08 October 2010

Anak Derhaka

sorrylah.... Bulan 10 memang tersangat sibuk. Bayangkan dalam 31 hari aku ada 11 hari je yang free termasuklah hari Ahad. Banyak sangat kursus. Kerja pon berlambak sampaikan terpaksa bawa balik lagi. Nie pun aku curi-curi jap masa.

Sebenarnya memang dah lama aku nak tulis entry nie. Biar semua anak derhaka baca. nie kisah benar sebenar-benarnya. Ini kejadian depan mata aku. Harap diambil ikhtibar.

Perempuan nie dulu kahwin atas pilihan keluarga. Dia selalu kena dera dengan suami dia. Tapi tak pernah cerita kat family dia. Sampailah dia lahirkan anak suami dia still pukul dia. Satu hari tue suami dia halau dia dari rumah then dia balik rumah family. Bila tengok dia lebam2 terus buat report dan mintak cerai. Setelah 4 tahun menjada akhirnya dia bertemu jodoh dengan seorang duda anak 5. Kiranya nie pilihan sendirilah. Yang tak bestnya boleh time dia kahwin laki dia tak salam pon tangan mak mertua dia. Orang lain dia salam. Lepas dia kahwin dia keluar dari rumah. Dia duduk rumah lain. Sepanjang dia menjanda mak dialah yang jaga anak dia. Dari bayi sampai boleh berlari, bercakap. 4 tahun lamanya. Boleh dia tak bawa anak dia jumpa mak dia. Call pon tak. Mak dialah yang call. Jenguk mak dia jauh sekali. Lepas tue dia boleh cakap kurang ajar dengan mak dia. Lepas tue dia dengan anak2 tiri dia pegi balik kampung. On da way nak balik boleh dia call mak dia suruh masak dia, laki dengan anak2 tiri nak makan. Apa ingat mak dia kuli ker. Bila dia makan sampai habis nasi langsung tak masak balik untuk mak dengan bapak dia makan. Time mak dia nak makan buka periuk tengok kosong. Sambil menangis mak dia masak nasi. Dah makan terus keluar. Tak termasuk kata2 cacian yang dilemparkan kat mak dia. Menangis2 mak dia. Apalah gunanya anak.. Syurga dibawah tapak kaki ibu.

S0 kesimpulannya, jangan ingat hidup kita selalu sahaja bahagia.. Kau akan ada anak jugak, nanti jangan ditanya mengapa anak k0 buat macam tue pulak.


(p/s utk yus : Nak cepat sgt hri tue lupa plak nak ltak.. s0 skrg aku dah letak)

4 comments:

  1. cam tergantung je cerita ni..
    pe pengajaran die?

    ReplyDelete
  2. pengajaran fikir sendiri.. haha..

    ReplyDelete
  3. aku ingat ending die anak die kena sumpah ke.. plg tak pun eksiden pastu cacat..
    haha..~

    ReplyDelete
  4. ending dia next year aku publish yea..

    ReplyDelete