30 December 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Rasa macam tak lengkap pula kalau tak update cerita mengenai Piala Suzuki AFF. Jadi updatelah sikit cerita mengenai Piala Suzuki AFF dimana Malaysia menang dengan agreget 4-2 keatas Indonesia.

Akhirnya penantian selama 14 tahun berakhir jua apabila Malaysia muncul juara. Walaupun pelbagai konterversi melanda sepanjang perlawanan namun ianya tidak mematahkan semangat juang team "Harimau Malaya". 
Antara topik hangat yang dicanang oleh pihak Indonesia adalah mengenai isu penggunaan laser oleh penyokong Malaysia. Memang nak tergelak juga aku baca. Yelah sewaktu perlawanan antara kumpulan Malaysia menentang Indonesia (Malaysia kalah 5-1) tak pula media Indonesia mempebesarkan isu laser walaupon dah terbukti penyokong Indonesia menggunakan laser. Tue semua sebab Indonesia menang. Tapi bila Malaysia menang pelbagai isu diutarakan. 
Paling tak logik isu Malaysia guna bomoh sampaikan penjaga gol Indonesia terasa badan gatal-gatal dan terdapat taburan garam/tepung di depan pintu gawang Indonesia. Memang tak masuk akal langsung. Kalau Malaysia teror bomoh nie dah lama Malaysia menang World Cup.

Bagi aku biasalah bila apa yang dihajat tak dapat jadi banyak bunyilah. Cuba kalau Indonesia menang, confim langsung tak ada kes laser dan bomoh.. Apa pun, aku ucapkan sejuta tahniah kepada pemain Malaysia kerana berjaya merangkul Piala Suzuki AFF. Dan bagi pihak yang kalah dah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Anda juga memang terbaik kerana berjaya masuk sampai ke final. Harap kita sama-sama berusaha dalam menaikan lagi Bola Sepak Asia ke mata dunia.
Inilah wajah wira Malaysia.
(p/s : tak perlulah nak bergaduh-gaduh. kita adalah serumpun.)

1 comment: