24 July 2012

Keputusan Yang Salah

Tadi smentara menanti waktu berbuka puasa aku layap kejap cerita 'Dejavu Di Kinabalu'. Walaupun aku tak tengok sangat cerita tue tapi ada satu part yang aku suka. Waktu 'Tiz' tengah sedey, housemate dia menyalahkan 'Tiz' dengan keputusan yang telah dibuat. Kemudian 'Tiz' lari masuk bilik.
Sememangnya ada masa kita akan terbuat pilihan yang salah. Waktu nie yang paling diingini adalah orang yang terapat dengan kita faham dan menyokong kita. Walaupun keputusan kita salah. Sebab disaat kita sedey, kita perlukan sokongan kawan-kawan.  Kalau orang yang tak rapat dengan kita mungkin boleh diterima, tapi nie orang yang terapat. Kalau nak buat penjelasan pun mungkin bila dia dah tenang. Jangan sewaktu dia tengah sedey dan marah.
Situasi nie memang pernah terjadi pada aku. Aku tengah menyesal lagi ditambah perasaan kesal aku. Rasa macam nak bagi penampar je. 
So pada kawan-kawan sekalian tolong memahami sedikit je situasi begini. Kerana kawan yang baik adalah pendengar yang setia.

No comments:

Post a Comment