....
Yang pasti apa pun azam kita biarlah ianya positive dan mampu untuk kita capai dan realisasikan. Jangan hangat-hangat tahi ayam je.

(p/s : lepas je menjamu selera kat rumah salah seorang GSB, terus ktaorg adakan meeting. nak dkt countdown bru pulang) 

Happy New Year

Apa lagi yang boleh aku katakan.. Happy New Year. Semoga tahun baru  nie banyak perubahan positive berlaku dalam hidup. Happy New Year.....