15 July 2012

Ramadhan Yang Bakal Tiba

Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas. Minggu depan dah nak menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang sangat ditunggu oleh orang-orang Muslim. Bulan yang penuh keberkatan. Minggu nie mungkin rasa yang sibuk mengganti puasa. Sempat ker? Seminggu je lagi.

Dalam rancak berkata mengenai bulan Ramadhan, tak lupa juga ada yang sibuk buat sample kuih raya. Dekat pejabat aku entah berapa banyak sample dorang kasi. Tak kurang jugak yang dah tempah baju raya. Kalau untuk tempahan mungkin boleh dimaafkan lagi. Ini dah beli baju siap untuk raya. Katanya takut nanti dah tak ada size.

Pelik aku. Itu semua persediaan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, persediaan untuk puasa macam mana? Dah habis ker ganti puasa. Dah siap sedia ker dari segi fizikal dan mental untuk hadapi Ramadhan nie. Pentingnya kesihatan mental dan fizikal kerana selalunya bila Ramadhan je macam-macam penyakit yang muncul. Penyakit yang berada ditangga teratas gastriklah. Ajaibnya hanya muncul bila Ramadhan je.

Sepatutnya Ramadhan nie, yang nak kita kumpul lagi pahala. Nak berpuasa penuh, nak menambahkan amal ibadat. Tapi aku bukan maksudkan hari lain tak perlu beribadat, cuma kalau boleh gandakan lagi amal ibadat  kita pada bulan yang mulia nie. Sebab bulan nie pahala kita bergnda-ganda.

Jadi nasihat aku untuk diri sendiri, semoga tahun nie aku akan lebih baik dari tahun lepas. Menjadi orang yang lebih menghargai apa yang ada. Mana tau jika Ramadhan nie merupakan Ramadhan yang terakhir bagi aku. Sekurang-kurangnya aku tak menyesal. =p

No comments:

Post a Comment