30 December 2010

Hutang

Macam mana nak minta hutang nie.
Tak rasa malu ker, dahlah pinjam duit kat orang pastu tak reti nak bayar balik.
Dah berbulan aku tunggu nie.
Kesabaran pon ada hadnya.
Lepas nie, kalau ko dah nazak sekali pon jangan harap aku nak kasi pinjam duit lagi.
Kalau ko tak nak bayar juga kat dunia nie, jumpa jelah kat akhirat sebab aku memang tak halalkan dunia akhirat.....

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Rasa macam tak lengkap pula kalau tak update cerita mengenai Piala Suzuki AFF. Jadi updatelah sikit cerita mengenai Piala Suzuki AFF dimana Malaysia menang dengan agreget 4-2 keatas Indonesia.

Akhirnya penantian selama 14 tahun berakhir jua apabila Malaysia muncul juara. Walaupun pelbagai konterversi melanda sepanjang perlawanan namun ianya tidak mematahkan semangat juang team "Harimau Malaya". 
Antara topik hangat yang dicanang oleh pihak Indonesia adalah mengenai isu penggunaan laser oleh penyokong Malaysia. Memang nak tergelak juga aku baca. Yelah sewaktu perlawanan antara kumpulan Malaysia menentang Indonesia (Malaysia kalah 5-1) tak pula media Indonesia mempebesarkan isu laser walaupon dah terbukti penyokong Indonesia menggunakan laser. Tue semua sebab Indonesia menang. Tapi bila Malaysia menang pelbagai isu diutarakan. 
Paling tak logik isu Malaysia guna bomoh sampaikan penjaga gol Indonesia terasa badan gatal-gatal dan terdapat taburan garam/tepung di depan pintu gawang Indonesia. Memang tak masuk akal langsung. Kalau Malaysia teror bomoh nie dah lama Malaysia menang World Cup.

Bagi aku biasalah bila apa yang dihajat tak dapat jadi banyak bunyilah. Cuba kalau Indonesia menang, confim langsung tak ada kes laser dan bomoh.. Apa pun, aku ucapkan sejuta tahniah kepada pemain Malaysia kerana berjaya merangkul Piala Suzuki AFF. Dan bagi pihak yang kalah dah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Anda juga memang terbaik kerana berjaya masuk sampai ke final. Harap kita sama-sama berusaha dalam menaikan lagi Bola Sepak Asia ke mata dunia.
Inilah wajah wira Malaysia.
(p/s : tak perlulah nak bergaduh-gaduh. kita adalah serumpun.)

18 December 2010

Prosperity Burger

Nyum nyum.... Akhirnya keluar juga burger kesukaan aku. Prosperity Burger. Setahun sekali je McD keluarkan Prosperity Burger. Selalunya nak dekat CNY baru keluar. Tapi tahun nie aku rasa macam keluar awal pulak. Tapi tak pe. Aku tetap suka.

Yang menjadikan Prosperity Burger nie sedap dan buatkan orang tertunggu-tunggu sebab ianya bukan setiap hari ada. Kalau burger lain, hari-hari ada. Tue yang buatkan ianya mahal dan best.

Prosperity Burger nie selalunya datang dengan 2 choice. Beef or Chiken. Pilihan aku Beef. Kalau burger tepi jalan pun aku tetap pilih Beef. Aku rasa Beef lagi sedap dari Chiken. Tapi ikut individu tue sendirilah. Ada jugak yang suka Chiken.

Sebab kan suka Prosperity Burger, minggu nie je dah 3 kali aku order. Aduh dah langgar pantang pulak. Yelah sepatutnya seminggu sekali je aku akan makan fast food. Tapi disebabkan Prosperity Burger lantaklah. Lepas nie sambung balik. Waktu menulis entry nie member aku ajak pegi dinner kat McD. So tengah pikir sekarang nie, nak mkn Prosperity Burger or Bubur McD je..
Apa pon Prosperity Burger tetap best., (~_^)

17 December 2010

SAHABAT

Sahabat,
Adakah KAU mengerti aku hanyalah insan biasa
Yang terkadang melakukan kesilapan
Melakukan kekilafan yang kekadang tidak aku jangkakan
Tidak aku pinta kesemuanya terjadi

Tapi KAU menuduhku sebarangan
Tanpa mendengar penjelasanku
Melontarkan kata - kata yang tidak bisa diundurkan kembali
Membuatkan aku terdiam dan terkelu

Aku terima jika itu bisa membuat KAU berasa lega
Jika ianya dapat membuatkan KAU berasa senang
Jika kebahagian menjadi milik KAU
Aku pasrah

Tapi tahukan KAU yang ianya sangat mengecewakan aku
Membuatkan aku berfikir sendiri
Inikah erti Persahabatan kita
Begitu rapuh sekali

Perasan dan hati Kau perlu ku jaga
Kerana aku takut KAU akan terluka
Tapi KAU merobek setiap perasan dan hatiku
Membiarkannya menjadi cebisan yang tidak berharga

Tapi percayalah bahawa aku redha dengan segalanya
Jika ianya terpaksa berakhir
Aku pasrah dan aku terima
Tapi ingatlah segala memori semalan akan ku simpan
Jauh di sudut hatiku

(p/s : aku tidak pandai bermain kata tapi aku harap KAU tau apa yg aku luahkan adalah ikhlas jauh dari sudut hatiku)

16 December 2010

happy, gembira & suka

Gambar di sebelah nie memang tersangat sesuai dengan mood aku hari nie. Selalunya mood aku yang berwarna biru je, tapi hari nie mood aku berwarna kuning. Walaupon kerja aku banyak sakali pon mood aku tetap berwarna kuning

Tak sangka betul selalunya aku akan berasa kesedihan je setiap kali teringatkan kisah tue. Tapi hari nie kebahagian sudah mula menyinari hidup aku. Terasa sangat bahagia.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Nurain kerana menyampaikan perkabaran tersebut. Happynya.... (~_^)

Minta Hutang

Siri sinetron "Hutang tidak berbayar"

Penghutang : Kak, pinjam duit boleh. Saya perlukan duit sangat-sangat sekarang nie.
Pemiutang   : Berapa adik nak pinjam?
Penghutang : Dalam rm xxxx.xx. saya janji kak bulan depan dapat je gaji saya bayar.
Pemiutang   : Okey janji yea.

Selepas sebulan sinetron tersebut dijalankan. Inilah hasilnya.

Hari Pertama
Pemiutang   : Dik, dah berapa haribulan nie. Kata nak bayar hutang cukup bulan.
Penghutang : Alah kak, gaji saya tak masuk lagi. Lagi 2 3 hari baru masuk. Sabar ye kak.

Hari Ketiga

Pemiutang   : Dik, gaji macam mana? Dah masuk ker belum?
Penghutang : Tuelah kak, bos saya pulak tak masuk opis. Nanti ye kak.

Hari Kelima
Pemiutang   : Cam mana nie dik, dah berapa haribulan nie. Takkan gaji tak masuk lagi kot.
Penghutang : Ye kak, gaji tak masuk lagi. Bulan nie lambat sikit lah kak.
Pemiutang   : Akak pon nak pakai juga duit dik. Nie dah tengah bulan. Takkan gaji tak masuk lagi.
Penghutang : Alah akak nie sabar jelah. (Dalam nada marah)

Ini situasi sebenar. Penghutang tue kawan mak aku dan pemiutang tue sudah semestinya mak aku. Sampai sekarang tak berbayar-bayar hutang lagi. Bila ditanya bermacam-macam alasan diberikan. Memang dah bosan dengar. Bagi aku kalau ko rasa tak boleh bayar hutang bulan nie, cakap terus-terang. Bulan depan bayar lah. Tak p0n bayar sikit-sikit dulu. Nie tak. Berjuta-juta alasan diberikan. Time nak pinjam mulut bukan main manis lagi. Hope orang tue sedar. Bayarlah hutang tue. Jangan buat bodoh je. Di dunia bolehlah ko terlepas tapi kat akhirat nanti jangan haraplah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

(p/s : tue sbb aku x suka bg org pinjam duit aku. dah agak benda2 cam nie msti akan terjadi)

14 December 2010

Alahai Sony Ericsson

         Pada tanggal 12 Dec 2010 telefon tanganku dalam bahasa inggerisnya "Handphone" telah rosak. Dalam keadaan kekalutan nak pergi outstation boleh pulak keypad handphone tak boleh guna. Memang rasa macam nak campak je handphone aku dari bangunan KLCC ke bawah. Biar je pecah dan berderai. Memang tersangat tension. Last-last dalam masa 20minit punyalah aku selongkar laci almari cari handphone lama aku. Memang ada  3 4 biji handphone kat dalam laci tue tapi semuanya hampeh. Tak boleh guna. Last-last aku jumpa juga handphone yang berguna. Tapi bateri pula habis. Masa tue pulaklah charger tak jumpa. Apa lagi dalam keadaan marah + tension yang teramat
sangat aku campak je handphone Sony Ericsson aku. Habis bateri dengan sim card aku tercabut. Puas hati aku. Menyusahkan aku disaat-saat terakhir. Kalau handphone tue rosak 2 3 hari sebelum aku pergi outstation tak jugaklah. Sempat juga aku beli yang baru. Ini betul-betul last minit baru rosak.
         Aku rasa kalau aku berniat nak beli barang baru mesti barang yang lama akan rosak. Memang aku dah pasang hajat nak beli handphone baru pun hujung tahun nie. Tapi nampaknya belum cukup tahun memang dah kena tukarlah. Aku pun tak tahu nak beli handphone aper? Ader member suruh beli Blackberry. Tapi aku memang sayang dan cintakan Sony Ericsson je. Tengoklah nanti. Apa yang keluar kat mimpi aku nanti aku belilah...

(p/s : apa handphone yang best erk skrg nie slain dr bb yea?)

05 December 2010

Budak yg Cute


Si baju hijau namanya NurFatihah, yang baju hitam Balkis Arina. Umur d0rang 2tahun. Aku memang sangat sayang kat d0rang. Time nie Arina baru je bangun dari tid0. So tak de mo0d nak bergambar. Time m0od dah ada memang suka sangat dia bergambar dengan gaya c0mey. Tapi Fatihah pulak jarang nak bergambar. Kena puji dulu baru nak bergambar. Tapi dua-duanya memang penyeri dalam family. Dua-dua p0n cute je. Rasa mcam nak cubit je.. Hi5

(p/s: tme nie tgh tnggu r0mb0ngan kwen c0usin aku.. Sampai je trus snap pic)

13 November 2010

New Hair, New Look

Mood : Update blog sambil membelai rambut baru. Sebenarnya memang dah lama aku nak potong rambut. Tapi asyik ditangguhkan kerana buzy. Petang tadi balik je dari Kepong terus singgah kedai. Kalau dah masuk rumah, confim malas dah nak keluar. Nasib baik tadi memang dah kat luar. Jadi tunaikan terus hajat yang dah memang lama terbantut.... So selamat datang diucapkan kepada rambut baruku... =p

09 November 2010

itulah M.A.N.U.S.I.A

Aku betul-betul tak paham kenapa ada lagi manusia yang mempunyai PHD (perasaan hasad dengki). Apa yang aku nak coretkan ini memang terjadi depan mata aku.
Kisahnya ada seorang mamat namanya M. Memanglah kerja dia kena suruh baru jalan tapi still okey lagi. Sepanjang aku kenal dia tak pernah lagi dia menyusahkan aku. Sikit-sikit tue biasalah. Lumrah manusia tiada yang sempurna. Ada seorang makhluk tuhan yang sangat perasan dirinya bagus namanya S selalu sangat cerita perkara-perkara buruk pasal M dekat A. Mula-mula A buat bod0h je. Tapi akhirnya termakan juga kata-kata si S. Sekarang nie A dah mula pandang serong kat M. Bara api baru je sikit. Tapi ada lagi makhluk tuhan R dan Z tambahkan minyak pada bara tersebut. Apa lagi makin besarlah api tersebut. A pon mulalah bencikan si M. Kesian M. Dia tak pernah pun marah apatah lagi mengutuk si S, R & Z. Knapa dorang sakit hati sangat dekat M. Paling teruk si S. S tue tak sedar diri. Ramai lagi orang tak sukakan dia. Tapi tak ada pilak sampai nak mengata dia. Walaupun aku tak terlibat secara langsung dalam ini cerita tapi selaku pemerhati sememangnya aku tak puas hati. Kesiannya M. Aku harap A jangan hanya dengar je bulat-bulat cerita S. Selidik dulu. Sebabnya si S itu jalankan muslihat secara diam-diam. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

(p/s : tak guna nak dengki pada manusia yang lain. rezeki tuhan dah bagi untuk setiap orang. Ingat kita aniaya seorang tak mustahil satu hari nnti 10 org akan aniaya ko. dan jangan ingat semua orang suka kat ko)

08 November 2010

Facebook vs Blogger



Aku sebenarnya suka jadi silent reader untuk blog-blog otai. Memang dah lama jugaklah sebelum kemunculan facebook lagi. Sejak akhir-akhir nie aku perhatikan yang otai-otai nie dah kurang BERblogger. Kebanyakkannya menghabiskan masa update status dekat facebook. Sebelum wujudnya laman sosial facebook nie, boleh dikatakan otai-otai nie MENGupdate story 4-5 entry per day. Sekarang nie 1 entry per day sahaja. Itu pun update lebih kurang je. Aku yang dulu rajin menghabiskan waktu di blog-blog mereka sekarang nie sudah terasa sedikit bosan. Bila buka je blog otai-otai nie dah tak ada news baru. Kalau ada pun sekadar nak cukupkan syarat. Rasanya otai-otai nie pasti akan meninggalkan dunia blogger satu hari nanti. Jadi aku ucapkan terlebih dahulu "Selamat Jalan".

Hantaran - Cili Merah



Biar betul hantaran budak nie Cili Merah. Tak pecaya aku. Tapi selepas borak-borak dengan si pembuat hantaran baru aku tahu. Nie agar-agar. Serius sebijik macam Cili Merah.

07 November 2010

PTPTN - Pertukaran Pinjaman

PERTUKARAN PINJAMAN ( 3% ) KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH ( 1% )

Sebenarnya benda nie dah lama kena buat cuma untuk batch aku kena update start 1 Nov.. Serius aku memang dah lupa nak update. Tadi adik aku cakap "Akak, k0 dah update ker PTPTN ko." Time tue baru aku teringat "owh yelah." So aku pun on lah lappy aku dan start submit application.
Senang je. Tak sampai 5 minit siap. So kena tunggu mail approved jelah.

Dulu time study memang aku apply PTPTN. Kekadang menyesal pulak aku apply. Yelah time dah dapat duit tue aku belanja yang bukan-bukan. Aku bukannya orang kaya tapi sedang-sedang saja. So duit makan, duit rumah, duit belanja, yuran & duit bil-bil memang ayah aku kasi tiap-tiap bulan. Duit PTPTN aku beli handphone baru, shopping & belanja yang bukan-bukan. Time tue memang tak ingat dunialah.

So time nak bayar balik nie sakit sikitlah. Tapi alhamdulilah dah dekat 2 tahun aku bayar ikut flow dia. Memang nama aku tak ada masalahlah dalam pembayaran PTPTN. Malah aku bayar lebih dari yang sepatotnya. Sebab kalau boleh aku nak habis kan cepat bayaran PTPTN aku. Tapi bab bayar, bulan pertama je bapak aku bayarkan untuk aku. Start bulan yang berikutnya, aku bayar sendiri. Kesian pulak bapak aku.

So pada sesiapa yang buat loan tue jangan lupa bayar yea. Banyak member aku dah di blacklist kan nama sebab tak bayar loan. Ader tue loan PTPTN + MARA dekat 30k tak bayar. Bagi aku dah guna bayarlah balik. Kesian anak-anak kita nanti. Blum tahu lagi nasib mereka.

(p/s : perkara pertama yang aku buat bila dapat gaji, asingkan utk pelbagai jenis loan aku.)

30 October 2010

B.E.N.C.I

Aku memang tension sekarang nie. Orang lain yang berselisihan paham aku yang jadi mangsa. Aduh letihnya aku. Nie semua ikutkan sangat hasutan syaitan. Yang sorang nie dahlah keras kepala ditambah pulak dengan panas baran yang seorang pulak kaki putar alam plus emo terlebih. Yang jadi mangsa aku. Nak sebelahkan sini salah, nak sebelahkan yang lagi satu pun salah juga. Call direct kan senang. Tak pun datang jumpa face to face. Nie tak aku jugak yang kena jadi orang tengah. Aku pulak  malas nak pikir banyak, apa yang si A cakap aku sampaikan sebijik-sebijik pada si B. Malas nak tapis - tapis. So si A benggang dengan aku sebab aku cerita semuanya dekat si B. Siap cakap "asal kau tak pikir dulu apa nak cakap kat si B. Kan dah bertambah besar persengketaan nie".. TOLONGLAH aku dah cukup tension dengan kerja kat opis tak ada masa aku nak pikir ayat bunga-bunga. Korang yang bergaduh selesaikan sendiri. Aku dah jalankan tugas aku untuk sampaikan apa yang korang nak sampaikan. Lain kali kalau tak nak ada masalah sila email surat luahan yea. Nanti aku pass terus pada empunya. Senang. Malas nak pikir-pikir. Aku cuma boleh katakan lepas ni dah jangan nak suruh aku sampaikan pesanan. Kalau ada juga pesanan akan aku simpan dalam hati. Aku takkan sampaikan. Malas dah nak ambik tahu pasal korang. Masing-masing dah besar. Aku pun banyak lagi masalah lain nak kena pikirkan.

(p/s : mmg tersgt menyesal tlg dorg berdua. Lain kali klu ader prob selesai sndiri. Jgn guna aku sebagai perantara korg lagi)

27 October 2010

Marah betul aku

.: walaup0n mrah lubang hidung ttp menawan:.
Aku memang benggang gila dengan seorang makcik nie. Aku memang tak kenal pon dia. Semalam pertama kalinya aku jumpa dia. Sudah semestinya dia tak kenal sifat peribadi aku macam mana. Tapi yang buatkan aku bengang dia pergi menjaja dalam erti kata lain mengumpat aku dekat semua orang. Bila sampai kat telinga aku memang aku bengang gila.

Ceritanya bermula dengan suatu hari anak dia nak aku buat sesuatu untuk dia. Aku memang dah lama kenal anak dia so aku memang tak kisahlah nak tolong dia. Orang mintak pertolongan kan. Lepas tue aku tak tahulah apa yang dia kasi tau kat mak dia sampai mak dia bengang dengan aku.

So semalam aku terjumpa mak dia. Time tue ada ramai lagi makcik2 duduk bergosip. Memang depan aku mak dia tunjuk baik dan tak kata apa pon. Bila aku dah pergi dari situ dia cerita kat makcik2 tua aku nie jahat. Yang buat aku benggang dia tak tahu hujung pangkal nak salahkan aku pula. Macam aku nie jahat sangat. Anak dia yang mintak pertolongan aku. Aku juga yang kena. Bukti pun ada lagi aku simpan.

Tapi menurut kata orang2 yang tinggal berhampiran dengan makcik kurang ajar tue, perangai dia memang. macam tue.  Kesalahan anak sendiri tak nampak. Dia nampak kesalahan anak orang lain je. Dia ingat anak dia baik sangat walhal hanya Allah s.w.t yang tahu. Kalau anak dia bercerai sekali pun dia akan salahkan menantu dia.

Tapi bagi aku memang tak adillah. Selidik dulu sebelum mengata orang lain. Sekarang nie aku jugak yang malu. Orang ingat aku yang jahat. Taubat lepas nie memang aku tak tolong anak dia. Kalau nak mati sekali pun memang tak tolonglah aku. Nanti bila dah mati aku juga yang dipersalahkan.

p/s : Buat baik pon susah. Makcik nie sepatutnya d0k kat kwsan perdalaman. Jgn bergaul dgn org. Menyesalnya aku tlg ank ko.. Arghhh~~~~~

24 October 2010

Kalau Berpacaran - MHI

Kalau Berpacaran

Aku suka sangat lirik lagu "Kalau Berpacaran". Sangat sesuai dengan masyarakat zaman sekarang. Sebab pergaulan terlampau bebaslah punca utama keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Daripada hubungan seks bebas sampailah buang anak. Apa ingat ini anak kucing ker? Kucing pon tahu sayangkan anak. Jadi hayatilah lirik lagu "Kalau Berpacaran" ini yea.. Have fun~~

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

23 October 2010

New Branch at Pahang

Terkelu lidah seketika bila mendapat perkabaran aku terpaksa ke Pahang untuk melawat cawangan yang terbaru dan mengajar budak2 baru. Time aku banyak kejalah nak suruh aku pergi Pahang. Time tak ada kerja tak nak pulak suruh pergi sana.. Ermm apa2 p0n enjoy jelah.. Sebab yang pasti bukan aku yang drive.

19 October 2010

Hilang akal kejap

Nak dijadikan cerita semalam aku dapat satu surat yang sememangnya dah lama aku tunggu. Punyalah syok sampai tak baca pun isi kandungan surat tue. Adik aku dah bebel "gila ker buang tabiat k0 nie akak".. Aku tak peduli tue semua janji aku gembira sangat. Macam2 benda bermain di minda. Last2 adik aku ambik surat tue & dia baca.. Tetiba terus dia gelak. Asal plak adik aku nie, berjangkit dgn aku ker? Habis dia gelak trus dia baca kndungan surat tue sampai habis.. Terus aku senyap sekejap. Oh my god malunya si0t.. Maner nak sorok muka aku nie..... Terus aku ambik surat tue masuk dalam envelop. Senyap seribu bahasa. Malunya.! Taubat tak nak buat dah lagi.

12 October 2010

Baik vs Jahat

Entry nie memang dah lama aku nak buat tapi aku tangguhkan dulu sebab aku rasa tak penting sangat kot. Tapi akhir2 nie aku rasa cam nak jugak publish topik nie.

Kat dunia nie aku rasa orang yang buat baik takkan kemana tapi orang yang buat jahat secara terang-terangan akan lebih berjaya. Kat akhirat usah dicerita sudah semestinya yang mempunyai amalan baik ke syurga yang jahat sendiri taulah yea.

Ada kenalan aku yang hidup dia susah. Susah yang aku maksudkan bukanlah miskin tapi orang langsung tak pandang dia sama ada dari segi keja atau kehidupan peribadi. dan sosial dia Malah orang cakap yang dia berpura-pura untuk jadi baik. Nak meraih simpati je. Tapi berlainan dengan orang yang jahat. Dah terang lagi bersuluh yang perbuatan dia salah tapi dia mendapat segala-gala yang di nak dengan mudah. Orang tak pernah nak pertikaikan yang dia jahat.

So aku rasa baik aku jadi jahat je. Senang. Tp bila direnung-renungkan dahlah aku nie tak sebaik mana baik  pun. Baik aku hidup susah je kat dunia nie, semoga aku mendapaat keberkatan diakhirat sana kelak. Biarlah susah didunia tapi jangan susah diakhirat kelak...

mood : sdg mendalami ilmu agama & ingin kembali ke pangkal jalan.....

08 October 2010

Anak Derhaka

sorrylah.... Bulan 10 memang tersangat sibuk. Bayangkan dalam 31 hari aku ada 11 hari je yang free termasuklah hari Ahad. Banyak sangat kursus. Kerja pon berlambak sampaikan terpaksa bawa balik lagi. Nie pun aku curi-curi jap masa.

Sebenarnya memang dah lama aku nak tulis entry nie. Biar semua anak derhaka baca. nie kisah benar sebenar-benarnya. Ini kejadian depan mata aku. Harap diambil ikhtibar.

Perempuan nie dulu kahwin atas pilihan keluarga. Dia selalu kena dera dengan suami dia. Tapi tak pernah cerita kat family dia. Sampailah dia lahirkan anak suami dia still pukul dia. Satu hari tue suami dia halau dia dari rumah then dia balik rumah family. Bila tengok dia lebam2 terus buat report dan mintak cerai. Setelah 4 tahun menjada akhirnya dia bertemu jodoh dengan seorang duda anak 5. Kiranya nie pilihan sendirilah. Yang tak bestnya boleh time dia kahwin laki dia tak salam pon tangan mak mertua dia. Orang lain dia salam. Lepas dia kahwin dia keluar dari rumah. Dia duduk rumah lain. Sepanjang dia menjanda mak dialah yang jaga anak dia. Dari bayi sampai boleh berlari, bercakap. 4 tahun lamanya. Boleh dia tak bawa anak dia jumpa mak dia. Call pon tak. Mak dialah yang call. Jenguk mak dia jauh sekali. Lepas tue dia boleh cakap kurang ajar dengan mak dia. Lepas tue dia dengan anak2 tiri dia pegi balik kampung. On da way nak balik boleh dia call mak dia suruh masak dia, laki dengan anak2 tiri nak makan. Apa ingat mak dia kuli ker. Bila dia makan sampai habis nasi langsung tak masak balik untuk mak dengan bapak dia makan. Time mak dia nak makan buka periuk tengok kosong. Sambil menangis mak dia masak nasi. Dah makan terus keluar. Tak termasuk kata2 cacian yang dilemparkan kat mak dia. Menangis2 mak dia. Apalah gunanya anak.. Syurga dibawah tapak kaki ibu.

S0 kesimpulannya, jangan ingat hidup kita selalu sahaja bahagia.. Kau akan ada anak jugak, nanti jangan ditanya mengapa anak k0 buat macam tue pulak.


(p/s utk yus : Nak cepat sgt hri tue lupa plak nak ltak.. s0 skrg aku dah letak)

22 September 2010

Berpantang

Aku saja je create post pasal berpantang nie sebab dalam 2 bulan nie aku terima banyak sangat berita pasal kelahiran. Kebanyakan wanita zaman sekarang nie langsung tak ambik berat pasal proses selepas bersalin. Kebanyakannya ambik mudah. Kalau rasa nak pakai lama badan tue, tolonglah jaga yea badan. Memang sekarang nie tak rasa kesan sampingannya lagi, tapi bila usia dah lanjut taulah nanti.

Nie aku nak k0ngsi tabiat orang zaman sekarang yang baru je lepas bersalin mahupun dalam proses berpantang :-
1  - Belum habis berpantang tapi dah pakai jeans ketat.
2  - Dalam proses berpantang dah makan McD, Pizza, KFC & yang tak boleh tahan minum air coke.
3  - Belum p0n habis 44 hari berpantang dah keluar merayau bawa si kecil. Malam2 pulak tue.
4  - Baru je lepas pantang, ligat buat kerja2 berat.
5 - Rambut dibiarkan lepas, stoking tak nak pakai, proses berurut, bertungku & sebagainya tak dibuat dengan sempurna.

5 point dekat atas nie bukan aku saja2 nak letak tapi memang terjadi depan mata aku. Kalau bab makan tue jangan pikir tentang perut & selera diri sendiri je. Pernah sekali tue si ibunya makan macam2, bila malam menjelma, terjadilah drama dimana si baby menangis je. Lepas tue baby sesak nafas, berdengkur dengan kuat. Tue semua gara2 si ibu makan tak ingat dunia di siang hari. Ingatlah sikit, awak tue menyususukan baby.. Cian baby tue.

Terpulanglah pada individu tue tersendiri. Muda2 nie memang tak terasa lagi, tapi bila dah tua sendiri pikir yea. Tengok jelah orang dulu2, walaup0n dah tua badan masih sihat. Zaman sekarang nie masuk je 40 macam2 sakit. Sendiri ingatlah yea.

(kim : bila dah sakit mulalah nak bersenam, nak jaga pemakanan time sihat tak ingat dunia~~)

21 September 2010

BerukBand yg mmg Berukkkk

just t0 say aku punya BerukBand dah r0sak~~
mmg tensi0n gila sebab disaat-saat genting aku tak dapat mengUPGRADE kampung aku di travian...
s0 kepada sitter aku tolong yea jagakan kampung aku.
yang paling penting askar2 aku...
My Army berjuang baik2 yea.. Dapatkan medal t0k ally kita yea untuk minggu nie~~~

18 September 2010

Raya versi D.E.W.A.S.A

      Saja je aku letak title untuk entry nie Raya versi Dewasa sebab tahun nie aku rasa aku beraya sebagai orang yg dah Dewasa kot.. Sebelum nie rasa cam kanak2 riang je kot.. Antara sebab aku cakap Dewasa kerana tahun nie first time aku kasi duit raya kat anak2 buah aku.. Last year tak dapat kasi sebab keadaan kewangan tak mengizinkan, tapi tahun nie aku dah asingkan dulu duit raya untuk budak2 tue awal2.. Sebab kedua tahun nie aku banyak spent time, money & kudrat untuk persiapan raya.. Last year mak dengan adik p0mpuan aku je yg  byk sediakan persiapan.. Tahun nie beralih kepada aku sbb penghujung2 ramadhan mak aku tak berasa sihat.. Dok berulang - alik ke hospital je.. Tapi sekarang alhamdulilah dah okey sikit..
     
      Raya tahun nie nak kata meriah sangat taklah jugak nak kata tak meriah p0n tak jugak.. Sederhana je kot.. Sebab zaman kegemilangan beraya untuk aku dah berakhir, sekarang zaman budak2 je.. Tp happy gak aku tengok anak2 buah aku.. Semua d0k asyik kumpul duit raya.. Dah tue d0k kira duit raya sesama d0rang.. Tak pe nanti agak2 duit aku dah kering aku mintak kat dorang jelah..... haaaa.

      Raya ke7 cousin aku kawen.. So raya ke6 dah start berkampung kat umah makcik aku dekat PJ.. Letih jugaklah buat persiapan.. Bukan letih buat keja tapi letih bersembang sambil bergeak ketawa.. Biasalah dah kumpul ramai2 macam2 ragam keluar.. Lepas tue macam2 plan untuk makan angin keluar.. Family nenek aku memang setiap tahun akan pergi makan angin beramai2.. So cadangan berlambaklah keluar.. Nak pergi sana sini.. Tapi kata muktamad belum diputuskan lagi tp cadangan memang dah bertimbun.. Aku ikut je mana dorang plan..
      
      So aku berharap dapat berjumpa lagi dengan Syawal yang akan datang.. Semoga Allah s.w.t panjangkan umur aku untuk bersama lagi orang2 yang tersayang di tahun hadapan... Amin~~


03 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Rasanya dah pat0t aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minggu depan KL akan sunyi seketika.. Kawasan kampung pulak akan dipenuhi oleh kaum keluarga..

Paling-paling penting pandu lah kereta, lori & sebagainya dgn berhati2.. Ingat org tersayang.. Rancang perjalanan.. Aku sangat sedih bila tiap-tiap tahun ada je kematian.. Ingat jalan raya bukannya tempat berlumba.. (ingatan t0k diri sendiri jugk)

So sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN~~

01 September 2010

maaf, 2 kali aku ditipu

nak dekat raya nie mula lah sibuk org ramai menyediakan persiapan raya. macam cat rumah, tukar perab0t, langsir & buat kuih raya...

aku bukannya nak bercerita pasal persiapan raya family aku (mmg tak buat aper p0n) just nak bercrita tentang ketidakpuasan hati aku je tahun lepas...

first time, last year aku beli kuih dekat org lain.. selalunya tiap2 tahun aku beli dekat kedai hidayah (area tmn samudera).. kuih kat situ mmg puas hatilah..
yg buat aku x puas hati time dia ksi sample memang kuih tue besar & sedap.. truslah aku order byk sikit... last2 bila dah dapat memang tersangat kecewa. bayangkan time sample kuih tue sebesar duit syiling 50sen, bila dapat sebesar duit syiling 10sen je.. ader tue yg sebesar 5sen je... memang tak puas hati.! rasa p0n berbeza drp sample.. ader jugk mmbr yg lain order dkt org yg sama, d0rg p0n cam bengang je... yelah nak berniaga buatlah elok2 sikit.. ini tak.. kecewa sungguh.. nie kisah yg pertama..

kisah yg kedua plak dia ksi aku mkn kek.. mmg sedap.! aku p0n orderlah sebijik.. kali nie terkena lg aku.. dahlah kek tue nipis, sebesar size kertas A4 je.. rasa mmg dah hampeh, mahal plak tue.. mak aku ckp cam tak berbaloi harga dgn size kek tue.. s0rry kat tesc0 tue aku beli lg murh & sedap.. kek yg sama.. ingt nak tlg2 org last2 aku terkena pulak.. tau tak kek tue ktorg mkn separuh je, separuh lagi t0ng sampah yang makan... memang tersangat membazir je..

thn nie dia kasi lagi sample kuih raya kat aku.. mak aku dah sound awal2 jangan beli.. membazir je. tak payah cakap mak, memang aku tak beli p0n.. cukuplah 2 kali aku tertipu.. nielah dia orang kita, bila berniaga suka menipu.. sebab tue perniagaan tak maju... apa p0n aku ucapkan selamat berpuasa~~

31 August 2010

Merdeka yg ke 53thn~~

Merdeka... Merdeka... Merdeka

     genap hri nie 53 tahun kita merdeka.. kalau diikutkan dah nak dekat bersara p0n... time aku tulis artikel nie hawa telinga aku didendangkan dgn lagu arwahyarham surdirman - tanggal 31... aku pling suka lgu nie.. nnti aku sharekan video dia yea.. tak lupa juga bunyi org main mercun.. bestnya~~
      mlm merdeka kat rumah aku dilimpahi air  hujan.. hujan rahmat kot.. aku sebnarnya p0n dah lama x celebrte merdeka day.. last tme aku kat study dulu... mmg best time tue.! kuar ngan bdk2 umah ditemani kereta pr0ton kaler merah... jeng..jeng..jeng..... keta saper tue. bler dah besar nie cam mls je nak kuar.. lpak kat umah jelah plus hri nie mak aku s0rg2 je kat umah.. takkan nak kuarkan....
      sebl0m aku  update bl0g nie aku ader buka satu page kat fb(facebooklah).. ader yg x puas atie ngan malysia smpi kutuk ngan maki malaysia.. bg aku klu x suka sudahlah.. tak payah nak buat page hina menghina niekan...
so apa2 p0n aku ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA YG KE 53 THN..... MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA~~

25 August 2010

bulan p0sa yg sgt malas..

enth knapa thn nie rasa malas sgt.. nak kata setan byk, smua setan dah kna ikat, tp still mls... pernah satu ketika aku rasa cam nak buka je p0sa sbb x larat sgt.. tp aku thn jugk.. bln p0sa nie badan rasa lemah je, panas, ngant0k..

slalunya aku mmg x pnah letak kepala atas meja pg2, tp time bln p0sa seawal jam 9.30am aku dah letak kepala atas meja.. bkn aku s0rg je bdk2 opis yg lain p0n sama jugk.. rasa cam nak mndi je dlm kolam yg ader ais batu..

nak kata lapar atau dahaga x jugk cuma letih je.. keja mmg x de.. bln posalah aku merdeka.. kerja x de..
aku mmg xsahur.. aku bangun p0n minum air je pastu td0, mkn mmg x pnah.. mmg dr dulu p0n aku c am  tue.. time aku study d0k umah sewa ngan mmbr2 aku p0n sama.. bangun just t0k minum je.. sbb aku mmg x leh masukkan mknan dlm per0t pg2.. tabiat cam tue..

s0 skrg nie tgh merajinkan diri search tips utk mnghilangkan rasa malas dlm diri.. sesiapa yg ader tip tue blhlah ksi yea kat aku...

(mood : rasa cam nak d0k dlm bilik mandi je tak p0n atas katil)

18 August 2010

aktiviti di bulan ramadhan

hari ahad last week aku gi rumah nenek aku.. lepak kejap je x lah lama sgt p0n.. terperanjat gaklah aku tgk rumah nenek & makcik aku pnuh dgn bunga2.. baru beli katanya.. tak ingt plak beli kat maner.. tp mmg murah gler hrga dia.. satu pasu dlm rm5..

s0 aper lg mulalah d0rg berkebun.. yg buatkan aku terpernjat besar sbb makcik aku tue mmg x pnah nah berkebun p0n.. tetiba je dia jd rajin.. baguzlah ader perubahan kan..

makcik ngan pakcik aku d0k repair2 bunga t0k rumah d0rg, aku plak tlg nenek aku.. angkat pasu, baja dgn siram bunga sikit2.. nenek aku mmg suka berkebun nie.. mmg byk bunga2 kat umah dia.. slain bunga ader gak p0kok & tumbuhan yg leh di buat mkn.. mcam p0kok kari, cili, mengkudu, serai, kunyit, lada hitam, alor vera, daun bwg n etc.. tp sygnya jiran2 suka mencuri.. bkn nak mrh tp klu k0 ambk siki2 tak pe nie ambk smpai bagi habis.. kadang2 tue anak p0kok pon dorg sapu bersih.. nenek aku yg tanam p0n x smpt nak mkn..

itulah kali nie nenek ngan makcik aku beli tumbuhan hijau je.. d0rg ckp nak buat oksigen lebih-lebih.. tp x taulah aper yg lebihnya.. hiii.

s0 aku sertakan sekali beberpa pic ye.. tak byk yg aku ambk sbb aku aku p0n berkebun gak.. nnti k0tor plak.. enj0y yea ~ ~
p0kok nie blh halau nyamuk.. kata d0rg lain.. tp bau mmg wangi..
nie x tau nama tumbuhan aper.. x smpt tnya..
nie sbhagian drp tumbuhan yg dah siap diproses..

14 August 2010

raya & barang baru

aku tulis entry nie sbb smlm aku teman mak aku pegi beli almari.. msti k0rg ingt family aku jenis setiap kali raya tukar barang baru kan.. t0ot...... slh jwpannya. aku rasa mak akulah antra manusia yg pling suka berjimat cermat.. hapir 70% barang dlm rumah tue smua barang time mak ngan abah kwen.. mksdnya melebihi umur akulah.. (skrg aku dah 2+ s0 sendiri kiralah usia brg tue)..

bkn x de duit nak beli baru tp prinsip mak aku "slagi blh guna (x r0sak), gunalah.. dah r0sak bru ganti baru".. almari tue p0n diganti baru sbb dah r0sak thp kritikal (dah nak runtuh p0n).. kt0rg adik beradik pnah ckp nak beli barang-barang baru then mak aku ckp "byk sgt ker duit tue.. simpan je. tak pyah membazir", s0 klu b0s dah ckp cam tue x blh nak buat aper lah yea..

s0 berbalik pd t0pik asal.. knapa yea rakyt malaysia especially melayu time nak raya penuh je kat kedai perab0t, kedai emas n etc.. smuanya msti nak beli barang baru.. klu baju baru aku blh trima lg, ini tiap2 thn nak tukar kerusi baru, almari baru, karpet baru, meja baru segala-galanya lah nak baru. naik heran aku.. nsib baik mak aku bkn cam tue, s0 selamatlah p0ket seluar abah.

pastu ckup bln org datang rumah ketuk pintu minta hutang.. pnah jugk org dtg umah aku ketuk pintu mntk hutang.. h0t jugklah kta0rg sbb mana pernah hutang2 barang.. beli barang p0n x.. pastu mulalah gadai itu ini, pinjam ah-l0ng, barang kena tarik & sebagainya.. cian je..

pendapat peribadi aku, tak pyahlah nak bazirkan duit t0k bnda yg bukan2.. asal blh guna je ckup.! tp nie smua terpulang pd individu.. jangan merana dikemudian hari cukup..

blog & aku

lama jugk rasanya x buka blog aku sndiri smpaikan ada jugk yg tnya "aper cerita bl0g ko. snyap je"... mmg p0n dah bersarang dgn labah2.!
lately aku buzy sikit. sepatutnya time bln puasa keja mmg  x byk sgt. tp thn nie kna rjin sikit.! bkn nak b0dek bos ker aper tp nak cri inc0me lbih t0k compy.. nnti inc0me dah lbh leh aku dpt b0nus + duit raya lebih sikit..(hiiii)

thn nie cam x best skitlah c0mpare last year.. sbb thn nie aku blik lmbt. pukul 4.30 tue.... last year blik kul 4. tak dptlah nak berbangga dgn c0usin aku lg. yelah last year d0rg smuajel0us sbb aku blik awl.. msk kul 9 blik kul 4.. tak pelah kata td nak rjin kan..

opss hri nie dah msk hri ke4 berpuasa.. s0 rasanya x terlewat lg k0t aku wish "salam ramadhan kpd smua umat islam yg menyambut ramadhan. sm0ga amalan anda diterima"

03 August 2010

Ketentuan

Akhirnya sampai juga ke penghujung bln July..
Sebenarnya July merupakan bln yg x best sgt2..
Bermacam2 dugaan aku hadapi sepanjang bln nie 7..

Kematian saudara yg terdekat, masalah kesihatan yg x menentu, masalah kewangan yg tersangat kritikal, masalah keluarga, tempat keja.. mmg semuanya menguji kesabaran. tp aku harus tabah.

Mengharapkan kemuliaan bln Ramadhan dapat membantu aku lebih tenang... =p

15 June 2010

help me.....

gler bln nie tersgt buzy.!! stiap minggu ader je pr0g.. buzy sgt2. nak kuar rehat p0n kekadang x smpt.! mengharap sgt ketibaan bln 8. bln puasa tersgt relakx.. pr0g x de. arghhh letihnyer..........

31 May 2010

memori.....

tetiba teringat plak waktu darjah 2 dan 3 time kecik2 dulu...
darjah 2 dan 3 aku bersek di sk tmn selasih, gombak...
time tue bapak aku gi bosnia menunaikan tanggungjawab dia sbgai seorg anggota tentera...
waktu darjah 2 dulu enth cam maner aku tersilap bw beg sek...
aku terbw beg cousin aku... dulu beg sek ktaorg mmg sama je...
dah tue manalah aku ingt nama cousin aku tue aper sbb slalu panggil nama panggilan je... tme ckgu surh antr buku sek, aku antr buku cousin aku plak.. tme ckgu belek2 senarai murid2 yg sent homew0rk dia prasan ada nama lain...
dia panggillah nama cousin aku.. smua wat b0dh je.!
lama2 brulah aku sedar yg tue sbnarnya buku cousin aku.
ngan muka yg termalu amt sgt aku gi ambk buku tue.. haaaa gler betul.!
blik umah mulalah bising cousin aku.!!
gler betul..
tp bler teringt blik mmg best knangan tue. zaman kanak2 mmg best....

27 May 2010

perkara yg TERsgt menyampah....

perkara yg buatkan aku menyamph giler2 adalah :

i - "wah, ko dah gmuklah skrg"
* dah aku snang atie gmuklah.. lg pon bdn aku..

ii - "bler nak kwen.. smua bdk2 sebaya ko dah kwen"
* hello, nie zaman moden.. x smestinya ank dara umur 20++ kna kwen..

iii - "ko shat ker?"
* WTF lah.. klu x shat wat aper aku jmpa ko.. baik aku tdo je kat umah...

24 May 2010

tag

dah lamer gler x kna tag.. tetiba plak dpt so tag yg membuatkan aku pening memikirkan jwpannya...

so tagnya adalah : Tulis 23 perkara secara rawak tentang diri anda....

1 : aku suka gler cter k0rea, taiwan & hong k0ng... smpikan aku sanggup beli vcd yg ori.

2 : aku kuat mkn... tp aku sgt memilih bab mkn...

3 : aku tersgt suka kim d0 jin aka won bin...

4 : aku teringin sgt kembali ke zaman dulu2, time jp0n menjajah tanah air...

5 : aku teringin nak merasai dok kmpg, cam dlm tv tue... sbb aku x de kmpg...

6 : aku sorg yg sgt tinggi... klu jd model cat walk mesti lpas... hiii... tp aku x berminat...

7 : aku bnci sgt org hipokrit, konkrit...

8 : aku s0rg yg pnas baran...

9 : aku ank sulung dr 3 org adik beradik... ktorg adik beradik umur ikut turutan...

10 : besday ktaorg 1 fmily smua dkt2... aku 10/8 dkt dgn angah 4/8, adik 3/9 dkt dgn mak 4/9...

11 : tak de saper p0n pnah ajar aku bw m0tor... aku blajr sndiri je...

12 : smpi skrg aku msti failed paking keta yg kotak dan b0ntot...

13 : aku suka shopping kasut & handbag...

14 : sblm tdo aku msti menguncap... walaup0n tdo tme siang...

15 : aku suka gler main game... kat opis, umah smua aku main game... tak dpt main kat pc main kat hp...

16 : aku pencinta hp Sony Ericsson...

17 : aku x suka hp blackberry & i-ph0ne...

18 : aku suka gler tdo... sbb zaman muda2 dulu kurg tdo... pnah 1 hri aku x tdo smpi mata merah + ader air bag...

19 : aku jrg menangis & x suka menangis... klu betul2 terpaksa je aku nangis...

20 & seterusnya : nnti aku update... nak smbg main game jap...


(tak pyah tag pd membr2... dorg pon dah kna tag jugk)

23 May 2010

putrajaya owh putrajaya....

hri nie aku dgn mmbr aku gi pusing2 putrajaya...
nak cri Kompleks C...
sblm nie mmg dah byk kali aku gi putrajaya, tp sbg penumpang...
kali nie aku kna drive sndiri...
yelah aku x cam sgt jln...
dah nama pon penumpang, naik je keta aku truz membuta...
x pnah nak ambk port jln2 nie...
jnji smpi...
skrg nie bila nak gi je sana mulalah glabh gler...
akhirnya setelah berpusing2 sekitr putrajaya tue jmpa jugk apa yg aku cri -Kompleks C n umah mmbr aku-

thankx aku ucapkan pd cik Nadia Musa dan Cik NorHazwani Razali...

21 May 2010

alone...

finally, the last staf and my friend, leave me alone...
how could you..?????

mood : sad,sad,sad and sad...

15 May 2010

Jacobs Walk of Life

j0m sertai Jacobs Walk Of Life.
Beriadah secara sihat.

Aku dah register, k0rg bler lg...

14 May 2010

interview & keja

hri nie aku dpt offer letter utk interview g0v..
mslhnya skrg time interview tue jatuh pd hri aku kna gi outstation kat mlaka..
apa yg perlu aku buat nie..
mmbr aku dah surh td umah dia..
cam maner nie.?
c0nfiussss....

13 May 2010

Lawak Jenaka 1

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

11 May 2010

Happy Mother's Day

Tiada kata2 yg dapat diluahkan & digambarkan mengenai kasih syg aku pd s0rg wanita yg aku gelarkan "mak"...

Kasih syg aku padanya melebihi dr nyawaku sndiri..

Dulu hubungan aku dgn mak mmg renggang.. tersgt renggang.. tp selepas aku menyambung plajaran & merantau di negeri org bru aku mula merapatkan diri dgnnya.. bru aku sedr bertapa pntingnya dia utk aku.. kini aku rasakan aku lebih rapat & mula syg padanya..

nsib baik aku belum terlambt utk mengungkapkan yg "Mak, akak syg sgt pd mak.. Harap mak dpt maafkan segala kesalahan akak seblm nie..." Selamat Hri Ibu utk Mak... Love u s0 much.!! muaxhh...

08 May 2010

jgn diganggu....

tak kishlah klu nak buka biz or kembgkan biz tp jgn smpi mengganggu org lain..
nie x smua tmpt k0 sapu smpikan tmpt parking p0n k0 ambk..
s0 skrg nak parking kat maner?
opis aku je ada 5 bijik keta..
nak paking kat mana?
atas bumbung 0r tgh2 jln raya.....

lu pikirlah..

07 May 2010

J0m "Fish King Pizza"

j0m kita mkn pizza & menang duit RM 2k..

Dan sgt kebetulannya mmg nak mkn pizza p0n diz week.. Nyum..nyum..!!!

Hari Belia Negara 2010

j0m sertai Hari Belia Negara 2010.. Tema pd thn nie "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara"...
Bermacam aktiviti menarik menanti.. aku p0n terlibat jugak dlm penganjuran kali nie (area presint 18).. s0 j0m meriahkan lg kwasan putrajaya yea.!!

06 May 2010

Train - Hey, Soul Sister

I-Phone 0r Blackberry

i-phone
blackberry
i-phone & blackberry.. which one is better.?
tp bg aku aku lebih bermint pd i-phone.. sbb aku x suka qwerty keypad.! sush nak taip msj.! sbb seblm nie aku pnah guna phone qwerty keypad.... sethn lebih aku guna.! taip klu nak cpt smua salah taip.. kna berhati2 bila nak taip.!!
tp dr segi function aku suka blackberry.. untie aku ada yg guna i-phone tp functi0n x sebest blackberry..
last2 aku ttp melekat pd s0ny ericss0n gak.. slamanya dihati & x pnah mengecewakan aku.. ~_^

TNB & Makian

Slogan 1 Malaysia "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"... kedengaran mcam baguz tp sebnarnya hampeh..

critanya bermula apabila opis aku dpt bil RM7++ utk tingkat 2.. mungkin org lain x heran tp yg menjadi isunya tingkat 2 tue langsung x diguna pakai dlm erti kata lain k0song...

lpas tue wat rep0rt smpilah 2 bln lebih x selesai gak.. jgn kata call, siap gi TNB then call HQ, call branch satu p0n x ambk tindakan.. utk bulan seterusnya bil lg bertambh..

kemuncaknya s0rg staf opis mengamuk kat TNB dpn bos dia, brulah ptg tue bos n pengikutnya dtg wat check.. rep0rt yg seblum nie langsung d0rg x serah kat pihak atasan.. sebb tue x de apa2 tindkan..

kesimpulannya klu nak berurusan ngan pihak yg degil nie kna maki kaw-kaw (keluarkan perkataan yg mmg kasr & menyakitkan telinga) bru d0rg wat keja.. klu x main2 je.! menyusahkan org ramai je.....

04 May 2010

k0nvo...

aku bru je pas menghadiri konvo adik n cousin aku kat psis.. mmg meriah gak tp aku pnya k0nvo ttp best..

rupa2nya pandai gak adek & cousin aku nie.. siap dpt medal lg.!! thniah yea. ~_^


adik p0mpuan aku time di putrajaya

bersama mak & abah

family

ateh & amat

Road Tax & Insurance

haaa melayang 1k hri nie.. semuanya disebabkan byr duit road rax & insurance..

sebln seblm due date mcam2 company insurance call & pr0mote d0rg pnya insurance.. bapak aku p0n x lepaskan pluang suruh aku ambik dr mmbr dia.. tp s0rry abh mmg dah berjanji ngan org lain nak ambik ngan dia.. last2 aku tukar insurance dr multi purpose ke takaful..

ejen takaful nie aku knal sbb dia yg jual insurance kat ofis aku.. hmpir smua bdk opis aku guna perkhidmatan dia.. nak claim p0n cpt.! b0s aku accidnt cpt je claim isi2 borg trus dpt.. yg lain mcam2 nak kna settle.. s0 aku agak yakin dgn ejen nie.!! thankx kpd en.zainuddin..

A New Life Is Begin....

oct 2009 last aku p0st s0mething kat bl0g.. hri nie tetiba terasa buka bl0g & nak p0st sesuatu..

tue p0n sbb dah 2 hri b0s x de kat opis & aku keb0sanan..
keja p0n x byk.. s0 slain dr main game, chatting, tgk y0utube aku p0n bukalah bl0g..
harapan aku lpas nie rjin2 lah menaip yea..

.:k!m a! n!e:.