23 February 2013

K.A.M.I

GSB (geng seliper busuk). Nama yang tercipta bila kami berempat mengambil gambar seliper busuk bersama-sama. Tahun silih berganti. Seliper busuk dah bertukar menjadi kasut yang wangi. Harap kami akan tetap bersama.


Beberapa tahun yang lepas
Tahun 2013
Senyuman yang masih sama hanya lokasi yang berbeza. Pertalian persahabatan yang masih utuh antara kami. Walaupun berbulan tak bersua. Harap persahabatan antara kita akan kekal selamanya. BFFFF.

Nasi Goreng Planta

Hari nie tetiba pulak tekak terasa nak makan Nasi Goreng Planta. Semuanya disebabkan aku tengok rancangan 5 Rencah 5 Rasa. Lepas tue pulak stok planta banyak kat rumah. Jadi apa lagi, jom memasaklah. Resepi aku simple je. Resepi orang bujang. Apa yang ada dalam peti ais guna je sebaik mungkin. Inilah hasilnya.
 
Nasi Goreng Planta

Yahoo holidayyy

Dalam kalender aku, bulan Februari adalah bulan holiday. Selalunya aku holiday dengan family je. Tempat yang selalu aku tuju adalah Terengganu. Shoping "Batik Terengganu". Selalunya time CNY baru pergi. Sebab cuti memang lama. Tapi tahun nie tradisi diubah sikit. Aku holiday dengan bff aku. Nad dan Ayong. Sorang lagi bff aku Yus tak dapat join sebab kerja.
 
Sebenarnya holiday ke Penang, seminggu sebelum CNY. Plan asalnya nak pergi dengan sorang lagi member yang lain iaitu Meow tapi dia ada hal yang memang tak dapat nak dielakkan. So kami pergi bertiga jelah. Tapi sebelum pergi Penang singgah jap dekat Ipoh. Bermalam semalam kat sana. Lepas tue baru terus gerak ke Penang. Walaupon short trip tapi kenangannya memang best.
 
Sewaktu CNY pulak, GSB dapat berkumpul berempat. Aku, Yus, Nad ngan Ayong. Jadi kami berempat memutuskan untuk ke Bukit Tinggi, Pahang. Ini betul-betul holiday. Holiday kat highway. Jalan memang jem teruk. Semua orang nak balik kampung. Nasib baiklah Bukit Tinggi tue tak jauh sangat. Taklah lama sangat sangkut kat dalam jem tue. Tapi yang pasti, lepas je turun dari Bukit Tinggi tue, terus aku tumbang. Muntah, pening kepala semuanya ada. Mungkin sebab letih sangat kot. Tapi apa pon kitaorang memang happy sangat. Sebab nak kumpulkan GSB memang susah. Harap lepas nie banyaklah masa untuk GSB bersama.