22 December 2013

Puan Hidayah Binti Ghazali

Tanggal 20 Disember 2013, seorang ahli GSB secara rasminya menjadi milik Mohd Alfiti Bin Zailan. Ayong atau nama di kad pengenalan Hidayah Binti Ghazali dah jadi seorang isteri. Dorang nie sebenarnya dah kenal dari zaman sekolah rendah lagi. Sweetkan. Mulalah aku nak cari balik kawan-kawan zaman sekolah rendah macam nie. Hi5.
 
Aku sebenarnya rapat dengan ayong selepas habis sekolah. Lebih tepat lagi selepas kitaorang pergi Melaka sama-sama. Ayong yang aku kenal seorang yang akan membantu rakan dia bila dalam kesusahan. Pastu dia suka suruh kitaorang jaga kesihatan. Kalau ada je antara GSB yang sakit mesti dia akan suruh pakai mesin terapi. Tapi part yang paling best kalau dia yang ambik order makanan sure dia akan order minuman tanpa ais. Bayangkan air coke/pepsi dia akan order tanpa ais. Air bergaskan sedap kalau diminum bersama ais. Tapi bila bersama ayong tak dapatlah nak rasa. Lepas nie Ayong dah kena jaga Al. Lepas nie Al mesti makin sihat.
 
Ayong dan Al aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk korang. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Untuk Al, kau kena jaga Ayong baik-baik. Untuk Ayong pula, lepas nie kalau nak hangout sama-sama kenalah mintak izin suami dulu yea. Harap kau dapat jadi isteri yang solehah dan taat pada suami. Aku percaya kau dapat buat yang terbaik. Akhir sekali, kitaorang sayang sangat kat kau. Love you Puan Hidayah Binti Ghazali.

 
Saat yang mendebarkan.





Bergambar dengan Cikgu Rosita yang comey.



1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete