13 November 2010

New Hair, New Look

Mood : Update blog sambil membelai rambut baru. Sebenarnya memang dah lama aku nak potong rambut. Tapi asyik ditangguhkan kerana buzy. Petang tadi balik je dari Kepong terus singgah kedai. Kalau dah masuk rumah, confim malas dah nak keluar. Nasib baik tadi memang dah kat luar. Jadi tunaikan terus hajat yang dah memang lama terbantut.... So selamat datang diucapkan kepada rambut baruku... =p

09 November 2010

itulah M.A.N.U.S.I.A

Aku betul-betul tak paham kenapa ada lagi manusia yang mempunyai PHD (perasaan hasad dengki). Apa yang aku nak coretkan ini memang terjadi depan mata aku.
Kisahnya ada seorang mamat namanya M. Memanglah kerja dia kena suruh baru jalan tapi still okey lagi. Sepanjang aku kenal dia tak pernah lagi dia menyusahkan aku. Sikit-sikit tue biasalah. Lumrah manusia tiada yang sempurna. Ada seorang makhluk tuhan yang sangat perasan dirinya bagus namanya S selalu sangat cerita perkara-perkara buruk pasal M dekat A. Mula-mula A buat bod0h je. Tapi akhirnya termakan juga kata-kata si S. Sekarang nie A dah mula pandang serong kat M. Bara api baru je sikit. Tapi ada lagi makhluk tuhan R dan Z tambahkan minyak pada bara tersebut. Apa lagi makin besarlah api tersebut. A pon mulalah bencikan si M. Kesian M. Dia tak pernah pun marah apatah lagi mengutuk si S, R & Z. Knapa dorang sakit hati sangat dekat M. Paling teruk si S. S tue tak sedar diri. Ramai lagi orang tak sukakan dia. Tapi tak ada pilak sampai nak mengata dia. Walaupun aku tak terlibat secara langsung dalam ini cerita tapi selaku pemerhati sememangnya aku tak puas hati. Kesiannya M. Aku harap A jangan hanya dengar je bulat-bulat cerita S. Selidik dulu. Sebabnya si S itu jalankan muslihat secara diam-diam. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

(p/s : tak guna nak dengki pada manusia yang lain. rezeki tuhan dah bagi untuk setiap orang. Ingat kita aniaya seorang tak mustahil satu hari nnti 10 org akan aniaya ko. dan jangan ingat semua orang suka kat ko)

08 November 2010

Facebook vs Blogger



Aku sebenarnya suka jadi silent reader untuk blog-blog otai. Memang dah lama jugaklah sebelum kemunculan facebook lagi. Sejak akhir-akhir nie aku perhatikan yang otai-otai nie dah kurang BERblogger. Kebanyakkannya menghabiskan masa update status dekat facebook. Sebelum wujudnya laman sosial facebook nie, boleh dikatakan otai-otai nie MENGupdate story 4-5 entry per day. Sekarang nie 1 entry per day sahaja. Itu pun update lebih kurang je. Aku yang dulu rajin menghabiskan waktu di blog-blog mereka sekarang nie sudah terasa sedikit bosan. Bila buka je blog otai-otai nie dah tak ada news baru. Kalau ada pun sekadar nak cukupkan syarat. Rasanya otai-otai nie pasti akan meninggalkan dunia blogger satu hari nanti. Jadi aku ucapkan terlebih dahulu "Selamat Jalan".

Hantaran - Cili Merah



Biar betul hantaran budak nie Cili Merah. Tak pecaya aku. Tapi selepas borak-borak dengan si pembuat hantaran baru aku tahu. Nie agar-agar. Serius sebijik macam Cili Merah.

07 November 2010

PTPTN - Pertukaran Pinjaman

PERTUKARAN PINJAMAN ( 3% ) KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH ( 1% )

Sebenarnya benda nie dah lama kena buat cuma untuk batch aku kena update start 1 Nov.. Serius aku memang dah lupa nak update. Tadi adik aku cakap "Akak, k0 dah update ker PTPTN ko." Time tue baru aku teringat "owh yelah." So aku pun on lah lappy aku dan start submit application.
Senang je. Tak sampai 5 minit siap. So kena tunggu mail approved jelah.

Dulu time study memang aku apply PTPTN. Kekadang menyesal pulak aku apply. Yelah time dah dapat duit tue aku belanja yang bukan-bukan. Aku bukannya orang kaya tapi sedang-sedang saja. So duit makan, duit rumah, duit belanja, yuran & duit bil-bil memang ayah aku kasi tiap-tiap bulan. Duit PTPTN aku beli handphone baru, shopping & belanja yang bukan-bukan. Time tue memang tak ingat dunialah.

So time nak bayar balik nie sakit sikitlah. Tapi alhamdulilah dah dekat 2 tahun aku bayar ikut flow dia. Memang nama aku tak ada masalahlah dalam pembayaran PTPTN. Malah aku bayar lebih dari yang sepatotnya. Sebab kalau boleh aku nak habis kan cepat bayaran PTPTN aku. Tapi bab bayar, bulan pertama je bapak aku bayarkan untuk aku. Start bulan yang berikutnya, aku bayar sendiri. Kesian pulak bapak aku.

So pada sesiapa yang buat loan tue jangan lupa bayar yea. Banyak member aku dah di blacklist kan nama sebab tak bayar loan. Ader tue loan PTPTN + MARA dekat 30k tak bayar. Bagi aku dah guna bayarlah balik. Kesian anak-anak kita nanti. Blum tahu lagi nasib mereka.

(p/s : perkara pertama yang aku buat bila dapat gaji, asingkan utk pelbagai jenis loan aku.)