12 April 2013

Holiday ke Sabah

Sabah, menjadi memori yang terindah untuk GSB. Percutian yang banyak meninggalkan kenangan yang tersendiri. Walaupon ada yang akan berkata "alah Sabah je kot" tapi silap. Walaupon hanya bercuti di Sabah tapi memori yang tercipta tiada bandingan.

Sebenarnya untuk ke Sabah bermacam halangan yang perlu ditempuhi. Isu serangan ke atas Lahad Datu menjadi halangan utama. Ambil contoh aku sendiri. Ibubapa aku memang tak bagi aku pergi. Walaupon Lahad Datu dan Kota Kinabalu agak jauh tapi perasaan risau ibubapa tetap ada untuk anaknya. Agak lama jugak untuk aku menyakinkan mereka. Tapi akhirnya, alhamdulilah sampai juga aku ke Kota Kinabalu.

Tapi memori yang agak tak boleh dilupakan bila mana beg aku dan Nad tertinggal kat LCCT. Memang kitaorang dah lambat untuk check in. Jadi dalam keadaan kelam kabut tue bermacam masalah yang timbul. Sepanjang dalam flight memang agak risau memikirkan beg. Akhirnya beg kitaorang sampai pada malam hari Jumaat dan boleh diambil pada hari Sabtu. Time nie kawan-kawan memainkan peranan dorang. Aku dan Nad ke Kundasang sehelai sepinggang. Dah sampai sana baru beli baju. Nasib baik ada Ayong. Habis barang dia, kitaorang belasah. Thankx Cik Ayong.

Walaupon berbagai halangan yang melanda, tapi tue semua adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tempat dimana kita melancong tue tak penting, yang paling penting adalah masa yang telah diluangkan bersama teman-teman. Harap sangat akan ada lagi holiday bersama GSB. Love ullos... (^_-).
 
Beg yang tertinggal
GSB di Kundasang
Tabik Hormatttt



Dengan ikan pon takot ker?


Menunggu bot



Permandangan Gunung Kinabalu pd jam 6.15am. Serius cantik gila.

20 March 2013

Peraturan & Undang-undang

Arghhh rasa menyampah dan tension sewaktu aku nak menaip entry nie. Rasa macam nak meludah je kat muka dia. Peraturan yang dia sendiri cipta, tapi dia sendiri yang ingkar. Kalau orang lain confirm dan semestinya, dia marah, memekak, bising satu pejabat. Semua salah.

Kau tau tak bila kau buat macam tue orang hilang terus rasa hormat pada kau. Kau nak orang bawahan ikut arahan, peraturan tapi kau sendiri. Bila pikir balik tak ada bezanya kau dengan orang-orang lain. Betullah orang kata bila perempuan nie ada jawatan sikit, memang susah nak berkerjasama.

Aku saja je nak uji kau tadi. Ternyata kau tewas. Memanglah sekarang nie aku TERsangat tidak menghormati kau. Menyampah bila aku pikir balik. Selama nie bila orang cakap pasal perangai kau aku senyapkan diri. Sebab aku tak percaya. Tapi ternyata, tersilap tanggapan aku pada kau. 

(Cermin diri sendiri bila kau buat peraturan tue. Ko suruh orang bawahan ikut peraturan tue, tapi kau sendiri. Geli pulak aku. Pikirlah.)

05 March 2013

PRAY FOR SABAH


Aku cuma boleh berkata " Semoga selamat semuanya. Warga Sabah dan Anggota Keselamatan. Walaupun kami berada di Semenanjung tapi doa kami terus ke Sabah. Untuk perwira yang terkorban engkaulah HERO kami. Sayang kamu semua.. Al-fatihah......."

Exam KPSL

Hye semua.

Sedang sibuk semua orang mengupdate berita tentang Lahad Datu, aku pula nak update tentang exam yang bakal aku duduki. Sebenarnya aku tak adalah beriya-iya sangat nak ambil exam KPSL nie, tapi galakan dari cc aku terus aku register permohonan aku. Tambahan pula semua budak opis aku yang layak dah register. Macam ketinggalan pula kalau aku tak ambik jugak.

Exam KPSL nie, adalah untuk kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat untuk naik pangkat. Maksudnya kalau lulus exam, interview dan ada kekosongan, insyallah dapatlah naik pangkat. Tapi dari cerita yang aku dengar untuk lulus exam sangatlah susah. Ada budak opis aku dah beberapa kali ambik, hanya lulus satu paper je. Untuk KPSL N27 ada 3 paper. Bahagian A, B dan C. Yang aku pasti Bahagian A berkaitan Perintah Am, Bahagian C pula berkaitan Undang-undang. Tapi bahagian B tak habis survey lg.

Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku nak apply exam nie. Jadi memang tak ada idea langsung macam mana soalan yang bakal dikeluarkan. Jadi berserah jelah. Yang bagusnya boleh bawa buku masuk dalam dewan. Cuma sempat dengan tak je untuk ko selak buku tue. Dari apa yang aku survey sebelum exam tue kenalah buat label pada buku. (bahasa cc aku bukan label tapi belalai). Senang nanti tak payah nak tercari-cari. Buang masa je. Masa sangat berharga bila berada didalam dewan exam.

Jadi sekarang nie aku memang berserah jelah. Ada rezeki, insyallah lulus. Semoga rakan-rakan yang lain mendoakan agar aku lulus yea.. Amin.

Dah selesai register.

Antara buku yang perlu dibaca. Nie baru 2 buah je.

23 February 2013

K.A.M.I

GSB (geng seliper busuk). Nama yang tercipta bila kami berempat mengambil gambar seliper busuk bersama-sama. Tahun silih berganti. Seliper busuk dah bertukar menjadi kasut yang wangi. Harap kami akan tetap bersama.


Beberapa tahun yang lepas
Tahun 2013
Senyuman yang masih sama hanya lokasi yang berbeza. Pertalian persahabatan yang masih utuh antara kami. Walaupun berbulan tak bersua. Harap persahabatan antara kita akan kekal selamanya. BFFFF.

Nasi Goreng Planta

Hari nie tetiba pulak tekak terasa nak makan Nasi Goreng Planta. Semuanya disebabkan aku tengok rancangan 5 Rencah 5 Rasa. Lepas tue pulak stok planta banyak kat rumah. Jadi apa lagi, jom memasaklah. Resepi aku simple je. Resepi orang bujang. Apa yang ada dalam peti ais guna je sebaik mungkin. Inilah hasilnya.
 
Nasi Goreng Planta

Yahoo holidayyy

Dalam kalender aku, bulan Februari adalah bulan holiday. Selalunya aku holiday dengan family je. Tempat yang selalu aku tuju adalah Terengganu. Shoping "Batik Terengganu". Selalunya time CNY baru pergi. Sebab cuti memang lama. Tapi tahun nie tradisi diubah sikit. Aku holiday dengan bff aku. Nad dan Ayong. Sorang lagi bff aku Yus tak dapat join sebab kerja.
 
Sebenarnya holiday ke Penang, seminggu sebelum CNY. Plan asalnya nak pergi dengan sorang lagi member yang lain iaitu Meow tapi dia ada hal yang memang tak dapat nak dielakkan. So kami pergi bertiga jelah. Tapi sebelum pergi Penang singgah jap dekat Ipoh. Bermalam semalam kat sana. Lepas tue baru terus gerak ke Penang. Walaupon short trip tapi kenangannya memang best.
 
Sewaktu CNY pulak, GSB dapat berkumpul berempat. Aku, Yus, Nad ngan Ayong. Jadi kami berempat memutuskan untuk ke Bukit Tinggi, Pahang. Ini betul-betul holiday. Holiday kat highway. Jalan memang jem teruk. Semua orang nak balik kampung. Nasib baiklah Bukit Tinggi tue tak jauh sangat. Taklah lama sangat sangkut kat dalam jem tue. Tapi yang pasti, lepas je turun dari Bukit Tinggi tue, terus aku tumbang. Muntah, pening kepala semuanya ada. Mungkin sebab letih sangat kot. Tapi apa pon kitaorang memang happy sangat. Sebab nak kumpulkan GSB memang susah. Harap lepas nie banyaklah masa untuk GSB bersama.