18 December 2011

Double F

Terkena penyakit flu dan fever. Aduh minggu nie penuh penyakit. Mulanya sakit kepala, then sakit tekak lepas tu batuk dan last sekali deman dengan selsema. Penuh dugaan betul minggu nie dengan penyakit-penyakit bersiri. Nak MC banyak kerja urgent perlu disiapkan. CC pon tak ada gi kursus. Nasib baik kursus aku semua dah habis dihadiri. Kalau tak confirm tak larat nak gi kursus. Tapi tak aperlah. penyakit tue terjadi sebab nak menghapuskan dosa-dosa kecil. Harap dosa-dosa kecil terhapus.

(p/s : chaiyok-chaiyok.. semoga cepat sembuh yea.)

14 December 2011

Peningnyaaaaa

Pagi tadi bangun je dari tidur terus rasa pening kepala yang teramat sangat. Ingatkan lepas dah mandi, cuci kepala okey dah. Tapi tetap sama. Time nak keluar rumah pening semakin bertambah. Kepala dah pusing-pusing. Takut sesuatu terjadi masa memandu nanti baik aku ambik je MC.
 
 
Balik je dari klinik terus makan ubat. Ingat nak tidur jap lagi. Tapi update jap blog dulu sambil usha-usha 'Lampiran C' dah keluar ker belum. Esok lagilah tension nak kena pergi Taklimat Kewangan. Nasib baik sehari. Tapi aku harap bangun je tidur kejap lagi kuranglah sakit kepala. Peningnya nie.

11 December 2011

Kelebihan Diam


DIAM adalah hujah yang sukar dipatahkan.
DIAM adalah akhlak paling mulia.
DIAM adalah ibadah paling senang.
DIAM adalah penutup segala keaiban.
DIAM adalah penyelamat dari bahaya.
DIAM adalah senjata penghalang syaitan.
DIAMlah.....di kebanyakan situasi...
"SILENT IS BETTER"

Gerhana Bulan

Sewaktu menulis entry nie aku baru je masuk bilik setelah habis mengusha bulan dekat luar rumah tadi. Cantik sungguh salah satu ciptaan Allah swt nie. Tetiba - tiba je aku terpikir 'adakah ini kali terakhir aku melihat Gerhana Bulan', 'tahun depan dapat tak aku melihat lagi Gerhana Bulan'. Aku pernah terbaca satu petikan yang berbunyi bergini "Bumi kita semakin tua, tak pasti samada esok, adakah Bumi ini akan berada pada kedudukan yang sama". Ayat yang begitu menyentuh kalbu. Yang mengingatkan kita tentang dunia yang semakin menghampiri kemusnahan yang nyata.
Berbalik kepada kisah Gerhana Bulan nie aku nak share tentang Solat Gerhana Bulan / Matahari. Harap info yang aku bagi ini berguna yea.





Solat sunat gerhana bulan/matahari boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
Cara pertama (basic): - Niat (sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat, imam/makmum kerana Allah Ta'ala).
- Solat sunat 2 rakaat seperti biasa sehingga tahiyat akhir.

Cara kedua (sederhana): - Niat (sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat, imam/makmum kerana Allah Ta'ala).
- Baca doa iftitah, surah Al-Fatihah, surah yang sederhana panjang.
- Rukuk yang sederhana lama (lebih kurang 11 kali tasbih).
- Iktidal, kemudian terus qiam dan baca surah Al-Fatihah dan surah yang sederhana panjang.
- Rukuk kedua yang sederhana lama (lebih kurang 11 kali tasbih).
- Iktidal, kemudian sujud yang sederhana lama (lebih kurang 11 kali tasbih).
- Duduk antara dua sujud dan kemudian sujud yang sederhana lama (lebih kurang 11 kali tasbih).
- Bangun, qiam, dan ulang kembali seperti yang di atas, kemudian tahiyat akhir.

Cara ketiga (yang sangat afdhal dan dituntut): - Niat (sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat, imam/makmum kerana Allah Ta'ala).
- Baca doa iftitah, surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah (sehingga habis).
- Rukuk yang lama (lebih kurang panjang surah Al-Baqarah).
- Iktidal, kemudian terus qiam dan baca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran (sehingga habis).
- Rukuk kedua yang lama (lebih kurang panjang surah Ali-Imran).
- Iktidal, kemudian sujud yang lama.
- Duduk antara dua sujud dan kemudian sujud yang lama.
- Bangun, qiam, dan ulang kembali seperti yang di atas (baca surah yang panjang dan langkah-langkah seperti di atas), kemudian tahiyat akhir.

Oleh: Imam II Masjid Al-Falah USJ 9
kredit kepada syahiruldotcom

03 December 2011

Makan - Makan Rambutan

Jumaat lepas, semua staff perempuan dekat office menyerbu rumah En.Shaari. Tujuan utama penyerbuan adalah untuk mendapatkan buah rambutan yang tengah ranum diatas pokok. Hiii. Merah menyala rambutan dekat rumah En.Shaari.

Dengan kebenaran Pengetua kami semua keluar rehat awal. Dalam pukul 11.30 dah hilang dari pejabat. Kena keluar awal sebab rumah En.Shaari dekat Batang Kali. Jauh jugak dari sekolah. Ambil masa lebih kurang 45minit - 60minit jugaklah nak sampai. Kami semua pergi dalam 2 biji kereta je. Kalau bawa 4 biji kereta, licinlah jawabnya pokok rambutan En.Shaari. hiii..

Sesampai je kami semua apa lagi teruslah memulakan operasi memetik buah rambutan. En.Shaari potong dahan yang banyak buah, kitaorg asingkan buah dengan daun. Sambil asingkan, sambil ngap ngap. Surelah sedap. Fresh dari pokokkan. Yang tak bestnya nyamuk, semut hitam dok menghinggap dekat kitaorg. Habes badan aku naik biji-biji merah akibat kena gigitan nyamuk.  Tapi tue semua pengalaman berharga aku. Yelah selama nie mana pernah kena gigit dengan nyamuk.

Dah habis je operasi memetik buah rambutan, terus balik office. PK Koko dengan KP Pendidikan Islam dah menunggu. Tak sabar nak makan rambutan katanya. Teruslah bahagi-bahagi hasil petik-memetik. Kesimpulannya office hari tue dah jadi macam pasar rambutan. Next time nak menyerbu rumah yang ada pokok durian plak. Boleh ker?

tuan punya rambutan. En Shaari
memetik rambutan sambil berposing
hasilnya....
 



inilah dia buah R.A.M.B.U.T.A.N

23 October 2011

Melly Goeslow- Kamu

 
Lagu nie memang dah sangat lama, dan dah lama aku cari. Akhirnya jumpa jugk. Sangat-sangat suka. Banyak kenangan dengan lagu nie. Mengingatkan aku pada saat-saat tue.
Dipetik daripada movie  Eiffel I'm In Love
 
Jom layan~~

27 September 2011

Status Facebook


Aku sangat-sangat tak suka bila ada orang yang pertikaikan status yang ditulis oleh kawan-kawan dia. Memanglah hal-hal yang dalam kain tak patut diceritakan pada orang lain, tapi kalau tuan punya fb dah tak kisah, lantaklah dia. Tak payahlah hentam tuan punya fb tue. Bukannya kita je kawan dia, ada ramai lagi kawan dia. Bila tuan punya fb kena kutuk confirmlah dia terasa. Kalau tak suka jangan baca. Lain orang, lain pandangannya.

Ada satu kisah nie, tuan punya fb update dia punya status "sedapnya makan nasi lemak td & blah blah blah". Tetiba je ada seorang kawan dia reply "Poyolah ko, tue pun nak tulis. Macam tak pernah makan je & blah blah blah".  Hello, hello, hello tue fb dia. Tak payah nak kutuk. Tak salah pun dia nak tulis apa pun. Ada jugak yang meluahkan perasaan marah atau tak puas hati dekat wall masing-masing. Biarlah. Mungkin tue yang buat dia rasa lega.

Teringin jugak aku nak baca status orang-orang yang tak suka status orang-orang lain nie. Best sangat ker status dia? Sama jugak dengan penulisan blog nie. Apa yang aku tulis, apa yang terpendam dalam hati. Kalau tak suka aku tak boleh buat aper. Aku bukannya hidup untuk puaskan hati orang lain. Hidup aku, cara aku.

(p/s : sgt kesian pd kwn aku yg hri2 ader je org yg kritik status dia. wlaupun aku kadang2 x suka status dia, aku taklah kutuk dia sampai gduh2 dlm fb)

24 September 2011

Deman Denggi

Currently mengupdate blog dekat cark park Hospital Selayang. Adik aku kena denggi. Semalam lepas je kerja terus dia balik rumah dengan keadaan cirit-birit & muntah-muntah. Badan dia pun memang panas. Dia cakap maybe salah makan waktu rehat. Jadi buat cam biasa jelah. Pagi tadi dia bangun tidur, tengok badan dia ader bintik-bintik merah. Apa lagi terus pergi klinik. Doktor cakap deman biasa je. Rasa sangat tak puas hati bila cousin, uncle dengan auntie cakap tue denggi. Yelah dorang pun ada pengalaman kena denggi. Cousin aku siap kena denggi berdarah lagi. Then terus pergi Hospital Selayang untuk mendapatkan kepastian. Sekarang nie tengah tunggu result je. Harap adik aku okey jelah. Tak nak sakit-sakit.

22 September 2011

Open House

Minggu nie banyaknya open house yang kena attend. Perut kena kosong. Yang paling penting, confirm berat badan bertambah-tambahlah lepas nie.


Senarai open house yang kena attend minggu nie..
  • Yani
  • Ain
  • Zura
  • Cikgu Siti Aida
  • Farid
  • Kak Shidah
  • Nek Wok (nama je nek tp muda lg)
  • MARSIS (agm + jamuan raya)
So siapa yang nak panggil aku untuk open house lagi silalah text yea. Insyallah tak de halangan aku datang. Tapi sorrylah yea tahun nie rumah aku tak terbuka. Tertutup je. Tapi kalau nak datang aku sambut je.  

Si Penyibuk

Aku tersangat benci dengan orang yang suka sangat menjaga tepi kain orang lain. Dalam erti kata lain penyibuk. Hal kain sendiri tak nak ambik tau, orang lain punya cerita sibuk-sibuk nak ambik tau. Menyampah betul. Sebabkan orang yang perangai buruk nielah aku terpaksa buat keputusan yang drastik. Hello, aku sikit pun tak jaga tepi kain DIA, yang DIA sibuk sangat nie kenapa.?

Kadang-kadang menyesal jugak aku kenal dengan DIA. Kalau boleh diundurkan masa memang tak ingin aku berkenalan dengan DIA. Sekarang nie, kerana DIA habis aku kehilangan kesemuanya. Aku pasrah walaupun hati aku sangat sakit.

Satu hari nanti aku harap DIA akan terima balasan yang lagi teruk dari aku. Lantaklah kalau DIA nak cakap aku jahat pun. Aku dah tak peduli.

20 September 2011

Deman Rindu

Ini nie merupakan hari ke3, Marzali meninggalkan Malaysia. Kesian pula aku pada makcik aku sekeluarga. Sampai deman. Yelah selalunya berpisah pon dekat-dekat je dan tak lama. Sampai semalam seluruh keluarga makcik aku masih lagi bersedih. Walaupun tak menangis didepan ahli keluarga yang lain, tapi aku tau dorang masih lagi bersedih. Mula-mula memanglah. Lama-lama nanti dah tak rasa pun.

Harap cepat-cepatlah baik yea daripada deman.

18 September 2011

Selamat Tinggal Marzali

Satu kata yang dapat mengambarkan perasaan aku ketika ini. Sayu. Semalam aku baru je menghantar sepupu aku pergi KLIA. Dia akan melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland dalam bidang Dental Surgery selama 5 tahun. Insyallah. 5 tahun dia akan berada disana. Walaupun sekejap tapi macam-macam perasaan ada.

Dia pergi bawah tajaan JPA. Semalam aku tengok student yang akan ke Dublin adalah dalam 20 orang. 5 orang tajaan JPA manakala 15 orang lagi tajaan MARA. Bagi aku tak kisah bawah tajaan sesiapa pun janji kena study smart. Kecapi kejayaan. Ramai yang dah booking dia untuk check gigi. Jangan lupa yea Marzali, k.ain akan tinggalkan gigi yang berlubang nie untuk Marzali.

Gambar memang banyak. Tapi semua dekat dalam kamera orang lain. Aku sempat snap pun guna kamera handphone je. Tue pun sekeping dua je. Tak sempat. Jadi layan je gambar yang ada yea.



Bersama dengan student yang lain.


Selamat tinggal wahai sepupuku. Keep in touch dengan dunia siber jelah yea....
Study smart yea....

17 September 2011

Forteen - Berdua Bersatu

Walaupun ada yang tak suka, peduli aper aku.
Aku tetap suka.
Lirik yang menyentuh hati aku.
Walaupun aper rintangan yang mendatang, kita berdua akan tetap bersatu.

Anak-anak sentiasa mulia yea?

Persoalan yang sering bermain diminda. Kenapa yea semua ibubapa akan mengganggap anak-anak mereka baik wahal anak dia dah terang-terangan melakukan kesalahan. Ini bukan kisah dalam drama ataupun filem tapi kisah realiti. Bermacam perkara buruk dan mengaibkan si anak lakukan, tapi ibubapa tetap membela ank-anak mereka dengan menyatakan bahawa anak mereka terbaik.

Bagi pendapat aku, sebagai ibubapa kita kenalah menerima kenyataan yang zuriat kita tidaklah sebaik yang diharapkan. Bila kita dapat menerima kenyataan, cepat-cepatlah kita membimbing anak-anak ke jalan yang benar. Bila kita tidak dapat menerima kenyataan jadi kejahatan yang mereka lakukan didepan mata pun kita anggap kebaikan.

Bak kata pepatah anak-anak ibarat kain putih yang bersih. Kitalah yang bakal mencorakkan mereka. Kalau hitam, hitamlah mereka dan kalau putih, putihlah mereka. Yang paling penting kita harus berfikiran terbuka. Terima pandangan orang lain. Ini kebanyakannya bila ada yang mengadu anak mereka nakal, mulalah melenting. Cakap fitnahlah, saja nak menjatuhkan anak mereka. Memanglah kita tak boleh terus percaya apa yang dikatakan tapi kita kenalah siasat betul atau tidak apa yang dikatakan. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Kebelakangan ini banyak sangat kes anak-anak merompak dan membunuh keluarga sendiri. Jadi sebelum anak-anak kita menjadi begitu lebih baik kita sebagai orang tua mendidik mereka ke jalan yang benar. Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

(Teringat sebuat kisah seorang ibu menjaja kisah anak dia. Katanya anak dia memang anak yang baik. Walaupun dah terang lagi bersuluh anak dia melanggar peraturan tapi tetap tak percaya anaknya jahat)

16 September 2011

Gobek

Gobek. Sejenis alat yang digunakan untuk menghancurkan makanan. Sangat berguna pada orang tua-tua yang tak ada gigi. Contohnya kalau nak makan sirih. Fungsinya lebih kepada lesung batu. Cuma bentuknya panjang seperti silinder dan kecil.

Gobek

Cerita gobek nie terkeluar bila aku duduk bersembang dengan nenek dan makcik-makcik aku. Mulanya bercerita pasal gigi palsu dan kemudian berlanjutan hingga ke gobek. Aku yang memang tak tau apa bendanya gobek teruslah bertanya "Gobek tue aper?".  Nenek dan makcik aku pun terkejutlah. Yelah tak sangka aku tak tau gobek tue aper. Nasib baik ader sepupu aku sebagai penyelamat. Yelah dia pun tak tau.

Lepas tue terus nenek aku pergi ambik gobeknya yang tersimpan dekat laci antik dia. Barulah aku dengan sepupu aku tau rupa gobek. Paling penting nasib baik nenek aku ada simpan gobek dia. Dapatlah tengok dan pegang. Serta mendemo sekalilah. Kalau tak google jelah aku.

Aku rasa zaman aku pun dah tak tau rupa gobek tak mustahil generasi yang akan datang lagi tak tau rupa gobek. Bukan setakat gobek je malah kacip pun tak tau.  Jadi aku berharap kerajaan akan bina satu muzium untuk barang-barang antik nie. Untuk kebaikan generasi yang akan datang jugak. Supaya warisan kita tidak terus hilang.

Merdeka... Merdeka... Merdeka...


Saya bangga menjadi anak Malaysia... Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluaruh rakyat Malaysia...
Terima kasih wahai para perjuang dan mereka yang berjasa yang sangat tercinta...
Kerana kamulah aku dapat mengecapi kehidupan yang aman dan damai...
Terima kasih, terima kasih, terima kasih...
Jasamu tiada gantinya...

~SALAM MERDEKA~

14 September 2011

Baju Raya

Lepas raya nie memang sangat-sangat tension. Bukan sebab banyak kerja tapi tension bila pakai je baju baru semua orang tegur "aik, pakai baju raya nampak". Aduh pakai baju raya pon salah. Nak bertegur-tegur pulak. Lepas tue banyaklah komen komen yang tak bertauliah. Kalau sedap didengar okey jugaklah. Nie menyakitkan tahi telinga dan hati je.

gambar hiasan
Kalau setakat baju je ditegur tak pelah jugak. Ini segala-galanya dari atas sampailah ke bawah. Kasut, Handbag, Tudung, Brouch, etc. Tak pelah nanti kalau aku beli barang-barang baru aku buat announcement yea. Biar satu sekolah tau.

Takziah kepada Pn Norazlina Isa

Takziah aku ucapkan kepada Pn Norazlina Isa sekeluarga atas pemergian bonda tercinta. Memang satu berita yang mengejutkan. Yelah last week mak dia okey je, tetiba-tiba je dapat panggilan yang mak dia jatuh. Start je dari jatuh tue terus dia sakit. Dan semalam terus dapat berita kematian daripada biras Kak Lin. Mungkin itu yang terbaik bagi mak dia.

Hari nie, ada buat rombongan menziarah Kak Lin dekat Perak. Aku, Ustaz Kamilen, Azrul, Kak Aisyah & Husnah je yanag pergi. Yang lain-lain semua tak pergi. Alasan yang di bagi sibuk dengan kerja. Jadi tak boleh nak cakap aperlah.

Tapi bulan Syawal nie memang banyak berita kematian yang diterima. Awal Syawal jiran aku 3 orang meninggal. Tapi yang sorang tue meninggal dekat kampung dia. Dekat Termerloh. Yang lain dekat sini je. Memang sedih jugaklah mendengar berita kematian nie. Tapi kita yang hidup kenalah beringat-ingat akan kematian. Ambil ikhtibar atas aper yang berlaku.

Semga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin......

Al-fatihah.

27 August 2011

Bercuti Raya

Ketika menulis entry nie aku sedang menonton program Majalah 3. Hari nie merupakan antara hari-hari yang bosan. Nak keluar rumah malas sebab dah tau confim, jem teruk kat luar sana tue. Yelah saper yang tak tahu kawasan Rawang memang jem, menghala ke Utara. Yelah walaupun ada highway orang ramai lebih memilih untuk mengikuti jalan lama. Jimat duit tol. Tapi bagi bapak aku dia tak suka ikut highway sebab bosan katanya. Yelah jalan lurus je. Lepas tue kiri kanan pemandangan sama je. Yang paling penting tak de cabaran katanya. Cuma tekan minyak 110km/j je. Kalau ikut jalan lama nie best sikit. Ada simpang siurnya. Dan aku sendiri bersetuju dengan bapak aku. Kalau aku bawa keta lalu highway mesti mengantuk punya.

Ermm pagi nie aku teman mak pergi pasar borong beli daging, ikan dan ayam. Wah harga memang boleh tahan. Kena pandai cari je yang murah. Ada harga yang murah ader harga yang melambung. Part yang bestnya nak balik tue hujan lebat. Dahlah nak menapak pasar ke kereta jauh. Habis basah. Sampai je rumah terus mandi. Takot deman. Dahlah nak dekat raya kan.

Hari nie juga bermulalah cuti raya aku selama seminggu. Sebenarnya macam malas je nak cuti Isnin nie, Tapi terpaksa cuti desebabkan tak ada orang kat pejabat. Kalau ada seorang dua mau jugaklah aku datang bekerja.. Yang tinggal pon bukannya orang-orang yang stay kat pejabat. PAP dengan driver je. Tue pon sah-sah dorang duduk kat belakang. Bercerita tentang cuti kesian pada orang-orang yang ambik cuti pada 5hb Sept. Cuti tak diluluskan. Nasib baik aku tak apply. Tapi ada jugak yang tak peduli tetap nak cuti. Yelah dah baik punya plan tetiba tak jadi pulak.

Kenangan zaman kanak-kanak, kalau boleh cuti raya  nak sebulan. Bila dah dewasa nie 3 hari bercuti raya pun dah bosan. Yelah aku dahlah tak de kampung, beraya kat KL nie sorang-sorang je. Part paling best, orang lain menziarahi sanak saudara, ktorang (family aku, aunty, uncle, cousin & nenek aku berserta cucu-cicitnya) menziarahi IKEA & SOGO. Teringin jugak aku nak punya kampung. Beraya pertama dalam suasana kampung.

Isnin next week confim penyakit malas ke pejabat akan timbul. Yelah terlampau lama bercuti. Semoga cuti aku akan diisi dengan perkara-perkara yang mengembirakan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

19 August 2011

Bonus Raya

Tersenyum sendirian aku bila aku membuka penyata gaji. Walaupun amaunnya taklah banyak macam gred yang lain tapi cukup untuk membuatkan aku tersenyum sepanjang hari. Memang duit extra sangat-sangat diperlukan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nie.

Tambahan pula tahun nie tahun pertama aku bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Selalunya aku cuma mendengar khabar je kakitangan kerajaan dapat bonus. Tapi akhirnya aku sendiri merasa. Terus terang sewaktu aku kerja swasta dulu time raya hanya mampu menelan air liur dan memandang habuk dan debu-debu yang berterbangan je. Sesen pun tak masuk kedalam poket yang hampir nak koyak rabak nie. Nak bonus tunggu hujung tahun je. Tapi sekali bonus memang masyuklah. Hiii5.

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada PM sebab bagi NBonus raya pada kaitangan kerajaan yea. TQVM......

(Tak sampai seminggu duit bonus terus habis. Bukannya berboros tapi aku hanya menjalankan kewajipan je untuk keluarga)

Aku Kembali

Haiiii... Sewaktu mengupdate entry nie aku tengah melayan lagu Rabbani - Pergi Tak Kembali. Barulah aku teringat 'ehh aku ada blog yang sangat lama tak berupdate'. Mungkin orang dah bosan bila seorang blogger yang tak berupdate blog bagi alasan 'aku buzy'. Tapi tue memang antara faktor kenapa aku lama tak mengupdate blog aku nie.

Orang selalu pikir 'keja gov nie banyak bersembang je dari buat kerja' Titttt..... Salah tue. Mungkin dekat jabatan / kementerian yang lain ya, tapi untuk aku jawapannya tak. Masa yang ada pun kadang-kadang tak mencukupi. Report je boleh dikatakan tiap-tiap minggu nak kena submit. Kalau satu je report okey jugaklah nie punyalah banyak report. Pening-pening. Rasanya waktu aku kerja swasta dulu pon lagi relaks je. Malah boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku outstation. Bolehlah merehatkan minda. Tak gitu.

Insyallah buat masa nie aku akan cuba sedaya upaya mengupdatekan blog yang tak berapa best nie. Dan walaupun dah masuk hari ke19 berpuasa aku still nak wish selamat berpuasa yea.

28 June 2011

Kau BAIK aku JAHAT

Betul ker orang yang dah menunaikan haji dan umrah adalah orang yang terbaik sekali. Takkan melakukan kesalahan dan sentiasa berbuat baik pada semua orang. Aku rasa tak. Bagi aku ada yang benar-benar berubah menjadi baik dan ada juga yang langsung tiada perubahan malah menjadi semakin teruk. Tuan empunya diri mungkin tak sedar atau berpura-pura tak tau. Yang akan perasan selalunya orang-orang yang berada disekelilingnya atau yang pernah menjadi mangsa.

Ada yang dah berkali-kali menjejakkan kaki ke tanah suci Allah, tapi bila balik langsung tak berubah. Yang berubah hanya pada nama. Haji dot dot dot atau Hajah dot dot dot. Tapi perangai, niat hati dan kelakuan masih sama. Mungkin dia tak dapat hidayah lagi. Siapa tau kan.

Yelah sepatutnya dia harus bersyukur dengan apa yang ada. Ini tidak. Harta, wang menjadi keutamaan. Dengan adik-beradik sendiri pun nak berebut harta benda. Wahal dia sendiri dah mempunyai lebih dari segala-galanya. Harta benda yang bukan milik dia pun nak jugak. Sedarlah wahai haji dan hajah, harta tak menjamin seseorang itu mendapat kebahagian. Bila kita mati pun harta kekayaan tak akan dibawa ke kubur. Yang di bawa hanyalah amal ibadat dan doa dari anak-anak yang soleh.

Bila kita bergaduh atau bermasam muka, seelok-eloknya berbaiklah. Bermaaf-maafan antara satu sama lain. Bukannya mengajak dan menghasut orang-orang disekeliling kita membenci orang lain. Ini tidak. Kau sendiri yang bermasam muka dengan si A, kau ajak pula orang-orang lain bencikan si A. Wahal belum tentu lagi si A bersalah. Kalau pun si A bersalah, rasanya tak salah kau maafkan si A. Disebabkan hasutan kau si A menjadi mangsa. Semua orang percaya si A adalah orang yang jahat.

Dan bila kita menghulurkan bantuan biarlah ianya ikhlas. Janganlah harapkan balasan. Yang paling buat aku sakit hati bila di ungkit segala pertolongan yang telah diberi. Kalau rasa tak ikhlas tak perlu beri apa-apa sumbangan. Tak dapat apa-apa pun. Hanya amalan kosong je. Kadang-kadang walaupun tak diungkit tapi diharapkan pula beribu-beribu pujian. Pujian untuk diri sendiri.

Aku sendiri bukanlah manusia yang sempurna. Aku pun melalukan kesilapan juga. Tapi aku cuba belajar untuk memperbaiki diri. Aku tak kisah siapa pun yang nak menegur tapi biarlah ianya betul. Ini tak, bila ditegur ”kau siapa nak tegur aku. Ingat aku dah pergi haji, pergi umrah. Kau tue tak pernah jejakkan kaki kat sana pun. Ada hati nak tegur aku”. Hello, kau dah pergi haji, pergi umrah dah kira baik sangat ker? Orang lain yang tak pernah pergi di kira jahat ker? Hadis mana kau guna pakai nie. Bagi tau aku sikit.

Aku pun dah letih dah muak dengan omongan kau. Aku yang jahat nie cuma boleh berdoa supaya kau yang baik, diberi petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.. Opsss, sorry kita bersama-sama diberi petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin.....

(p/s : tak ada siapa pun di dunia nie yang sempurna kecuali Allah s.w.t. Ingatlah satu perkara nie.)

09 June 2011

Tiada tajuk

Saja nak publish gambar nie. Sebabnya jarang dapat berjumpa ramai-ramai. Kalau ada wedding baru boleh berjumpa. Kalau tak jangan haraplah. Dalam gambar nie ada yang dah kawin, bertunang dan ada jugak yang yang single. Available atau tidak tak tahulah. Berharap lepas nie dapat di upload lagi gambar beramai-ramai.

Sawang oh Sawang


Wah banyak betul sawang dekat blog aku. Bulan 5 nie rasanya tak pernah update aper-aper story. Yelah bulan yang tersangat buzy. Sepanjang bulan 5 nie boleh dikira berapa kali je aku online.

Kisah yang buatkan aku buzy bermula di sekolah. Letih sangat-sangat. Bukan aper asyik-asyik audit datang. Audit tue, audit nie semuanya nak datang. Untuk yang tak tahu sekolah aku nak di naik taraf jadi sekolah kluster. So banyaklah audit nak datang. Nak buat pemantauan katanya. Kerja-kerja hakiki semua tergendala. Bayangkan dari tahun 2009 punya maklumat pun dorang nak. Habis PAR dan cikgu-cikgu pergi selongkar STOR cari bahan.

Bak kata seorang staf kat pejabat "Kerja 2 tahun boleh diselesaikan sehari je". Memang giler. Sekarang nie dah dapat maklumat Audit Negara nak datang ke SBP. Tak taulah SBP mana dorang nak attack tapi bersiap sedia jelah. Kerja aku 90% dah siap. Selamatlah. Tetiba teringat ada sekali audit datang memang tersangat buzy semua staf dan cikgu-cikgu sampaikan pengetua aku terpaksa angkat fail-fail sendiri dari STOR. Memang sangat kelakar.

Bulan Mei jugak sangat malang buat mak aku bila mana dia kena ragut. Hari Jumaat pun dorang still nak meragut. Depan rumah pulak tue. Orang yang meragut tue bukannya muda dah tua pu. Mak aku cakap dalam lingkungan 40an. Aik pakcik dah tua-tua nie orang kata "kubur kata mari, rumah kata pergi". Apalah sepatutnya buat-buatlah amal jariah. Entah esok lusa mati tak sempat nak bertaubat. Tapi nasib baiklah mak aku tak apa-apa. Cuma cedera sikit je.

Penghujung bulan Mei, bermulanya cuti sekolah. Memang tersangat lega, bila kat pejabat tak ada sesiapa datang mengganggu. Bukan tue je jalan memang tak jem. Pergi keja sangat best. Tak payah nak brek-brek. Bertolak dari rumah pun lewat. Kalaulah hari-hari macam nie kan best.

Tapi apa pun setiap bulan pun sama sebenarnya. Asalkan ada niat dan kemahuan semua kerja boleh jadi. Semoga bulan-bulan yang akan mendatang membawa berjuta-juta keberkatan. Amin.

(p/s : bln 5 sgt best sbb ada drama NORA ELENA.)

DI DALAM DILEMA - KRU


Layan jap lagu KRU sambil nak buat entry baru.....

28 April 2011

Meriahnya bulan April

Bulan April merupakan bulan yang sangat meriah dekat sekolah aku. Memang banyak aktiviti tahunan. Jadi bila banyak aktiviti makin banyaklah kerja. Aktiviti yang terbesar MAC (Majlis Anugerah Cemerlang). Awal bulan lagi dah dapat bahagian kerja. Tapi biasalah last minit baru nak buat. Jadi sangat buzylah. Sabtu pun kena kerja. Penangan kerja last minit. Biasalah.

Bila banyak program seperti biasa turut banyak makanan. Aduh nak pecah perut asyik duk sumbat makanan je. Kawan-kawan dengan saudara-mara dah banyak menegur asal badan asik mengembang je. Soalah cepumas tue. Memang susah nak menjawab. Tapi yang pasti bukan aku seorang je yang mengembang. hiiii.

Alang-alang dah bercerita mengenai makanan teringat 1 hari tue. Budak-budak opis buat pesta "Makan Roti". Pakat bawa menu yang berasaskan roti. Ada yang bawa puding roti, tapi paling banyak bawa sandwish. Yang bestnya masak kat sana. Intinya sardin, telur, tuna etc. Sampai berbau-bau. Ini semua gara-gara roti yang banyaklah. Sekarang nie pandang roti je rasa nak termuntah.

Tapi apa pun bulan April nie banyak jugak kenangan manis dan pahit. Biar je setiap kenangan tue tersimpan dalam hati. Semoga bulan Mei mejadi lebih bermakna.

(p/s : Bln April sgt best bg s0rg budk tue. Yelah dpt beli kereta setelah pelbagai rintangan dilalui.. Tahniah yea. Nanti bw aku berjln-jln yea)

19 April 2011

Aku Seorang Pelupa Kot

Aduh dah seminggu aku nak check tarikh tamat tempoh road tax kereta.....
Asyik lupa je....
Tuelah banyak sangat makan semut....
Esok kalau tak ingat jugak tak tahulah nak cakap aper.........

Aku nak check road tax sebab dah nak tamat tempoh. Aku cuma ingat tamat tempohnya bulan Mei tapi tarikhnya konfius. 12-15 Mei. Mana satu yea. Aku nak renew insurance nie. Pleaselah bagi aku ingat esok.......

Aku perlu TAMAK

Kata pepatah "orang tamak selalu  rugi", tapi bagi aku kadang-kadang kita perlu jugak tamak. Tamak dari sudut pandangan aku ialah "aku mesti dapat lebih dari apa yang aku ada sekarang, apa yang aku ada sekarang masih lagi tak cukup"

Macam sekarang nie. Bukannya aku tak bersyukur, tapi aku inginkan lebih. Sampai bila aku harus berada di takok yang sama je. Kalau aku tak berusaha dari sekarang aku akan jadi macam orang-orang lain. Tak kemana pun dorang. Malah ada jugak yang merungut sebab banyak lepaskan peluang yang berharga dulu. Aku tak nak jadi macam orang lain. Menyesal di kemudian hari. Jadi lebih baik aku tamak dari sekarang. Aku sangat tak kisah akan apa yang orang sekeliling akan katakan. Biarlah orang nak kata aku tamak, tak reti bersyukur, perasan baguz bagi aku tue semua tak menjadi kudis. Sebab lumrah manusia, tak boleh tengok orang lebih dari dia. Mulalah PHD dia datang.

Bagi aku selagi apa yang aku buat tak menyalahi undang-undang dan melanggar etika kemanusiaan aku akan terus berusaha. Berusaha sampai aku sendiri berasa puas hati. Sampai aku sendiri boleh berasa bangga dengan kejayaan aku. Satu je yang aku pinta. Restuilah aku. Doakanlah kejayaan aku. Aminn....

(Mood : Tengah tension sbb tak dpt update s0methingssss..... Tensionnyaa)

12 April 2011

Kereta oh Kereta

Aduh kereta aku nie macam tau-tau je tuan dia baru gaji. Masa nie pulaklah nak rosak. Habis melayang duit aku. Tapi baguz jugaklah rosak time nie. Kalau rosak dalam 3 bulan yang lepas confim tersadai je kat rumah. Nak baiki tak de duit. Gaji tak masuk.

Aku dah agak pon kereta nie akan rosak. Yelah jalan nak ke tempat kerja aku memang rosak teruk. Lubang jangan ceritalah. Dahlah besar, banyak pulak tue. Jalan sini sikit lubang, sini sikit lubang. Kadang-kadang nak cepat aku main langgar je. 

Aduh harap lepas nie janganlah sakit lagi kereta aku. Harap cepatlah sembuh......

08 April 2011

Keretaku HALIMUNAN

"Sebelum aku mulakan celoteh aku, aku nak berpesan ayat yang bakal aku tulis sangat kasar. Mungkin ada yang tak suka baca. Jadi sila tinggalkan entry ini jika anda rasa tak ingin baca. Aku tak akan bertanggungjawab pada orang yang rasa ayat aku nie sangat kurang ajar."

Bila orang kata pemandu malaysia bacwa kereta sangat teruk ramai yang marah. Tapi tak ada siapa pun pikir kenapa orang tue keluarkan kenyataan macam tue. Bagi aku memang betul. Aku kumpul cerita nie dari hari Isnin sampailah ke hari nie(Jumaat). Kisah dari kaca mata WSP aku.

Aku rasa lah agaknya WSPaku nie halimunan kot. Sebab pemandu tak nampak kereta aku. Aku paling menyampah dengan pemandu yang macam sial pikir dia sorang je bayar road tax, jadi sesuka hati mak bapak atok nenek dia je memandu. Dah lah tak bagi signal terus masuk laluan aku. Dahlah aku drive time tue agak laju. Terpaksa aku brek emercency. Yelah laluan dia sesak jadi main masuk je lah laluan orang lain. Sendiri pikirlah bodoh kenapa laluan tue sesak. Sebab laluan tue khas untuk orang yang nak masuk simpang. Dah tau ko nak jalan terus pergi bawa kat laluan tue buat aper. Menyusahkan orang je. Ada sekali tue dia bagi signal tapi sekali je lampu tue berkelip terus masuk laluan lain. Memang kereta depan aku tue bunyikan hon lah. Dorang pikir bawa kereta besar dah kira bagus lah. Ada sekali yang buat aku tersanggaaaat menyampah dahlah drive lepas tue guna handphone, then sesuka hati mak bapak dia masuk laluan orang, bila dah masuk boleh pulak bawa macam siput. Memang betul-betul menguji kesabaran aku diawal pagi.

Rasanya punca utama kemalangan dekat Malaysia nie bukannya berpunca daripada kelalaian diri sendiri tapi berpunca daripada orang lain yang bersifat pentingkan diri sendiri. Macam dorang je baguz. Aku memang ada ambik gambar kereta-kereta yang macam sial nie. Cuma aku malas nak publish kat sini je. Sendiri pikirlah. Aku pun kadang-kadang bawa kereta main hentam je. Tapi taklah sampai nak membahayakan pengguna lain.

Minggu nie juga ada kemalangan dekat jalan nak ke sekolah aku. Tak delah teruk pun. Kereta berlanggar belakang je. Yang aku menyampahnya pemandu yang macam sakai nie bawa kereta macam siput. Nak tengok kereta tue. Oit, tak pernah tengok ker kereta accident. Kalau ada yang cedera tak pelah jugak, ini setakat kereta bergesel pun ko nak tengok ker. Kalau agak-agak sakai tak pernah tengok kereta kemek pegi je Balai Polis Trafik. Situ banyak kereta yang kemek, rosak dan terbarai. Tengoklah sepuas-puasnya sampai mata lebam. Janganlah nak menyusahkan pemandu lain. Dahlah laluan satu je.

Lagi satu aku terpikir jugak macam mana pemdu-pemandu sial nie boleh lulus exam yea. Dah terang-terangan tulis jalan sehala lagi ko nak jalan kat situ buat aper. Menyusahkan pengguna yang lain je. Time nie berlau dekat kawasan Maybank dekat Rawang. Dekat situ memang banyak jalan sehala. Bila ada kereta bunyikan hon bising je. Siap angkat-angkat tangan. Tapi kesalahan sendiri tak pikir pulak. Tuelah dia rakyat Malaysia.

Dengan setan yang berkeliaran di sisi aku sekarang nie aku harap sangat orang-orang yang macam sial nie, kalau tak insaf jugak bawa kereta tue, moga-moga lepas nie turn diorang lah pula mati katak kat jalan raya tue. Biar dorang rasa, apa rasanya bila kita bawa berhati-hati tapi pemandu yang kurang ajar pulak yang menyebabkan kita kemalangan. Jangan sampai aku publish kan kereta korang yang sangat best tue.

Walauapapun, aku harap budak-budak yang baru dapat lesen janganlah mencontohi pemandu-pemandu yang gila nie. Ikutlah peraturan yang telah ditetapkan. Semoga kemalangan maut dekat malaysia nie dapat dikurangkan. 

Disitu ada hantu

Apa yang aku bakal ceritakan nie cerita benar dan tak ada tolok tambah. Masih panas lagi cerita nie. Baru keluar dari 'oven'. Ringkas je ceritanya.

Tadi aku berbual-bual dengan Penyelia Asrama. Dia cerita tadi, pekerja-pekerja Dewan Makan Asrama mengadu yang semalam dorang nampak hantu. Apa lagi dorang lari lah, sampai ada pekerja yang jatuh. Ceritanya beberapa hari yang lepas ada seorang pekerja wanita nampak hantu. Tapi dia senyap je. Tak cerita pada sesiapa pun. Tapi semalam ada seorang pekerja lelaki mengadu, katanya ada hantu sedang pandang kat dorang. Tengok punya tengok, hantu tue memang tengah pandang kat bilik dorang. Dahlah bilik tue kecik, jadi jarak antara dorang denga hantu tue dekat jelah. Time tue lah dorang pun cabut lari. Lupa pulak aku nama hantu tue. Tapi hantu tue putih mengerbang baju dia.

Cerita kedua pula berkaitan Penyelia Asrama. Dia tengah borak-borak dekat telefon tetiba dia pandang cermin belakang ada hantu pocong. Dahlah masa tue malam. Tapi dia senyap je sebab ada anak-anak dia dalam kereta. Hantu pocong tue berdiri betul-betul belakang kereta dia. Dia cakap hantu tue memang macam hantu pocong berikat dengan kain putih, bezanya muka dia hitam. 2 kali dia toleh memang ada je hantu tue. Tapi kali ke-3 dia pusing dah tak ada.

Tue tak termasuk cerita Pengawal Keselamatan lagi. Yelah dorang lagi selalu nampak hantu cuma nak buat macam mana kena kuatkan semangat jelah. Dah kerja dorang pula kan. Menurut cerita, dah lama tak ada cerita hantu nie. Kali terakhir pada tahun 2006. Nampaknya sekarang dah mula balik. Aku sangat-sangat berharap agar hantu tue tak kacau aku.

(p/s : klu dah panic, jangan kata ayat Kursyi, surat al-Fatihah p0n bl0m tentu boleh ingat)

30 March 2011

31 March 2011

Lagi beberapa jam bakal berakhir penantian aku selama 3 bulan.
Tak sabar rasanya aku nak tunggu 31 March 2011.

*wink *wink

Bestnya dapat makanan percuma

Siapa yang tak suka dapat makanan free/percuma. Orang gila pun suka dapat makan free. Aku yang waras pun lagilah suka makan free.

Yang bestnya sejak aku kerja dekat sekolah nie tak terkira rasanya makan free. Ada je rezeki. Pernah seorang staff cakap kat aku "ko jgn terkejut yea, sini mmg slalu wat mkn2". Memang betullah cakap staff tue. Asyik makan je kerja aku. Tue yang jadi makin bulat sekarang nie.

Selain dari jamuan, ada jugak insan-insan yang bermurah hati sponser makanan. Baru-baru nie ada seorang insan bagi try dia punya mee kuning. Mee kuning tue memang tak dijual dipasaraya ataupun pasar. Dia jual melalui mulut ke mulut (sebaran kawan-kawan). Lebih tepat lagi mee kuning tue dia buat sendiri. Dibuat oleh orang islam dan dijamin halal. Menurut kata-kata dari orang yang pakar dalam merasa makanan, dorang cakap mee kuning nie sedap sikit rasanya. Tak macam mee kuning yang lain. Kenyal sikit. Aku memang tak tau rasa, main makan je. Tapi kalau dah ramai yang cakap sedap memang confimlah sedap. Tambahan pula waktu buat makan-makan tue memang tak cakap pon mee kuning tue free. Jadi tak ada motiflah nak cakap yang dorang puji mee kuning tue. Jadi siapa nak order boleh contact aku yea.

Next story, hari nie dapat roti kacang merah free. Memang banyak. Sampai boleh buka kedai roti kacang merah pulak. Student nie banyak yang cerewet. Benda nie makan, benda nie tak makan. Kebetulan pula dorang tak makan roti kacang merah. Apa lagi orang yang jaga roti nie pon bagilah staff kat opis roti. 2 beg plastik yang besar lagi. Kebetulan pula hari nie ada pasar malam dekat kawasan perumahan yang berhampiran. So dorang pon cakap nak bentang tikar, jual roti. Memang banyak.

Aku ambik 10 bungkus je. Tak nak membazir. Sebab orang kat rumah tak banyak. Staff kat situ suruh ambik lagi tapi tak naklah aku. Nanti tong sampah pulak yang makan. Lagi pun adik aku pon tak suka sangat roti nie.

Kalau nak bercerita lagi memang banyak. Tue semua sebenarnya rezeki dari Allah swt. Daripada membazir baik kongsi dengan orang yang lebih memerlukan. Jadi siapa-siapa nak belanja aku makan, aku akan cakap "okey, set". Rezeki jangan ditolakkan.

25 March 2011

Naughty Kiss

Demam drama Korea dah melanda semula.. Dulu dah stop kejap, sekarang rasanya nak mulakan balik. Nak kumpul balik VCD Korea. Dulu stop pun sebab asyik tengok online je. Antara fev channel aku mysoju. Sekarang dah banyak sangat drama Korea yang best-best. Tambahan pula ada budak-budak opis aku memang kaki Korea dengan Jepun jugak.

So cerita yang terbaru aku nak share tajuknya "Naughty Kiss or Mischievous Kiss".


Antara babak yang aku suka..

Title: 장난스런 키스 / Jangnanseureon Kiss

Also known as: Playful Kiss, Naughty Kiss
Genre: Romance, school
Episodes: 16 + 7 SP (Youtube version)
Broadcast Network: MBC

Synopsis

Based on the popular manga, Oh Ha Ni is a clumsy student who falls for the perfectionist, Baek Seung Jo. However, Seung Jo is indifferent towards her and rejects her love. When Ha Ni's house collapses, she and her father moves into his long-time friend's house. It turns out that Seung Jo is the friend's son and Ha Ni is given the opportunity to be near the guy she loves. Will she be able to move Seung Jo's heart?

Credit dramawiki.

Result SPM dah keluar

Pertama sekali aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua yang mengambil SPM. Bila tengok budak-budak ambik result SPM terus aku teringat time aku dulu. Seawal 8.00 pagi aku dah melangkah ke sekolah untuk ambik result. Habis ambik result terus aku dengan budak-budak kelas yag lain lepak kat KFC Taman Setia.

Sejak aku berkhidmat di SBPI nie banyak yang aku tau. Rupanya bila result keluar bukan sesenang ambik result dan bagi murid, dah siap. Rupanya kena banya benda nak dibuat.

Macam sekolah aku sendiri, result boleh diambil mulai jam 12 tengahhari. Murid-murid yang nak ambik result kena pakai baju batik. Tapi yang bestnya result dorang memang gempak giler. A dan B je. Nak jumpa C memang sangat susah. Memang sangat pandai jugaklah budak-budak nie semua. Bayangkan result belum keluar dah ramai yang menyambung pelajaran di luar negara.

Tapi memang patut pun budak-budak nie dapat result yang cemerlang. Tiap kali aku jumpa buku memang ditangan. Ada jugak budak-budak sementara nak menunggu seseorang siap baca al-quran lagi. Memang sangat respect aku dengan dorang. Time aku dulu ada je masa terluang, aku main je. Tak pun borak-borak dan kacau student lain. Memang patot pon result aku sangat gempak.

Tapi walau apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada semua calon SPM di SBPI Rawang. Korang memang terbaik sebab menaikkan lagi nama sekolah di SBP. Tahniah..... =p

19 March 2011

Aku sudah demam

Sewaktu aku menulis entry nie, hidung aku rasanya macam badut kot. Merah & sakit. Memang sangat-sangat tak best.
Untuk 2 minggu yang pertama nie memang aku demam. Tanggal 1 March aku MC sebab demam, 17 March sekali lagi MC sebab demam. Yang lagi teruknya batuk aku sampaikan berdarah. Pergi klinik, doctor boleh cakap tak ada apa pun. Giler. Sedangkan dah 17 hari aku demam. Cuma kadang-kadang panas, sejuk dan normal. Ikut suka penyakit tuelah. Tapi 17 March memang sangat-sangat tak larat. Balik je rumah terus tumbang. Nak buka mata memang tak larat. Kalau buka pun nampak gelap je bilik aku lepas tue berpusing-pusing aku rasakan bilik tue.
Walaupun tak sihat aku gagahkan juga diri pergi kerja. Kerja sangat banyak. Nak kena siapkan secepat yang mungkin.
Sekarang nie aku cuma berharap agar segera sembuh. Banyak benda nak kena buat. Chaiy0k... =p

(p/s : tak sabar menunggu 31 March)

Perempuan & Masak

Kalau sebut pasal masak memasak mesti ingat semua perempuan mahir. Tapi hakikat sebenarnya tak semua perempuan tahu memasak. Aku sendiri pun failed bab memasak nie. Tapi bukannya aku tak reti langsung memasak, cuma kurang mahir sikit. Kena banyakan masuk ke dapur.
Tapi yang aku nak ceritakan dekat sini pasal seorang kenalan aku nie. Memang tersangat menyampah aku. Macamlah dia teror sangat masak. Kadang-kadang aku makan masakan dia tak lah sedap sangat pon tapi bercerita macam sedap sangat je dia masak.
Kalau dia masak, dia suka cerita "kalau nak sedap masakan kena tambah nie, kurangkan nie, lebihkan nie, jangan letak nie dan blah bla blah,,,,,"
Aku tak kisah pon kalau dia nak ajar aku masak tapi tak payahlah puji dia sendiri lebih-lebih. Nie tak suka cakap "aku kalau masak memang orang suka, bertambah-tambah dorang, siap mintak resipi lagi" uwekkk, nak termuntah aku dengar.
Kalau aku tak pernah makan masakan ko memang aku terpedayalah. Konon-konon sedaplah. Tapi bila aku makan, memang sangat SEDAP masakan ko. Patotlah orang mintak resipi.
Aku malas nak cerita panjang aku pun iya kan jelh. Kalau tak lagi panjang pujian ko. So aku berhrap lepas nie janganlah puji diri sendiri lebih-lebih. Tak semua orang suka. Renung-renungkan dan selamat beramal...

(p/s : ada 1 benda yang aku sangat teror buat. Masak air. Masuk air dlm cerek, on elektrik biarkan sampai masak. Tapi walau bagaimanapun, aku masih dlm proses pembelajaran. Harap dpt mahirkan aku punya skill seblum menamatkan zman bujng...)

12 March 2011

Sorry, lama tak update

Wah dalam tak sedar rupanya dah berbulan aku tak update blog. Banyak sangat benda yang nak dibuat dan dipikir. Ditambah pulak dengan masalah laptop aku. Kejap OK kejap KO. Tapi tak pelah. Tue semua dugaan. Harap lepas nie jadi rajinlah balik yea..... (~_-)

21 January 2011

Bulan yang TERsangat miskin

Sedar tak sedar akhirnya dah sampai pun hujung bulan. Aduh memang aku dah agak perkara nie akan terjadi. Tapi tak sangka pula ianya berlaku terlalu awal. Bulan nie keadaan kewangan makin meruncing. Duit dalam simpanan pun makin berkurang. Bulan nie dahlah aku tak ada gaji. Yelah aku baru je mulakan kerjaya.

Dalam bulan nie jugalah banyak benda yang perlukan duit. Contohnya minyak, loan, duit kutu dan lain-lain. Bulan nie juga lah aku nak services keta lagi. Lepas tue nak pegi melancong lagi. Nasib baik duit hotel & makan dah asingkan awal-awal lagi. So the problem is duit shopping. Nak guna duit simpanan takut pula. Sebab tak tahu gaji aku bila. Sebab aku dah tanya senior, ramai yang cakap biasalah dalam 3-4 bulan memang tak ada punya gaji. Pandai-pandailah nak survive.

So sekarang nie aku harap ex-bos aku kasilah gaji aku skali dengan duit claim. Yelah sekarang nie terpulang pada budi bicara dia je. Walaupun aku dah bagi notice 1 bulan, tapi aku berhenti 2 minggu awal. So bos kesianlah kat aku yea. =p

(p/s: tue semua cubaan di peringkat awal. harap aku dapat bertahan. cyaiy0k-cyaiy0k.....) 

17 January 2011

Rindunya

Just nak cakap aku tetiba rindu dengan kerja lama aku. Rindu tempat kerja aku. Rindu nak kena buli. Rindu nak call orang. Rindu nak pergi outstation. Yang paling penting rindu pada komputer keramat aku.

Sedar tak sedar dah 2 tahun lebih aku berkerja kat dekat situ. Pengalaman yang aku dapat bukan setakat manis je, pahit, masam, tawar semua ada.

Sekarang aku boleh berbangga dengan Pojie, Ayied, Nadia, K.Ina dan Ijui. Akhirnya, kini pasti...... Horey.!!!!

Hari Pertama

Secara rasminya pada tanggal 17 Januari 2011 aku telah pun bergelar kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Lebih tepat lagi aku telah ditugaskan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR).

Hari pertama kerja aku sampai pejabat pukul 7.30pagi. Yelah semangat berkobar-kobar lagi kan. Tapi sebab utamanya aku takut sesak je. Yelah siapa yang tak tahu dari persimpangan SEGAR sampailah ke Country Homes memang sesak. Terutama pada waktu kemuncak (pagi & petang). Jadi tak beranilah nak ambik risiko sampai lambat kan.

Lepas je habis lapor diri aku diperkenalkan dengan kakitangan sokongan yang lain. Lepas tue dengan guru-guru. Boleh dikatakan pada pandangan pertama memang semuanya ramah dan mesra. Kemudian aku dibawa menerokai kawasan asrama. (cewah ayat tak boleh blah). Tetiba-tiba teringat pula kenangan aku duduk asrama dulu. Rindu rasanya.

Dah nama pun hari pertama, biasalah memang tak ada kerja lagi. Aku duduk termenung jelah. Dari pagi sampailah ke petang. Tapi aku tahu jawatan yang aku sandang memang banyak tugas. Sekarang bolehlah duduk termenung nanti dah dapat kerja jangan haraplah. Kalau tak balik lewat bukan kerja akulah jawabnya. Boleh dikatakan jawatan nie yang terpenting jugaklah. Jawatan jelah tapi bukan aku. Aku tetap watak sampingan.

So aku berharap lepas nie aku dapat berkhidmat dengan penuh keazaman dan harap semangat aku sentiasa berkobar-kobar. Jangan hanya hangat-hangat taik cicak je. Amin...

14 January 2011

Kerana Pengetip Kuku

Dimulai dengan ucapan "Ya Allah, ya Tuhanku, terima kasih banyak-banyak dan syukur alhamdulilah aku selamat". Selalunya hari jumaat memang banyak kedai-kedai dekat area pejabat aku tutup. Yang buka pun adalah 3 - 4 buah kedai je. Kebetulan hari ni pejabat aku 2 orang je yang tinggal. Sorang lagi staf keluar hantar barang.

Nak dijadikan cerita ada 2 orang, seorang ibu(perempuan) dan seorang anak(lelaki) datang dekat pejabat. Katanya nak tengok barang. Memang muka dorang nampak macam pelik sangat. Maksud pelik tue bukan cacat tapi penuh dengan riak takut dan ada "something". So bila orang datang as a customer kita kenalah layan. Aku pun buka pintu. Perempuan tue melulu je masuk. Lepas tue jalan sekeliling pejabat. Yang lelaki tue pulak duduk dekat-dekat pintu usha2 barang. Tapi perbuatan dorang memang sangat pelik. Tetiba yang perempuan tue keluarkan pengetip kuku (yang besar). Aku tak tahu dia nak buat aper. Tapi aku ikut je dia dari belakang dengan jauh dan penuh berhati-hati.

Kebetulan pula ada seorang kenalan (lelaki) datang dekat pejabat. Waktu lelaki tue masuk je pejabat, 2 beranak tadi cepat-cepat jalan ke arah pintu. Cuma tak nak bagi nampak pelik dorang tanya harga barang berapa. Aku memang tak tahu harga barang so aku suruh tinggalkan no telefon. Nanti aku call balik. Terus yang lelaki tue cakap tak pelah. Then terus dia keluar.

Masa tue memang aku dengan sorang lagi staf sangat takut. Jantung aku memang dah berdegup kencang. Yelah badan dorang berdua agak besar dari kitaorang. Anything boleh terjadi. Lepas je dorang tinggalkan pejabat terus opis mate aku cakap, 2 3 hari lepas memang ader beberapa orang asyik lalu lalang je dekat pejabat. Lepas tue pandang-pandang pejabat. Macam dorang dah aim nak buat sesuatu kat pejabat. Tapi memang berterima kasih betullah pada kenalan kitaorang tadi. Muncul tepat pada masanya. Kalau tak tak tahulah aper yang bakal terjadi tadi.

So lepas nie aku kenalah berhati-hati. Walaupun aku dah tak ada lagi kat pejabat tue tapi walaupun dimana kita berada kenalah berhati-hati. Sekali lagi syukur alhamdulilah. Sebab kitaorang terlepas daripada bencana.

05 January 2011

Kerja Baru

Tahun nie merupakan tahun terbesar aku membuat perubahan. Sebenarnya nak tukar kerja baru nie memang dah lama aku rancang. Tapi aku asyik tangguhkan. Tapi kali ini tidak lagi. Aku memang dah nekad.

Penghujung tahun 2010 aku dapat tawaran kerja kerajaan. Memang aku teruja sangat. Bukan teruja sebab dapat kerja kerajaan tapi teruja sebab akhirnya dapat juga aku tukar kerja. Memanglah ada yang cakap "alah gaji gov nie sikit lor, baik ko keja skrg nie. okey gak gaji ko". Memang salah satu point penting kenapa aku tak nak quit sebab gaji tempat lain mungkin sikit berbanding sekarang. Tambahan pula tempat kerja sekarang dekat je dengan rumah aku. Selalunya hari jumaat aku balik rumah je makan, klu aku tak buzy hari-hari lain pun aku balik rumah je. Jimat sikit. Duit minyak pun save sebab dekat dengan rumah.

Acctually, bos aku memang baik. Kalau nak cuti pun senang je. Cuma biasalah mana-mana kerja mesti ada masalah. Sehari dua memang boleh tahan. Tapi dah dekat 2 tahun memang sorrylah. Aku dah tak dapat bertahan. Orang yang terdekat dengan aku je tahu kenapa aku nak sangat-sangat berhenti.

Sekarang nie aku nak cuma pikir nak cari kerja baru je. Manalah tau kalau aku tak dapat kerja kerajaan tue(sampai sekarang aku still tak dapat surat tawaran kerja kerajaan). Memang pada mulanya mungkin sakit sikit kot, tapi aku akan berusaha. Rezeki ada dimana-mana kan. Yang penting usaha dan tawakal. Aminn.....

01 January 2011

Shoping at IKEA

Shoping pertama di tahun 2011 adalah di IKEA. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi IKEA. Cuma pagi tadi aku singgah kat rumah nenek aku then cousin, nenak dan makcik aku nak pegi IKEA. Nak beli barang. Kebetulan mak aku memang nak beli barang. Jadi pergi sekali jelah.


Senarai sebelum sampai di IKEA.
* Mak : Pelapik meja
* Nenek : Kerusi
* Cousin : Barangan bilik tidur
* Makcik : Barangan dapur + toilet

Sampai je dekat IKEA, senarai tue memang confim beli lepas tue bertambah-tambah dengan barangan lain. Daripada satu  beg je, terus jadi 3 troli. Memang geleng kepala pakcik aku. Dia siap cakap "biar je, kalau tegur nanti jadi lagi banyak dia beli".
Bila bayar semua kena beratus-ratus. Sebenarnya penyakit shoping berlebihan nie boleh dicegah, tapi bila dah pergi ramai-ramai nie terus tak boleh dielakkan. Yelah bila seorang tanya "okey tak nie?" yang sorang lagi akan cakap "aaah, okeylah. cantik. belilah satu" begitulah seterusnya.. tue yang terlebih-lebih shoping.
Tapi apa pun memang perempuan tak lepas boleh lari dengan tabiat berbelanja. Selagi tak menyusahkan orang lain teruskanlah. Tapi kalau dah menyusahkan orang lain tue sendiri pikirlah yea. Teruskan enjoy di tahun baru nie...

Azam Tahun Baru

Biasalah bila sebut je Tahun Baru semua orang nakkan azam baru. Tapi adakah azam tahun sudah sudah tercapai. Aku ada baca facebook kawan aku. Semua azam dia tercapai malah berganda lagi. Azam dia nak mendirikan rumah tangga, tapi berganda pula dengan kelahiran anak. Bukan tue je malah dapat kerja tetap dan suami dia dah beli rumah untuk mereka bertiga. Kedengaran macam mustahil tapi itu hakikatnya. Aku sebagai kawan sememangnya tumpang gembira walaupun dia jauh sangat dan aku sudah bertahun tak jumpa dia.
Berbalik pada azam. Dalam list aku ada 1 azam utama dan yang lain-lain tue sekadar azam sampingan je. Alhamdulilah azam utama aku dah tercapai. Dan azam sampingan tue adalah 1 2 dah tercapai. Azam utama aku memang dah 2 tahun tertunggak. Tapi alhamdulilah, tahun 2010 telah menjadikan azam utama tue tercapai.
So, azam utama aku tahun nie nak beli rumah sendiri, guna duit sendiri. Kalau pun tak tertunai tahun nie, harap tahun depan tertunailah. Dan lagi 1 harapan aku agar bisnes aku bersama GSB bertambah maju dan maju dan maju. Walaupun sukar pada permulaannya tapi aku yakin dengan berkat usaha dan doa yang berterusan bisnes kita akan bertambah maju. Amin.....
Yang pasti apa pun azam kita biarlah ianya positive dan mampu untuk kita capai dan realisasikan. Jangan hangat-hangat tahi ayam je.

(p/s : lepas je menjamu selera kat rumah salah seorang GSB, terus ktaorg adakan meeting. nak dkt countdown bru pulang) 

Happy New Year

Apa lagi yang boleh aku katakan.. Happy New Year. Semoga tahun baru  nie banyak perubahan positive berlaku dalam hidup. Happy New Year.....