28 July 2012

Staf Sokongan SBPI RAWANG

Sebahagian Staf Sokongan SBPI RAWANG

Kerabu Pucuk Paku

Kerabu Pucuk Paku
Kerabu pucuk paku. Sememangnya menu kegemaran aku. Menjadi juadah berbuka untuk hari nie. Cuma satu je yang tak cukup untuk kerabu nie. Kerang tak ada. Kalau ada kerang memang bertambah umphh. Bukan kerana kerang tak ada tapi adik aku kena pantang makan kerang. Jadi tak bolehlah letak kerang tue. Tapi walaupun tak ada kerang tetap sedap. Harap bila adik aku dah sembuh bolehlah aku makan kerabu pucuk paku lg.

24 July 2012

Keputusan Yang Salah

Tadi smentara menanti waktu berbuka puasa aku layap kejap cerita 'Dejavu Di Kinabalu'. Walaupun aku tak tengok sangat cerita tue tapi ada satu part yang aku suka. Waktu 'Tiz' tengah sedey, housemate dia menyalahkan 'Tiz' dengan keputusan yang telah dibuat. Kemudian 'Tiz' lari masuk bilik.
Sememangnya ada masa kita akan terbuat pilihan yang salah. Waktu nie yang paling diingini adalah orang yang terapat dengan kita faham dan menyokong kita. Walaupun keputusan kita salah. Sebab disaat kita sedey, kita perlukan sokongan kawan-kawan.  Kalau orang yang tak rapat dengan kita mungkin boleh diterima, tapi nie orang yang terapat. Kalau nak buat penjelasan pun mungkin bila dia dah tenang. Jangan sewaktu dia tengah sedey dan marah.
Situasi nie memang pernah terjadi pada aku. Aku tengah menyesal lagi ditambah perasaan kesal aku. Rasa macam nak bagi penampar je. 
So pada kawan-kawan sekalian tolong memahami sedikit je situasi begini. Kerana kawan yang baik adalah pendengar yang setia.

15 July 2012

Ramadhan Yang Bakal Tiba

Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas. Minggu depan dah nak menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang sangat ditunggu oleh orang-orang Muslim. Bulan yang penuh keberkatan. Minggu nie mungkin rasa yang sibuk mengganti puasa. Sempat ker? Seminggu je lagi.

Dalam rancak berkata mengenai bulan Ramadhan, tak lupa juga ada yang sibuk buat sample kuih raya. Dekat pejabat aku entah berapa banyak sample dorang kasi. Tak kurang jugak yang dah tempah baju raya. Kalau untuk tempahan mungkin boleh dimaafkan lagi. Ini dah beli baju siap untuk raya. Katanya takut nanti dah tak ada size.

Pelik aku. Itu semua persediaan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, persediaan untuk puasa macam mana? Dah habis ker ganti puasa. Dah siap sedia ker dari segi fizikal dan mental untuk hadapi Ramadhan nie. Pentingnya kesihatan mental dan fizikal kerana selalunya bila Ramadhan je macam-macam penyakit yang muncul. Penyakit yang berada ditangga teratas gastriklah. Ajaibnya hanya muncul bila Ramadhan je.

Sepatutnya Ramadhan nie, yang nak kita kumpul lagi pahala. Nak berpuasa penuh, nak menambahkan amal ibadat. Tapi aku bukan maksudkan hari lain tak perlu beribadat, cuma kalau boleh gandakan lagi amal ibadat  kita pada bulan yang mulia nie. Sebab bulan nie pahala kita bergnda-ganda.

Jadi nasihat aku untuk diri sendiri, semoga tahun nie aku akan lebih baik dari tahun lepas. Menjadi orang yang lebih menghargai apa yang ada. Mana tau jika Ramadhan nie merupakan Ramadhan yang terakhir bagi aku. Sekurang-kurangnya aku tak menyesal. =p