18 September 2010

Raya versi D.E.W.A.S.A

      Saja je aku letak title untuk entry nie Raya versi Dewasa sebab tahun nie aku rasa aku beraya sebagai orang yg dah Dewasa kot.. Sebelum nie rasa cam kanak2 riang je kot.. Antara sebab aku cakap Dewasa kerana tahun nie first time aku kasi duit raya kat anak2 buah aku.. Last year tak dapat kasi sebab keadaan kewangan tak mengizinkan, tapi tahun nie aku dah asingkan dulu duit raya untuk budak2 tue awal2.. Sebab kedua tahun nie aku banyak spent time, money & kudrat untuk persiapan raya.. Last year mak dengan adik p0mpuan aku je yg  byk sediakan persiapan.. Tahun nie beralih kepada aku sbb penghujung2 ramadhan mak aku tak berasa sihat.. Dok berulang - alik ke hospital je.. Tapi sekarang alhamdulilah dah okey sikit..
     
      Raya tahun nie nak kata meriah sangat taklah jugak nak kata tak meriah p0n tak jugak.. Sederhana je kot.. Sebab zaman kegemilangan beraya untuk aku dah berakhir, sekarang zaman budak2 je.. Tp happy gak aku tengok anak2 buah aku.. Semua d0k asyik kumpul duit raya.. Dah tue d0k kira duit raya sesama d0rang.. Tak pe nanti agak2 duit aku dah kering aku mintak kat dorang jelah..... haaaa.

      Raya ke7 cousin aku kawen.. So raya ke6 dah start berkampung kat umah makcik aku dekat PJ.. Letih jugaklah buat persiapan.. Bukan letih buat keja tapi letih bersembang sambil bergeak ketawa.. Biasalah dah kumpul ramai2 macam2 ragam keluar.. Lepas tue macam2 plan untuk makan angin keluar.. Family nenek aku memang setiap tahun akan pergi makan angin beramai2.. So cadangan berlambaklah keluar.. Nak pergi sana sini.. Tapi kata muktamad belum diputuskan lagi tp cadangan memang dah bertimbun.. Aku ikut je mana dorang plan..
      
      So aku berharap dapat berjumpa lagi dengan Syawal yang akan datang.. Semoga Allah s.w.t panjangkan umur aku untuk bersama lagi orang2 yang tersayang di tahun hadapan... Amin~~


No comments:

Post a Comment