07 November 2010

PTPTN - Pertukaran Pinjaman

PERTUKARAN PINJAMAN ( 3% ) KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH ( 1% )

Sebenarnya benda nie dah lama kena buat cuma untuk batch aku kena update start 1 Nov.. Serius aku memang dah lupa nak update. Tadi adik aku cakap "Akak, k0 dah update ker PTPTN ko." Time tue baru aku teringat "owh yelah." So aku pun on lah lappy aku dan start submit application.
Senang je. Tak sampai 5 minit siap. So kena tunggu mail approved jelah.

Dulu time study memang aku apply PTPTN. Kekadang menyesal pulak aku apply. Yelah time dah dapat duit tue aku belanja yang bukan-bukan. Aku bukannya orang kaya tapi sedang-sedang saja. So duit makan, duit rumah, duit belanja, yuran & duit bil-bil memang ayah aku kasi tiap-tiap bulan. Duit PTPTN aku beli handphone baru, shopping & belanja yang bukan-bukan. Time tue memang tak ingat dunialah.

So time nak bayar balik nie sakit sikitlah. Tapi alhamdulilah dah dekat 2 tahun aku bayar ikut flow dia. Memang nama aku tak ada masalahlah dalam pembayaran PTPTN. Malah aku bayar lebih dari yang sepatotnya. Sebab kalau boleh aku nak habis kan cepat bayaran PTPTN aku. Tapi bab bayar, bulan pertama je bapak aku bayarkan untuk aku. Start bulan yang berikutnya, aku bayar sendiri. Kesian pulak bapak aku.

So pada sesiapa yang buat loan tue jangan lupa bayar yea. Banyak member aku dah di blacklist kan nama sebab tak bayar loan. Ader tue loan PTPTN + MARA dekat 30k tak bayar. Bagi aku dah guna bayarlah balik. Kesian anak-anak kita nanti. Blum tahu lagi nasib mereka.

(p/s : perkara pertama yang aku buat bila dapat gaji, asingkan utk pelbagai jenis loan aku.)

No comments:

Post a Comment