22 September 2010

Berpantang

Aku saja je create post pasal berpantang nie sebab dalam 2 bulan nie aku terima banyak sangat berita pasal kelahiran. Kebanyakan wanita zaman sekarang nie langsung tak ambik berat pasal proses selepas bersalin. Kebanyakannya ambik mudah. Kalau rasa nak pakai lama badan tue, tolonglah jaga yea badan. Memang sekarang nie tak rasa kesan sampingannya lagi, tapi bila usia dah lanjut taulah nanti.

Nie aku nak k0ngsi tabiat orang zaman sekarang yang baru je lepas bersalin mahupun dalam proses berpantang :-
1  - Belum habis berpantang tapi dah pakai jeans ketat.
2  - Dalam proses berpantang dah makan McD, Pizza, KFC & yang tak boleh tahan minum air coke.
3  - Belum p0n habis 44 hari berpantang dah keluar merayau bawa si kecil. Malam2 pulak tue.
4  - Baru je lepas pantang, ligat buat kerja2 berat.
5 - Rambut dibiarkan lepas, stoking tak nak pakai, proses berurut, bertungku & sebagainya tak dibuat dengan sempurna.

5 point dekat atas nie bukan aku saja2 nak letak tapi memang terjadi depan mata aku. Kalau bab makan tue jangan pikir tentang perut & selera diri sendiri je. Pernah sekali tue si ibunya makan macam2, bila malam menjelma, terjadilah drama dimana si baby menangis je. Lepas tue baby sesak nafas, berdengkur dengan kuat. Tue semua gara2 si ibu makan tak ingat dunia di siang hari. Ingatlah sikit, awak tue menyususukan baby.. Cian baby tue.

Terpulanglah pada individu tue tersendiri. Muda2 nie memang tak terasa lagi, tapi bila dah tua sendiri pikir yea. Tengok jelah orang dulu2, walaup0n dah tua badan masih sihat. Zaman sekarang nie masuk je 40 macam2 sakit. Sendiri ingatlah yea.

(kim : bila dah sakit mulalah nak bersenam, nak jaga pemakanan time sihat tak ingat dunia~~)

21 September 2010

BerukBand yg mmg Berukkkk

just t0 say aku punya BerukBand dah r0sak~~
mmg tensi0n gila sebab disaat-saat genting aku tak dapat mengUPGRADE kampung aku di travian...
s0 kepada sitter aku tolong yea jagakan kampung aku.
yang paling penting askar2 aku...
My Army berjuang baik2 yea.. Dapatkan medal t0k ally kita yea untuk minggu nie~~~

18 September 2010

Raya versi D.E.W.A.S.A

      Saja je aku letak title untuk entry nie Raya versi Dewasa sebab tahun nie aku rasa aku beraya sebagai orang yg dah Dewasa kot.. Sebelum nie rasa cam kanak2 riang je kot.. Antara sebab aku cakap Dewasa kerana tahun nie first time aku kasi duit raya kat anak2 buah aku.. Last year tak dapat kasi sebab keadaan kewangan tak mengizinkan, tapi tahun nie aku dah asingkan dulu duit raya untuk budak2 tue awal2.. Sebab kedua tahun nie aku banyak spent time, money & kudrat untuk persiapan raya.. Last year mak dengan adik p0mpuan aku je yg  byk sediakan persiapan.. Tahun nie beralih kepada aku sbb penghujung2 ramadhan mak aku tak berasa sihat.. Dok berulang - alik ke hospital je.. Tapi sekarang alhamdulilah dah okey sikit..
     
      Raya tahun nie nak kata meriah sangat taklah jugak nak kata tak meriah p0n tak jugak.. Sederhana je kot.. Sebab zaman kegemilangan beraya untuk aku dah berakhir, sekarang zaman budak2 je.. Tp happy gak aku tengok anak2 buah aku.. Semua d0k asyik kumpul duit raya.. Dah tue d0k kira duit raya sesama d0rang.. Tak pe nanti agak2 duit aku dah kering aku mintak kat dorang jelah..... haaaa.

      Raya ke7 cousin aku kawen.. So raya ke6 dah start berkampung kat umah makcik aku dekat PJ.. Letih jugaklah buat persiapan.. Bukan letih buat keja tapi letih bersembang sambil bergeak ketawa.. Biasalah dah kumpul ramai2 macam2 ragam keluar.. Lepas tue macam2 plan untuk makan angin keluar.. Family nenek aku memang setiap tahun akan pergi makan angin beramai2.. So cadangan berlambaklah keluar.. Nak pergi sana sini.. Tapi kata muktamad belum diputuskan lagi tp cadangan memang dah bertimbun.. Aku ikut je mana dorang plan..
      
      So aku berharap dapat berjumpa lagi dengan Syawal yang akan datang.. Semoga Allah s.w.t panjangkan umur aku untuk bersama lagi orang2 yang tersayang di tahun hadapan... Amin~~


03 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Rasanya dah pat0t aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minggu depan KL akan sunyi seketika.. Kawasan kampung pulak akan dipenuhi oleh kaum keluarga..

Paling-paling penting pandu lah kereta, lori & sebagainya dgn berhati2.. Ingat org tersayang.. Rancang perjalanan.. Aku sangat sedih bila tiap-tiap tahun ada je kematian.. Ingat jalan raya bukannya tempat berlumba.. (ingatan t0k diri sendiri jugk)

So sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN~~

01 September 2010

maaf, 2 kali aku ditipu

nak dekat raya nie mula lah sibuk org ramai menyediakan persiapan raya. macam cat rumah, tukar perab0t, langsir & buat kuih raya...

aku bukannya nak bercerita pasal persiapan raya family aku (mmg tak buat aper p0n) just nak bercrita tentang ketidakpuasan hati aku je tahun lepas...

first time, last year aku beli kuih dekat org lain.. selalunya tiap2 tahun aku beli dekat kedai hidayah (area tmn samudera).. kuih kat situ mmg puas hatilah..
yg buat aku x puas hati time dia ksi sample memang kuih tue besar & sedap.. truslah aku order byk sikit... last2 bila dah dapat memang tersangat kecewa. bayangkan time sample kuih tue sebesar duit syiling 50sen, bila dapat sebesar duit syiling 10sen je.. ader tue yg sebesar 5sen je... memang tak puas hati.! rasa p0n berbeza drp sample.. ader jugk mmbr yg lain order dkt org yg sama, d0rg p0n cam bengang je... yelah nak berniaga buatlah elok2 sikit.. ini tak.. kecewa sungguh.. nie kisah yg pertama..

kisah yg kedua plak dia ksi aku mkn kek.. mmg sedap.! aku p0n orderlah sebijik.. kali nie terkena lg aku.. dahlah kek tue nipis, sebesar size kertas A4 je.. rasa mmg dah hampeh, mahal plak tue.. mak aku ckp cam tak berbaloi harga dgn size kek tue.. s0rry kat tesc0 tue aku beli lg murh & sedap.. kek yg sama.. ingt nak tlg2 org last2 aku terkena pulak.. tau tak kek tue ktorg mkn separuh je, separuh lagi t0ng sampah yang makan... memang tersangat membazir je..

thn nie dia kasi lagi sample kuih raya kat aku.. mak aku dah sound awal2 jangan beli.. membazir je. tak payah cakap mak, memang aku tak beli p0n.. cukuplah 2 kali aku tertipu.. nielah dia orang kita, bila berniaga suka menipu.. sebab tue perniagaan tak maju... apa p0n aku ucapkan selamat berpuasa~~