21 April 2013

Spicy Korean Crunch

 
Jom try. Boleh berangan jadi artis Korea jap.

Kalau Dah Rezeki Tak Kemana

Sebenarnya aku dah lama nak post perkara nie. Tapi keadaan tak mengizinkan. Atas sebab-sebab tertentu. Tapi bila perkara yang sama berulang kembali aku terpanggil untuk menulis tentangnya jugak.
 
Kejadian berlaku pada hujung tahun lalu. Ada event di sekolah. Jadi pihak sekolah orderlah KFC Snack Plate untuk satu sekolah termasuklah guru-guru dan staff.
Nak dijadikan cerita ada seorang staff nie tak datang sekolah. Jadi ikutkan dia tak dapatlah KFC tue. Yea memang bahagian dia ada. Tapi dia tak datang kiranya habislah. Tapi yang jadi tak bestnya bila dia suruh seorang staff hantar dekat rumah dia KFC tersebut. Memanglah staff tersebut tak kisah untuk hantar. Sebabnya staff tersebut memang sangat-sangat baik hati. Apa orang buat dekat dia, senyap je. Walaupun tak puas hati diam je. Memang kiranya staff yang baiklah. Jadi dia pun pergilah menghantar KFC tersebut. Yang buat aku kesian sangat dekat staff tue, dahlah kena hantar KFC dekat rumah staff yang tak datang, lepas tue kena patah balik untuk balik rumah. Serius rumah staff tue jauh. Sebab dulu tak de jalan shortcut. Bagi aku kalau dah ko tak datang anggap tak de rezeki jelah. Lagi pun ko pun tak bayar satu sen pun untuk KFC tersebut. Anggap je tak ada rezeki. Tak perlu menyusahkan orang lain. Kalau teringin sangat pergi je beli.
 
Beberapa hari yang lalu pun adalah seorang hamba Allah nak belanja staff dekat ofis. Jadi dia tanya ada berapa orang staff sebab nak order makanan. Boleh pula sorang staff nie cakap "alah si A tak adalah. Boleh tak belanja esok" Memang tergaman aku. Ada jugak orang macam nie yea.
 
Tapi kalau aku memang tak hantarlah. KFC je kot. Lagi pun yang paling penting aku percaya itu bukan rezeki aku. Jadi tak perlu nak menyusahkan orang lain. Kesian pada orang lain.
 
KFC Snack Plate
 

12 April 2013

Holiday ke Sabah

Sabah, menjadi memori yang terindah untuk GSB. Percutian yang banyak meninggalkan kenangan yang tersendiri. Walaupon ada yang akan berkata "alah Sabah je kot" tapi silap. Walaupon hanya bercuti di Sabah tapi memori yang tercipta tiada bandingan.

Sebenarnya untuk ke Sabah bermacam halangan yang perlu ditempuhi. Isu serangan ke atas Lahad Datu menjadi halangan utama. Ambil contoh aku sendiri. Ibubapa aku memang tak bagi aku pergi. Walaupon Lahad Datu dan Kota Kinabalu agak jauh tapi perasaan risau ibubapa tetap ada untuk anaknya. Agak lama jugak untuk aku menyakinkan mereka. Tapi akhirnya, alhamdulilah sampai juga aku ke Kota Kinabalu.

Tapi memori yang agak tak boleh dilupakan bila mana beg aku dan Nad tertinggal kat LCCT. Memang kitaorang dah lambat untuk check in. Jadi dalam keadaan kelam kabut tue bermacam masalah yang timbul. Sepanjang dalam flight memang agak risau memikirkan beg. Akhirnya beg kitaorang sampai pada malam hari Jumaat dan boleh diambil pada hari Sabtu. Time nie kawan-kawan memainkan peranan dorang. Aku dan Nad ke Kundasang sehelai sepinggang. Dah sampai sana baru beli baju. Nasib baik ada Ayong. Habis barang dia, kitaorang belasah. Thankx Cik Ayong.

Walaupon berbagai halangan yang melanda, tapi tue semua adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tempat dimana kita melancong tue tak penting, yang paling penting adalah masa yang telah diluangkan bersama teman-teman. Harap sangat akan ada lagi holiday bersama GSB. Love ullos... (^_-).
 
Beg yang tertinggal
GSB di Kundasang
Tabik Hormatttt



Dengan ikan pon takot ker?


Menunggu bot



Permandangan Gunung Kinabalu pd jam 6.15am. Serius cantik gila.