24 November 2012

PHD

PHD yang aku maksudkan adalah Perasaan Hasad Dengki.
 
Ada seseorang hamba Allah dekat office aku nie, kalau bercerita wah dialah yang terbaik, dialah yang terhebat dialah segala-galanya. Tapi hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Memang aku tak nafikan dia banyak menolong aku. Banyak jugaklah pengalaman keja dia berbanding aku nie. Tapi perangai dia yang buat kadang-kadang aku menyampah. Dan yang paling penting bukan aku je yang menyampah tapi ramai lagi. Sampaikan aku pernah pergi satu tempat nie. Ada staf kat situ kenal dia. Siap boleh cakap " *tuuutt, ader lagi ker kat situ. Okey tak dia? "
 
Pasal perangai buruk dia yang lain malas kau nak cerita. Sebab tue semua kisah dia denga orang-orang lain. Yang aku nak cerita nie pasal kisah dia dengan aku.
 
Al-kisahnya sekolah aku akan dapat satu set komputer baru. Komputer tue untuk kegunaan kewangan/akaun sekolah. Yang pastinya aku adalah salah seorang orang yang terpenting dalam menguruskan kewangan sekolah (perasan sihh). So secara tidak langsungnya komputer tue untuk kegunaan aku. Pada petang kejadian CC aku atau dalam bahasa rasminya Ketua Pembantu Tadbir berjumpa dengan PK (Penolong Kanan) untuk berbincang mengenai lokasi yang sesuai untuk diletakkan komputer tue. PK nak Komputer tue berdekatan dengan aku sebabnya senang untuk aku buat kerja. So aku setuju. Tapi dalam kata lain aku terpaksa mengambil tempat seseorang dan orang itu terpaksa berpindah ke tempat lain.
 
Esoknya aku pon tak tau angin aper yang melanda, geng-geng yang tak puas hati langsung tak nak bercakap dengan aku. Pastu malam sebelumny aku perasan yang seorang hamba Allah tue post kat fb bercerita tentang "talam 2 muka, tikam kawan dari belakang". Maksud hamba Allah tue secara tak langsung mengenai aku.
 
Yang aku herannya kenapa mesti aku yang di label talam 2 muka, tikam kawan dari belakang tue. Dah sah-sah petang tue PK yang suruh letak komputer tue sebelah aku. Aku pon tak faham apa masalah dia. Kalau ko terasa nak komputer baru tue ambiklah. Tak payah nak dengki or nak mengata aku. Aku sikit pon tak heran dengan komputer tue. Dah banyak kali ko buat aku, aku senyap je. Jangan sampai aku meletup sudahlah. Tahap kesabaran aku pon ada hadnya.

Surat Yang Ditunggu

Akhirnya surat yang aku tunggu-tunggu telah pun tiba. Sangat-sangat gembira. Lagi gembira daripada dapat surat cinta. Hanya tunggu 3 tahun je lagi, bolehlah keluarkan KWSP.

Moh Ke Bukit Gambang Water Park

Cuti sekolah atau dalam bahasa omputihnya School Holiday paling di tunggu kanak-kanak. Selain daripada balik kampung, aktivit melancong/ beriadah paling sesuai diadakan. Bagi aku yang dah pun dewasa balik kampung sudah kurang bermakna. Yelah orang tak de kampungkan. Jadi aktiviti melanconglah yang ada.

Sempena cuti sekolah baru-baru nie family aku telah pun mengambil keputusan untuk ke Bukit Gambang. Untuk merehatkan minda kata mereka, sebab kalau pergi bershopping itu namanya stresskan minda. Bagi aku bestlah jugak Bukit Gambang nie. Markah yang aku kasi 7/10.
Jadi bagi mereka yang nak tau nak kemana cuti sekolah nie jom kita ke Bukit Gambang. Jangan risau pasal penginapan. Buka je website nie. Bukit Gambang Semuanya ada.
 
Welcome to Gambang Water Park 
 
 
Ecah, peaceee...
Hakimi & Hazim yg dah x sabar
Depan pintu masuk


(tme2 nie internet wat hal. pic x dpt upload...)